'Kecebur...Kecebur...Kecebur...Kecebur...Ok done'
Guwa teros on PC. Bukak livescore.com teros nak tengok result exam match between Argentina and Mexico.
Nah. 3-1 Argentina pulun Mexico. Guwa tak larat la nak tunggu match kol dua tiga pagi ni. Guwa tido berjadual dow. Tepat je jam 2 pagi, dengan tidak semena-menanya mata guwa otomatik off. Nasibla kalau tengah drive ke, makan nasi ke, tepat jam 2 pagi guwa akan pengsan. Wadafak.
Semalam match England lawan German guwa pulun gi Dataran Merdeka tengok wayang bola kat sana. Puas hati baq ang tengok screen besar sampai bulu hidong Rooney pon guwa leh tengok. Melambai-lambai bulu idong tersebut. Celaka.
Ok. Cukup disitu intro guwa.
********************
Entry yang LEPAS aku dah cerita sikit-sikit pasal game dulu-dulu yang guwa ceburi. Meh guwa cite lagi meh.
LAYANG-LAYANG
Ni sapa tak taw game ni, pi terjun bangunan la weh. Haha damn. Layang2 ni permainan tradisi sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kalau tak silap, kat Muzium Negara ade gambar Hang Tuah dengan Hang Jebat tengah riang bermain layang2 bersama sebagai bukti. Celaka.
Dulu time guwa kecik-kecik dulu, guwa tak mampu nak beli layang2 kat kedai tu. Layang2 kat kedai tu sapa yang beli memang setai baq ang la. Layang2 kat kedai tu ade colour-colour, gamba Batman, Superman, Spiderman dan lain-lain. Sungguh megah layang2 dari kedai ni kalau berada di ruang udara. Tu belum tengok owner layang2 yang sedang mainkan tu. Lagi celaka kemegahan beliau. Damn.
Tapi layang2 kedai ni ade satu kelemahan iaitu Berat. Selalunya pembeli layang2 dari kedai tu akan cari Pakar Layang2 untuk membuat 'rawatan' keatas layang2 tersebut bagi membolehkan ianya berterbangan di udara. Contoh 'rawatan' adalah seperti menambah bilangan ekor pada layang2 tersebut.
So, guwa teros mengambil inisiatif terbaik dengan membuat layang2 sendiri. Bukan susah pon. Bahan-bahannyer adalah:
- Surat khabar lama (amik iklan Dunhill bg mendapatkan colour Merah pd layang2 anda)
- lidi penyapu
- Selotape
- Benang (kiben dari laci mesin jahit Puan Emak)
"Keletang...Keletung...Keletang...Keletung...Dah siap"
Guwa akan tunggu petang-petang skit bagi ade angin masyuk dulu. Mula-mula guwa tak ghairah sangat sebab guwa kena test-drive dulu layang2 tu. Kalau ade kekurangan dan kecacatan pada daya apungan dan tahap potongan angin (aerodinamik) kat layang2 guwa tu, guwa serta-merta akan sempurnakannya balik.
Bila semuanya dh selesai, barulah guwa ghairah dan riang-ria bersama
Guwa memang cukup suka main layang2. Ade skali tu, guwa main layang2 tengah-tengah hari yang terik dan panas. Guwa naikkan je dulu, pastu guwa ikat benang kat batu-batu besar. Guwa balik la pastu petang japgi baru datang balik. Selalunya bila petang guwa datang, layang2 tu mesti dh takde, tinggal benang je. Kadang-kadang benang pon ghaib skali. Celaka. Guwa dongak kelangit dan tersenyum sinis.
'Agaknye kapal terbang dah langgar lari layang2 aku kot. Cilakak'
Tapi takpe, guwa buat baru. Apa adahal !!
BASIKAL HIMPIT
Korang bila dengar je ayat himpit ni mesti terbayang Nasik Himpit kan. Basikal himpit tu ape lak? Adakah sejenis makanan yang diperbuat dengan care menghimpit-himpit basikal tersebut lalu dijamah bersama sanak saudara dan jiran tetangga ketika di pagi Hari Raya sambil bermaaf-maafan diantara mereka? Sungguh celaka spekulasi anda tu.
Basikal himpit ni lebih sinonim pada kaca mata seorang yang mempunyai basikal. Basikal himpit ni boleh digolongkan dalam Sukan Extreme tapi ketika itu, Menteri Belia dan Sukan tidak membenarkan basikal himpit termasuk dalam sukan extreme kerana sukan ini lebih bahaya dan kadang-kadang boleh melibatkan nyawa. Wadafak!
Syarat-syarat utama nak bermain Basikal Himpit ni ialah anda perlulah memiliki Basikal. Barangsiapa yang tidak memilikinya dan hanya mempunyai air mata simpati untuk meminjam basikal, baik pegi balik je la sebelum lu makan tayar basikal guwa ni. Guwa dulu ade basikal racing convert BMX taw. Credit to Ibrahim Mat Mohidin sebagai mekanik aku. Haha.
Permaian ni selalu dimainkan di dalam court bola tampar. Cara permainannya seneng banget deh. Naik basikal sambil himpit-himpit pihak musuh. Barangsiapa yang jatuh, kaki jejak tanah dan terkeluar dari court dianggap dayus a.k.a Kalah.
Satu lagi syarat nak main game ni adalah Dilarang Main Terajang. Sapa main tajang-tajang, sah-sah lepas tu ditajang semula. Haha celaka. Permainan ini memerlukan daya mental yang kuat tatkala menahan dan menepis segala tomahan dan saiko dari pihak musuh dalam menghilangkan fokus kita. Ketenangan yang tinggi adalah sifat yang terpuji dalam game ni. Celaka.
MAIN EEEEEEE !!!
Ini adalah sukan yang paling pelik dan kelakar pernah guwa main. Meh guwa cerita sikit game ni. Wakakakaka ( guwa sering tergelak bila teringat balik game ni).
Kepada peminat filem Hindustan atau Tamil mesti pernah terserempak dengan game ni kat TV. Game ni berasal daripada India (tak taw la selatan or utara). Di India game ni dipanggil "Kabadi" bukan Kavadi yang kat Batu Caves tu taw. Celaka. Nah guwa bagi visual aid skit.
gambar2 kabadi from Google.com
p/s: korang bayangkan la guwa tengah main game ni. Macam setan. Haha
Guwa pon tak taw macam mana ideologi game tu boleh sampai ke Berek Polis Rawang (umah guwa). Memang tak masuk akal. Nak kata Rawang tu tanah jajahan India, tak jugak. Wadafak la sume tu. Abaikan. Haha.
Game yang kami main tu sama macam 'Kabadi' tu gak tapi yang lainnya adalah pada sebutan. Kami tukar sebutan 'Kabadi' kepada sebutan 'Eeeeeeeeeeee'. Ini adalah untuk mengelak dari menyebut perkataan yang kami tak paham dan mungkin jugak ada unsur-unsur keagamaan yang boleh memesongkan aqidah kami. Hahahahahaha.
Game ni amat-amat la kelakar apabila team yang mengepong telah berjaya menangkap ahli team yang menyebut 'Eee' tersebut. Maka bermulalah adegan gelak terbarai-barai apabila melihat setan tu menyebut 'eeeeeee' sampai hilang nafasnya. Serius kelakar giler. Teammate si setan sebut 'Eeee' tu boleh lak ketawa terbarai-barai tatkala setan tu memerlukan sokongan moral untuk teroskan permainan. Wakakaka macam gampang perangai seko-seko.
Korang paham tak ni? Tak paham dahla..wakakakakak !
********************
Guwa ade banyak lagi game yang best-best time dulu-dulu. Nanti guwa cite lagi. Guwa nak refresh and remind balik game yang guwa main dulu-dulu. hahahaha ingatan ikan, biasala.
p/s: Nak cari baem & fares soh refresh otak aku ni. Wadafak. haha
Krosa Kata:
1. Setai = Style
2. Kiben = Curi
3. Masyuk = Masuk
5 comments:
wakakaka... nasib ko igt lagi pomen semi pro beskal ko 2....
Ya~~aku tak lupa daratan..
wakakakak weh lama dow tak main EEEEEE wakakakaka
jiha: weiii baim.. da ada blog da ko.. baguih2x..
Kabadi?...xsangka anda pn men.ni..hahahha
Jiha: yup..abg pulis ade blog.kakaka
CB: hahahaha terkejut tak??
ahahaha
Post a Comment