June 07, 2010

Sukan Di Kala Kecil (Part 1)



Entry kali ni guwa dah malas nak buat intro-intro dah. Guwa kena cari balik la buku teks Bahasa Melayu Penulisan Darjah 6  kalau nak wat intro-intro yang terbaik, cara menggunakan perenggan dengan betul, penandawacana yang sesuai, kata ganti yang sopan dan sebagainya.

Tapi hati sanubari guwa kuat merasakan buku teks tu dah lama mak guwa kiben (rembat) buat bungkus nasi lemak time dulu-dulu tu. Kalau buku tu masih hidup lagi sampai skang, hati sanubari guwa tetap kuat merasakan mak guwa dah kiben buat kraftangan pasu bunga dan sebagainya. 


'Mak..mana kertas A4 Reen yang banyak-banyak kat atas meja bilik ha ?? Mak ada nampak tak ??' tanya si anak kemusykilan.


'Tu haa..dah jadi pasu' jawap si Puan Emak tenang seperti tenangnya air kolah di bilik air.


'Erk !!'


Lantakla mak, buatla apa mak suka. Jangan mak godek-godek PC Reen ni jadi pasu bunga dah la mak. Mampus guwa kene gelak dengan rakan sebaya.


Ok. Aku dah start merepek. 


********************


Sukan adalah suatu aktiviti yang guwa cukup minat dari kecik-kecik dulu seperti bola sepak, futsal, badminton dan takraw. Tapi bentuk fizikal guwa ni terang-terang dapat membuatkan orang awam tergelak terbahak-bahak jika guwa cakap guwa suka bersukan. Celaka disitu.


Dalam bahasa Research Methodology-nya, bentuk fizikal guwa (independent variable) tidak significance sama sekali dengan hobi guwa iaitu bersukan (dependent variable). Ok. Abaikan.


Entry kali ni guwa sekali lagi dengan riaknya nak wat imbasan kembali tentang hidup guwa dengan tabiat kesukanan ni. Dulu time kecik-kecik sukan popular dan bertaraf antarabangsa yang selalu guwa dan rakan-rakan setan yang lain selalu mempermainkan ialah Football and Badminton. Betol ke ayat tu? Sukan-sukan ni kalo sapa-sapa tak taw main kire dayus la senang cite. Ok. Abaikan.


Sukan-sukan ni kalau kat tempat guwa dulu tu, dia ikut musim. Contohnya, bila ada je orang main badminton kat dalam TV, besoknya hebohla budak-budak guwa ajak main badminton.


Besok lak, tibe-tibe TV1 siarkan orang main bola lak, mula la setan-setan tu ajak guwa main bola lak. Celaka. Biasa la, budak-budak, masing-masing time tu takde pendirian yang teguh dan jitu. Semua innocent dan bersifat mahmuddah je. Abaikan.


Guwa mulakan dengan sukan badminton la ye.






Gambarajah 1.1



Ni dia lanskap gelanggang badminton kat berek polis umah guwa secara kasar. Cara nak wat gelanggang ni senang je. Pi kedai basikal pastu beli spray setin dua.. Pastu spray je la jalan raya tu tanpa rasa bersalah dan menyesal. 


Sapa nak sound kitorang?? Meh la sound depan-depan. Kalo tak nak umah mahupon keta mak cik & pak cik kene seni grafiti kami meh la sound. Celaka sungguh lagak kami.


Pastu kami sume cut-cut la duit buat beli net and bulu tangkis. Net tu kami ikat je kat tiang-tiang letrik mahupon telepon abis cite.




Gambarajah 1.2



Maka, bermula beberapa pertandingan akan dianjurkan oleh kami sendiri seperti Piala Thomson, Piala Ubi, Badminton Terbuka Rawang dan sebagainya..


Selain itu juga, rakan-rakan guwa yang lain mulalah berlagak macam permain-pemain proffesional seperti Misbun Sidek, Jailani Sidek, Razif Sidek, Rasyid Sidek dan Rasyid Sibir juga tidak terkecuali demi memberi perang psikologi semasa bermain dengan pihak lawan. Guwa pulak? Guwa hanya tenang dan beretika menjadi diri sendiri tanpa segan dan silu. Wadafak !!




" Saya sama sekali tidak akan menyertai mana-mana pertandingan Badminton tahun ini" tegas Rasyid Sibir ketika ditemubual BAM.



Kami main ikut rules of thumb sume taw. Kiraan mata kami main ikut format antarabangsa yang lama iaitu kiraan 15-mata. Tapi secara jujurnya, kami bermain bukan nak ikut menang ke kalah, tapi asal dapat smash anak orang je dah cukup puas bagi kami pada ketika itu walaupon kalah 15-0. Celaka.


Kepada budak-budak yang nak join kami sume telah diberikan amaran keras bahawa bermain badminton dengan kami ibarat berperang dengan askar-askar soviet. Sebelum bermain sebarang pertandingan, para pemain kene sain kontrak dulu iaitu sebarang kecederaan dan kerosakan raket adalah tanggungjawap sendiri.


Setakat kecederaan dan kerosakan seperti dahi lebam, tangan luka sebab jatuh, seluar koyak kelengkang, tali raket putus, selipar putus, raket tercampak masuk longkang (tangan tak grip) semua ni telah sinonim dengan kami sume.


Pertandingan kami pula kadang kala memakan masa sehingga 1-2 jam untuk satu set. Mana tak nya, kalau angin datang je permainan kene stop serta merta. Kang adala cakap tak fair la sebab dia dah pukul shuttle kuat-kuat pastu bola tu patah balik akibat ditiup angin. Camsial alasan. Padahal pukul cam pondan. Haha.


Bila kereta nak lalu je kat court kami tu, terpaksa jugak la stop game jap sebab nak bagi laluan dan angkat net sume. Pastu sorang-sorang wat muka langsi cam setan kat pak cik yang bawak kereta tu. Celaka. Warghkakaka. Tak leh lupa guwa mimik muka sorang-sorang.


Lagi satu bila ada malaun yang bangang ni leh lak pukul shuttle kuat giler sampai tersangkut kat bumbung umah. Dah satu hal nak gi kedai beli shuttle lagi satu. For your infomation, kami selalu beli shuttle satu je pastu main je la sampai shuttle tu lunyai-lunyai tanpa bulu ibarat gugurnya bunga-bunga sakura di padang pasir. Biasa la, YONEX tak sponsor kami. Bangang.


Satu lagi yang paling menjijikkan bila shuttle masuk parit kat tepi-tepi court tu. Game pon akan serta merta si-Stop-kan. Satu hal nak gi kejar shuttle yg dibawa arus deras longkang tersebut pastu nak g basuh kat umah lak shuttle tu. Ade malaun yang berakal panjang skit tu, dah amik shuttle tu pastu buat-buat la balik umah nk basuh, padahal balik minum air sume pastu teroskan permainan padahal shuttle tu tak basuh pon. Maka berlinang-linang la air berbau longkang sekitar court dan para pemain. Haha pada masa yang sama aku la budak yang berakal panjang tersebut. Celaka. Wakaka.


Inilah erti permainan Badminton dalam kamus idop guwa. No Pain, No gain !! Kalau nak diikutkan banyak lagi plot-plot yg menarik tapi guwa rase entry ni dh panjang sgt ni. So sukan Football lak guwa wat next entry la ye..


Majulah Sukan Untuk Negara





8 comments:

isz said...

ak rs mcm ko jer bOsS knp ctan2 tu..hahaha

Em Jay Reen said...

Damn u is...damn u...
wakakakakka

nurul_hotz said...

mcm vavis je...
mmg btul la ak rse ko lakpala kpd sume setan di rawang pada zaman dahulu kala..
skang mnyambung kesetanan di selayangpula..haishhh

Em Jay Reen said...

damn u nurul...damn...
aku org bawahan je...
wakkakakkaka

isz said...

hakhak

Anonymous said...

haa, kdg kalo zaman maen gasg,maen gasg dlu tepi 2...bola slalu p gereja seb paderi x marh haa

Em Jay Reen said...

Haa~~sapakah yg mengkomen ni...sahabat perjuanganku..
wakakakak~~bola masuk bawah pokok buluh..mintak izin tok nenek amik bola~~wakaka

baem said...

wakakaka... msh lagi aku igt... ble pjbt tu dh pindah kite men panjat2 lak pjbt tu... pastu yamakashi... bangang toi... mmg btl abg reen kepala perkara2 setan yang kami wat dlu...

Related Posts with Thumbnails