June 15, 2010

Arjuna Vs Pamungkas Jilid 1

Sejahtera kalian,
Hamba baru sahaja habis menonton Slot Aksi - Arjuna bersama keluarga hamba yang tercinta. Selepas sejam hamba menonton cerita tersebut, teros terdetik satu idea akal hamba untuk menulis sebarang dua di dalam blog hamba ni.




Slot Aksi - Arjuna (TV3)


Hamba sebenarnya amat-amat mengagumi kisah-kisah dunia persilatan dan pertarungan Melayu Purba. Setakat kisah-kisah Otromen melawan Resakse Hijau Lumut, Mask Rider melawan Resakse Sotong, Otobot melawan Diseptikon hamba agak kurang minat sedikit. Hamba pon teros bertanya kepada ayahanda hamba, Pendekar Uban (Encik Malek).


'Err..ayahanda..kenapa ya anakanda begitu minat dan obses tentang kisah dunia persilatan mahupon dunia pertempuran Melayu Purba ?' tanya si anak kpd si bapa.


'Hmm..tahla, dengar cite keluarga kite ni ade darah keturunan Hang Jebat' jawap si bapa penuh tenang dan ada sedikit senyuman sinis disitu.


Bonda hamba teros terbarai-barai ketawa sebagai tanda membidas sama sekali statement ayahanda. Cis.


Hamba diam seribu bahasa. Lalu hamba bingkas bangun dan teros melakukan beberapa pusingan summer-sault ke meja makan. Hamba teguk air kopi yang bonda letak di atas meja tersebut. Sekali lagi hamba melakukan beberapa pusingan summer-sault teros ke sofa panjang dan teros baring semula. Ayahanda hamba cume menggeleng sahaja. Bonda pula tergamam melihat aksi hamba itu. Baru dia tahu sapa hamba. Celaka sunggoh lagak hamba.










Hamba pon teros berangan, kalau la hamba dapat menjadi macam Arjuna ni kan bagus. Boleh la hamba terajang muka Jati sebagai tanda tak puashati hamba terhadap beliau. Celaka.


Hmmm... (mood berangan)


********************

Lokasi: Di dalam hutan hujan Khatulistiwa.
Situasi: Pendekar Pamungkas (hamba la tu) ingin menuntutbela diatas kehilangan pengasah pensilnya semasa Darjah 1. Arjuna lah angkara semua ini.

Pendekar Pamungkas yang sedang beterbangan dari pokok ke pokok dan lalu teros mendarat sebentar di sebatang sungai untuk membuat air milo sebagai bekalan sepanjang perjalanannya ke rumah Satria Aduka. Maka berkata-katalah Pendekar Pamungkas seorang diri.

Pamungkas: Oh... penat jugak hamba terbang dari pokok ke pokok ni ya. Tapi takpalah, hamba tak nak la berjalan di atas tanah ni.. Sudahlah hamba tak pakai selipar, nanti masuk cacing pulak kaki hamba ni. Baik hamba terbang. (gampang giler alasan)

Sesudah Pendekar Pamungkas membancuh air milonya, beliau teros meneruskan perjalanan dengan kembali terbang dari pokok ke pokok.

Hampir sejam dua perjalanan akhirnya Pendekar Pamungkas jumpa tempat persembunyian Satria Aduka. Pamungkas teros berhenti dan hanya melihat dari atas pokok supaya kehadirannya tidak diketahui. Terlihat kelibat Arjuna, Suria, Sutera dan Jati sedang leka bermain teng-teng di belakang rumah. Lalu, kelibat Satria Aduka dan Mak Bunga keluar dari rumah dan teros masuk ke hutan tebal. 

Pamungkas: Oh..mungkin Satria Aduka dan Mak Bunga keluar ke pekan nak beli lauk sebarang dua untuk santapan tengah hari mereka nanti. Inilah peluang hamba untuk menuntut bela dgn Arjuna.

Pamungkas teros terbang turun berhadapan dengan Arjuna bersama rakan-rakannya.

Arjuna: Opocot mak kau !! Eh?? (muka pelik) Sejahtera tuan hamba.
Pamungkas: Selamat sejahtera cekgu !!
Arjuna: ??? Siapakah gerangan tuan hamba tiba-tiba muncul tanpa memberi salam?
Pamungkas: Nama hamba Pendekar Pamungkas bin Zulkipeli. Panggil saja hamba Brad Pitt Si Kacak Pamungkas. Tuan hamba tak ingat lagi hamba wahai Arjuna?
Arjuna: (terpinga-pinga) Maaf hamba tak kenal siapa tuan hamba. Siapa sebenarnya tuan hamba ni? Janganlah berdalik lagi dgn hamba.
Pamungkas: Apa tuan hamba sudah lupa? kite pernah pergi kelas tambahan Matematik sama-sama semasa di Kampung Bayu Samudera ketika dahulu. Sunggoh celaka tuan hamba boleh lak tak hengat. Hamba nak tuntut balik sharpener hamba yg tuan hamba hilangkan dahulu.




Sharpener budak kaya




Arjuna: Ohh ya.. Pamungkas si ketua darjah kelas 1 Biru.. Hahaha hamba baru ingat.. Hahaha mana la hamba nak tahu-menahu bahawa hamba la penyebab kehilangan sharpener tuan hamba tu. Hahaha (gelak celaka)
Pamungkas: Cis !! Sharpener tu kekasih hamba yg hadiahkan kepada hamba taw sebagai hadiah harijadi hamba. Tuan hamba memang mintak kaki dari hamba ni. Mari kita berentap. (membuka bunga silat)
Arjuna: Baiklah..kalau itu yg tuan hamba inginkan.. kalian sume main la dulu tanpa hamba. (Arjuna menyuruh rakan-rakannya berundur ketepi)


Suria, Sutera dan Jati pon teros bermain teng-teng tanpa menghiraukan mereka berdua.


Pamungkas: Hiyahhhhhh !! (keluar cahaya hijau lumut memancar keluar dari tubuh beliau)
Arjuna: Hmmm...Bukan calang-calang pendekar setan ni. (berkata dalam hati) Hiyahhhhh !! (keluar cahaya biru laut dari tubuh beliau jugak)
Pamungkas: Marilah !! (sambil berlari ke arah Arjuna)
Arjuna: Mari, hamba dh bersedia !!




Maka berentap la mereka berdua.


Sekadar hiasan




Pamungkas memberi 'Hikmat Tumbukan Ke Muka Pengadilan', Arjuna menepis keluar.


Arjuna bagi 'Hikmat Tendangan Seribu Dinar', Pamungkas elak dgn cantik.


Pamungkas bagi balik 'Hikmat Tendangan Cinta Kecewa', Arjuna tak sempat elak dan melambunglah Arjuna 10 meter kebelakang.


Arjuna guna 'Kuasa Sekilas' dan muncul di depan Pamungkas dan teros memberi 'Tumbukan Cinta Pandang Pertama' tepat ke hulu hati Pamungkas. Pamungkas menggelongsor jatuh 9.82 meter ke belakang.


Arjuna teros mengeluarkan cahaya api dari tangannya lalu dipancarkan kepada Pamungkas. Pamungkas sempat elak dan teros mencampakkan pasir ke muka Arjuna. Pamungkas main celaka nampaknya. Teros 'Hikmat Tendangan Puaka Gunung Raya' diberikan tepat ke batang idong Arjuna. Tersembam Arjuna jatuh.


Arjuna bangkit kembali dan teros terbang ke udara dan memberi satu 'Tendangan Pasak Ke Bumi' kearah Pamungkas. Arjuna nampak lebih serius kali ni. Pamungkas tak sempat elak lalu tercedera ringan pada tangan kirinya.


Pamungkas: Hehehe. Hebat jugak seni pertarungan tuan hamba ya.. (sambil menogok air milo yg beliau buat tadi)
Arjuna: Agaklah.. tuan hamba ape kurang hebatnya... (termengah-mengah)
Pamungkas: Mari !! (meluru ke arah Arjuna)




Maka bertarungla mereka lagi.




Arjuna memberi 'Hikmat Tumbukan Hujan Kesepian', Pamungkas tepis bersih.


Pamungkas teros bagi jari tengah 'Hikmat Tendangan Cinta Yang Luka', Arjuna elak catik sekali.




********************




Tiba-tiba pertempuran mereka terhenti apabila terdengar Sutera berteriak.


Sutera: Yea..yeaah...ayah balik...yea..yeah mak balik. (melompat keriangan)
Pamungkas: Alamak !! Satria Aduka dah balik..hamba kene beredar cepat sebelum dibelasah terok oleh beliau. (berkata di dalam hati)
Arjuna: Kenapa berhenti tuan hamba.. Mari la !! (gertak Arjuna mentang-mentang Satria Aduka dh pulang)
Pamungkas: Hehe !! Hamba terlupa mak hamba kirim gula tadi..hamba kene beredar dahulu.. kita akan bertempur lagi wahai Arjuna.. tungguuu !! (teros beredar terbang masuk ke hutan tebal)






Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua? Adakah mereka akan bertempur kembali? Siapakah akan menang dalam pertempuran seterusnya? Dan siapakah yang menang dalam permainan teng-teng tadi? Nantikan sambungan seterusnya di lain entry..


bersambung..........



8 comments:

Sir Marcello said...

beta tak fahamlah...nanti beta kerahkan tenaga menonton slot AKsi ini...nak dapatkan mood...


Jom Komen:
Real Man Don’t Use Antivirus

shah said...

ni hamba kurang gemar ttg cerita bersiri...asik2 bsmbng!!

Em Jay Reen said...

Cello: Sapa tak tgk Arjuna mmg tak paham..hahaha

Shah: Siri Korea lu balun lak..cehpodah~~

mashitoh said...

i like pendekar uban hihii....isk2 ko ni reen mmg xleh tpisah dgn air milo....

Anonymous said...

pegi beprang xde air milo xsah ke ryan????

zack bkn nama sbenar

Em Jay Reen said...

Air milo dihati..tengkiu~~haha

Anonymous said...

cam sial

Em Jay Reen said...

Ceh podah la dey~~haha

Related Posts with Thumbnails