June 18, 2010

Bisnes Mak Yon

'Abang Reen...abang Reen bangon..bangon.. hanset abang Reen bunyik..bising sakit telinga Min ni...hishh' kata seorang budak perempuan jerit kat sebelah telinga guwa.


Guwa yg sedang lena dibuai mimpi teros tersedar dan memandang tepat kearah budak pompuan tu. Perasaan membuak-buak ingin membuat bicycle-kick terhadap budak tu teros dibuang kerana guwa sangat-sangat kenal budak tu.


Yasmin, kanak-kanak perempuan lingkungan 4 tahun yg petah berkata-kata dan sering kali gak la menasihati aku dalam bab-bab bangun lambat ni. Puan Emak pernah baby-sitting dia dari kecik lagi dan sekarang tidak lagi kerana mama Yasmin ni dah upah bibik jaga dia.


'Pukol berapa dah Min?' tanya guwa sambil menutup balik mata.


'Dah pukul 4 petang dah bang Reen' kata Min dengan tenang.


'Haa !! Celaka dah petang dah ke??' guwa mengelabah bangun dan teros zoom in jam kat hanset guwa.




8.36 a.m. 




Celaka aku dah kene game. Guwa pon sengal pi tanya Min skang pukul bape. Sah-sah la dia pakai jawap je pukol bape yang dia rase macam best je nak sebut. Aduh terkena guwa pagi-pagi lagi. Damn. Abaikan.




********************


Ok. Entry kali ni special skit sebab guwa nak cerita sikit pasal kehidupan guwa yang mesti kena bergelumang dengan Bisnes Mak Yon. Mak Yon adalah nama manja Puan Emak sejak dari guwa kecik lagi. Bisnes dan Mak Yon memang tak dapat di pisahkan ibarat aur dan tebing, isi dengan kuku, dan sebagainya.


Bisnes Mak Yon ni mempunyai revolusi-revolusinya yang tersendiri berlainan dengan Revolusi KL Drift. FYI, Mak Yon ni ada seorang staff yang sangat-sangat setia dan Bisnes Mak Yon tak akan jalan tanpa staff ni iaitu Guwa sendiri.


Mari kita ikuti Revolusi Bisnes Mak Yon.




Revolusi 1


Masa tu guwa darjah 5 dan bersekolah kat Sekolah Rendah Sinaran Budi. Setiap hari guwa bawak bekal nasi lemak dari rumah yg dibungkos kemas dgn surat kabar. Guwa tak makan dow bekal tuh. Pebarang samseng sekolah bawak bekal datang sekolah. Giler dayus. Tak tercapai akal guwa bayangkan guwa bawak bekal tapawe dengan botol air gantung kat leher tu. Kompem-kompem guwa mintak ditukarkan sekolah ke sekolah rendah jenis tamil. Celaka.




sekadar hiasan




Guwa seperti biasa akan menjual nasi lemak tu kat membe guwa yang memang malas nak mampos gi kantin. Dia nak ade lunch je kat depan mata dia bila waktu rehat menjelma. Guwa yang bijak mestilah jual nasi lemak tu kat dia.


Lama-kelamaan nasi lemak guwa menjadi popular dikalangan rakan sekelas guwa. Berbekalkan bajet advertisement dan promotion yg sekangkang kera, guwa mengupah membe sekelas guwa syorkan kat kelas-kelas sebelah yg lain. Dan akhirnya Nasi Lemak Mak Yon telah menjadi satu fenomena luar biasa di sekolah tersebut sehingga para tenaga pengajar turut menempah nasi lemak guwa.


Korang bayangkanlah guwa pagi-pagi datang sekolah bukan sahaja bawak beg sekolah malahan juga membawa dua beg plastik besar yg berisi Nasi Lemak Mak Yon yg telah ditempah. Kadang-kadang guard sekolah guwa tu selalu gak tahan guwa siap wat spot-check takot-takot guwa bawak bom datang sekolah. Biasalah, anak polis. Wadafak !!




Revolusi 2




sekadar hiasan


Dalam masa yg sama Mak Yon telah mendapat idea untuk berniaga makanan ringan di rumah ataupun dalam bahasa kesatnya Jajan. Jajan yang dijual adalah seperti kopok-kopok (Super Ring), coklat-coklat (Cloud 9), home-made aiskrim (eskem Milo) dan eskem Pop. Kesemua nama jajan yg dalam kurungan tu adalah jajan yg guwa selalu rembat. Cilakak. Kesemua jajan-jajan ini Mak Yon hias cantik-cantik menggunakan rak baju dan diletakkan besebelahan pintu masuk umah guwa. Yang guwa tak puas hati skang ni kenapa rak baju guwa wahai Puan Emak?


Masa guwa duduk kat berek polis Rawang, umah guwa tingkat satu iaitu atas kepada groundfloor. Kebanyakan customer yg membeli jajan ni adalah dari golongan setan membe-membe guwa sendiri dah takde muka lain dah. Dan seperti biasa pelayan dan merangkap cashier masih tetap guwa lagi. Membe-membe guwa ni seperti selalu mesti di nganjeng guwa dalam bab-bab bagi duit belen selepas membeli jajan.


'Weh Reen, asal belen ni tak cukup doposen (20sen) ? ko jangan men-men Reen, ni duit mak aku kot' kata setan A dengan penuh curiga.


'Bak aku kira balik...ko beli Super Ring satu doposen..pastu ko bagi aku limaposen (50sen), aku bagi balik belen seposen (10sen)..A'ah short doposen.. Nah doposen dh g balik..' kata guwa dengan hampa sebab tak dapat nganjeng membe guwa tu. Cilakak. hahah


Memandangkan umah guwa tingkat 1, so adalah malaun yg pemalas nak mampus naik tangga gi umah guwa. Maka malaun tersebut pakai order je la dari bawah.


'Reen...Reen...nak eskem Milo satu' kata malaun tersebut sambil mendongak keatas.


'Ha jap-jap' jawap guwa ringkas.




Gambarajah 1.1



Guwa memakai bakul yg diikatkan dengan tali (seperti dalam Gambarajah) supaya guwa leh bagi eskem tersebut dan malaun tersebut leh letak duit kat itu. 


Bila guwa nak turunkan bakul tu je, guwa tgk membe guwa tgh leka main-main pasir kat bawah tu. Idea setan guwa dh sampai. Guwa aiming baik punya kat kepala malaun tu dan guwa lepaskan bakul tersebut. Bedebuk !! tepat sasaran guwa. Maka terbarai-barai la guwa gelak dan malaun tersebut letak je duit pastu tarik bakul tu sekuat hati. Dan terlepaslah tali dari genggaman guwa. Tak pasal-pasal guwa kene turun amik bakul tu balik. Celaka. Guwa kene balik.




Revolusi 3


Guwa masih di berek polis Rawang tapi kami sekeluarga telah berpindah ke rumah tingkat groundfloor. Dan pada ketika itu, Bisnes Mak Yon telah berkembang menjadi lebih pesat dan maju jaya selepas Encik Malek (bapak guwa) membuat dekorasi luaran di belakang rumah tersebut. Maka terlahirlah Gerai ABC Mak Yon.


Disinilah bermulanya kesinambungan Bisnes Mak Yon tatkala Mak Yon menjual bermacam-macam jenis makanan mahupon yang berat dan yang ringan. Bisnes menjual jajan masih diteruskan lagi kerana sambutan hangat di kalangan setan-setan di berek polis itu. Mak Yon mengorak langkah dan strategi yang baru dengan menjual lauk-pauk, ABC, minuman seperti gerai makan yang sering kita lihat di tepi-tepi jalan.


Tetapi Mak Yon masih mengekalkan staff-nya yg cukop-cukop setia (walhal terpaksa) iaitu guwa sendiri. Segala nikmat, seronokan dan girang ketawa guwa bersama rakan-rakan sebaya terbantut tatkala ade customer nak order ABC. Celaka. Guwa terpaksa berhenti bermain lalu membuat ABC customer tersebut.






Ghechehhh...Ghechehhh...Ghechehhh...Ghechehhh...Siap !!




Revolusi 4


Pada tahun 2002, kami sekeluarga berpindah ke Kediaman Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang terletak di Selayangku Bangang Sayang. Tak sampai sebulan menetap disitu, guwa dah memandai-mandai membuat stall buah-buahan sendiri atas dasar ingin berdikari dan tak sanggup dimanipulasikan oleh Mak Yon lagi. Wadafak !!


Mak Yon hanya tersenyum sinis kerana darah keusahawanannya telah mengalir didalam setiap kapilari-kapilari darah guwa ini. Berbekalkan modal sendiri, guwa membeli bahan mentah (buah-buahan) dan melantik seorang co-worker untuk menggantikan guwa tatkala malas bekerja. Cilakak.


Dalam masa lebih kurang sebulan berniaga, guwa menutup perniagaan guwa dengan alasan guwa dah cukup kaya dan sudah boleh menampung anak bini di rumah. Celaka alasan guwa tu. Dan pada masa yang sama, Mak Yon sekali lagi membuka gerai makan ABC-nya di bawah blok rumah guwa. Maka guwa jugak la menjadi co-worker Mak Yon balik. Mak Yon juga membuka satu vacancy sebagai Executif Kulinari di Jobstreet.com dalam mencari candidate-candidate yg sesuai bekerja bersama beliau. 


Kak Ros, minah hendon 20-an telah melepasi temuduga terbuka yang dibuat oleh Mak Yon bagi jawatan Executif Kulinari di Gerai Mak Yon tersebut. Dan disebabkan kemalasan guwa yang tahap penguin di kutub selatan tu, guwa telah diberikan jawatan sebagai Kerani Tahap Rendah atau dalam bahasa kesatnya, Si Pencacai Pembuat Air. Damn~




Revolusi 5


Kini, Mak Yon sudah 3 tahun meninggalkan perniagaannya itu kerana disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dihindari. Dan kini, Mak Yon cuma duduk di rumah dan membuat perniagaan menjaga anak orang dan kadangkala terlihat senyuman manis Mak Yon tanda beliau cukop-cukop berpuashati dengan corak hidupnya yang beliau sendiri ukirkan. Perniagaan dan diri Mak Yon tak boleh dipisahkan bagaikan lagu dan irama.


Dan kini, guwa sebagai anak dan 'pekerja' beliau yang masih setia amat merindui bibit-bibit kenangan guwa berkhidmat untuk beliau. Tak tercapai akal guwa nak tulis surat berhenti kerja. Guwa akan teros berharap guwa dapat lagi 'berkhidmat' dengan Mak Yon selagi nyawa guwa dikandung badan. Dan hanya Yang Esa sahaja boleh 'memberhentikan' guwa dari bekerja dengan Mak Yon tidak lama lagi.




I love You, Mak Yon




p/s: Apsal ending cerita guwa ni sedikit emosi.. Damn~



12 comments:

Boy said...

ABC satu

Em Jay Reen said...

siap...wakakakak

Fath said...

Alolololo..cuwitnye~...meleleh air mate guwa ni. wakakakaka ~

Em Jay Reen said...

cis..sungguh kurang asam emosi tuan hamba tu...hahah

Anonymous said...

gurls: hahahhah. sudah lame ku tidka merasa laksa mak yon.. tmpt aku dan rakan2x berborak2x melepaskn rse bonggol masing2x..

Em Jay Reen said...

ya..btol tu...laksa mak yon kini kian ditelan peredaran zaman yg kian pesat mbangun..hahah

isz said...

peh touching siot....xper2..ak pnh jd plggn setia pd stu ketika dl..biasa lpas solat jumaat..(dpt mkn free)..:P

Em Jay Reen said...

Wakakakak~~terserlah keburukan perangai ang isz..wkakaka lama tak melepak kat kedai mak yon cam dulu2 kan..haha

Sir Marcello said...

xsedey pun...hahaha...pasnie leh r buatkan aku air bila aku ke sana...miyahaha

Em Jay Reen said...

ang mmg hati batu la Cello..wakakak
leh je..sifu nye pasal..guwa buat Neslo spesel kat ang..wakaka

pch said...

tengok sedap je nasi lemak tu...huhu




FREE : Software lajukan komputer anda
FREE : e-book Kord Gitar Lagu Melayu
FREE : Kunci cd-rom

bimbang virus pendrive rakan merebak ke pc anda...bimbang data di curi...pendrive takboleh write...nah FREE: suis USB

Cik Bee~! said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails