July 15, 2010

Kau Berhati Binatang (Edisi Puitis)

Ku bangkit dari lelap tatkala nenek tua berpakaian serba putih singgah ke dalam mimpiku. Seringkali nenek tersebut singgah ke mimpiku ibarat ingin memberitahu sesuatu. Tapi hajatnya seringkali tak kesampaian tatkala aku memberi usapan tapak tangan berkelajuan tinggi ke arah beliau seraya baru membuka kelopak bibir keringnya yang ingin menyampaikan sesuatu.

Maafkan aku nenek. Bukan niatku untuk melakukan kekasaran tehadap warga emas, cume cara penyampaian nenek tu salah. Kalaulah nenek menukar mirip menjadi Tiz Zaqyah atau Jessica Alba, boleh jugaku pikir dua tiga kali untuk bangkit dari tidur atau tidak.



'Hai abang, esok Tiz datang lagi dalam mimpi abang ye.'



Ku memisat-misat mata ini. Bayangan kumis-kumis halus nenek tersebut masih terbayang lagi. Ku hantukkan kepala ke arah dinding. Baru lega sedikit.

Ku capai tuala kusamku dengan rakus. Ku berlari anak kearah bilik air yang jaraknya dari bilikku hanya kurang dari setengah meter. Ku terajang kecil pintu pintu bilik air dan seraya itu kedengaran suara si ibu dari dapur mengutuk perbuatan keji aku itu. Aku mandi menunduk penuh penyesalan.

PC burukku itu sudah bersedia untuk kunjunganku. Tatkala aku membelai-belai tetikus dan mengurut-urut manja keyboard ini, PC ku terus tersenyum riang. Kadang-kala dapat juga ia merasa tamparan penuh emosi dari diriku ini tatkala ia membuat hal. Marah itu tanda sayang.

********************

Kelopak telingaku tiba-tiba terdengar bunyi perkelahian. Ku menjadi tertarik dengan situasi tersebut seraya membuka kelopak jendela. Kelihatan si Hitam dan si Kuning sedang meninggi-ninggikan suara demi memberi serangan psikologi kepada pihak musuh. Masing-masing menunjukkan kehebatan dan keegoannya sendiri. Tiada erti mengalah dalam kamus hidup mereka.

Aku terus bermain dengan pemikiranku sejenak. Kenapa perlu bergaduh? Kenapa tidak mengambil inisiatif lain selain dengan bergaduh? Kenapa perlu menunjukkan kekuatan masing-masing?

Persoalanku terus menghilang dari benak kepalaku tatkala melihat si gadis tunduk menikus tidak jauh dari perkelahian tersebut. Sah ! Sah ini kes merebut betina. Ape kebodohnya si jantan bergaduh demi mendapatkan si betina? Naseb baik ko seekor Kucing. Kalau tak, dah lama buku limaku ini hinggap di batang hidung masing-masing. Macam cilaka.

********************

Aku terus mengelamun sejenak memikirkan telatah si binatang yang bergelar kucing itu. Dulu aku pernah memiliki binatang tersebut. Ku berikan nama si Kecut. Tapi kenapa Kecut? Kenapa tidak diberikan nama yang lebih kearah kebandaran sedikit seperti Boboi? Kenapa tidak Mohtar ataupun Badang? Biasalah, kucing kampung lebih layak diberi nama Kecut berbanding dengan Hans Isaac.

Tapi si Kecut langsung tidak membantah tatkala aku mengisi nama Kecut di sijil beranak beliau. Kecut hanya melontarkan sekeping senyuman penuh kasih sayang kepadaku.

'Terima kasih sebab memberikan nama yang paling cilaka kat aku wahai En.Reen. Akanku ingat sampai mati jasa kau.'

Kalaulah si Kecut boleh berkata-kata sedemikian, sah-sah aku akan dikejarkan ke hospital berhampiran kerana serangan jantung tahap kritikal dan memerlukan pembedahan segera. Wadafak.




'Hai nama saya Kecut. Amacam, kecut tak tengok saye?'


Si Kecut, kucing kampungan yang biasa sahaja. Tidak mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan meramal perlawanan bola. Beliau juga tak sehensem kucing-kucing luar negara yang lain dan hanya bulu-bulu selebet sahaja yang melekat di kulitnya. Tahap kecomelan yang biasa-biasa sahaja. Tahap kegarangan yang macam haram tatkala lipas mahupon tikus menegur sapa kepadanya. Bengong. Ekornya yang pendek dan bengkok menambahkan lagi kecacatan beliau pada kaca mata kucing-kucing yang lain. Seringku lihat si Kecut menangis teresak-esak di dalam bilik mengenangkan nasib beliau. Untung ada Puan Emak yang tak putus asa memberi sokongan moral kepadanya.

Tapi ku beri pujian kepada beliau jika memasuki dalam hal-hal makanan. Si Kecut kuat makan. Keistimewaannya yang inilah yang membuatkan aku berfikir dua tiga kali untuk membuangnye ke pasar-pasar basah yang berhampiran. Makanan hariannya hanyalah sepinggan nasik bergaulkan dengan isi ikan.

'Hari-hari lauk sama je naik muak aku la dol. Cube tukar menu Friskis ke, Wiskes ke, koman-koman bagila Ferrero Rocher sebagai pencuci mulut. Barulah bersemangat skit menempuhi hari-hari yang mendatang.'

Aku hanya memberikan jelingan maut tatkala si Kecut mengungkit bab-bab permakanan ni dan pelempang Arjuna akanku hinggapkan ke muka beliau jika diulangkannya dialog yang sama buat kali kedua. Cilakak. Terus si Kecut menadah tangan tanda bersyukur keatas rezeki yang dilimpahkan kepada beliau.

Sejak dari itu, si Kecut tak pernah menyentuh hal makanan. Beliau hanya makan apa yang diberikan kepadanya dengan penuh rasa kesyukuran. Tatkala aku kasihan melihat nasibnya yang jauh berbeza dengan rakan-rakan sebayanya, aku memberi beberapa juadah yang istimewa kepada beliau.

Ku hulurkan Nasi Lemak, beliau makan.
Ku hulurkan Bihun Goreng, beliau makan. 
Ku hulurkan Lemang ketika Aidilfitri, beliau makan. 
Ku hulurkan kopok Super Ring, beliau pandang tepat mukaku...beliau makan.




'Hai nama sya Super Ring. Kandungan pewarna saya amat tinggi.'


Pernah sekali aku dan Kecut bergaduh sebab berebut-rebut nak main Game Tape. Dan disebabkan dia hanya anak pungut dan dia sedar siapa diri dia di dalam rumah tersebut, beliau mengalah. Malam tu jugak dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Dua hari dia tak balik-balik rumah. Aku mula risau, tah kene culik ke dia, kene pukul ke dia. AKu terus mengambil inisiatif untuk mencari Kecut tapi gagal.

Di suatu malam, aku terbangun dari tidur kerana terdengar suara Kecut di luar rumah.

'Cut janji cut tak nak buat lagi. Cut lapar.' kata si Kecut teresak-esak didepan rumah.

Ku papah beliau dengan penuh kasih sayang ke ruang dapur. Ku hulurkan sepinggan nasik dan seekor ikan cencaru goreng yang memang dihidang khas untuk si Kecut. Beliau makan penuh berselera sekali. Ku jentik telurnya sebagai hukuman. Cilaka.

Usia Kecut meningkat 5 tahun. Uban-uban mula kelihatan di setiap bulunya menandakan usia tua sudah menjelma. Beliau tidak lagi selincah dahulu dan hanya tersadai di kaki lima rumah dan kadang-kala di ruang tamu sambil melayan Buletin Utama TV3.

'Setiap yang hidup, mesti akan mati.'

Itulah ayat terakhir si Kecut sebelum meninggalkan diriku ini. Tatkala beliau tahu akan ajalnya sudah sampai, beliau nekad lari dari rumah kerana tidak mahu melihat muka-muka kesedihan meratapi pemergiannya. Sungguh tidakku sangka, si Kecut yang aku kenal dahulu berperangai cilaka kini telah pergi meninggalkanku.

Jasamu akanku kenang. Damn.


30 comments:

velasrizal said...

wow de rimau putih la kt sini..

Ben Nyah Pesaing Ben Ashaari ?

En. Reen said...

Tu la si Kecut bile transform jadi manja...wakakakka

Cik Bee~! said...

c kecut pun de sijil lahir...hahhahaa,...
jelesh seh...kecut sume mkn...huhu..
ending asal sadis...??huhu

achik ezam said...

cut cut cut.....ariel datang ni bukalah pintu....

Kata ke cut tari!.

En. Reen said...

Cik Bee~!: wakakaka Kecut ni spesel skit...sebab tu la mati awal, pemakanan tak jaga..ekeke
skali skala kasi sedey skit..ekeke

En. Reen said...

ezam: wakakakakaka jgn dow..kang blog aku jadi saspek pembikinan filem ehem2..ekekeke

Anonymous said...

gua rasa nak bagi ozil gua kawan ngan kecut r...boleh jd kawan bek kot?

En. Reen said...

Cello: Kecut dah arwah dah kot...
huwaaaaaaaa~~
wakakaka~

retro moden said...

aku adalah pmint kucing....

En. Reen said...

mahsi: ye saye amat2 tahu akan perkara itu..ekekekeke
tq sebab bg idea wat entry kucing ni ye Mashi~

The Hetzel said...

nice one!!~

En. Reen said...

The Hetzel: Thanks...heheh

IntanBerlian said...

si kecut~ hmmm tetibe teringat kucingku yang dah pergi gakk... sedihkan.

En. Reen said...

bellar0ssa : hmmmm tu la...takpe...beliau lebih bahagia disana...ekekeke

Unamn said...

sumpa.. klaka entry u.. hehe.. kesian si kecut tu.. @_@

Unamn said...

sumpa.. klaka entry u.. hehe.. kesian si kecut tu.. @_@

Unamn said...

sumpa.. klaka entry u.. hehe.. kesian si kecut tu.. @_@

mus99 said...

Ha ha... ini blg yg ku suka...certia ada sikit kelakar... & maklumat juga..

En. Reen said...
This comment has been removed by the author.
En. Reen said...

teddyuna: wah sampai 3 kali komen..ekekeke tq2..

mus99: ini blog picisan je...ekekekeke tq2 bro

Ieqa Swetluv said...

agak cumei kucing kampungan itu ekeke

Jard said...

Haha
lawak dow..
part jentik teluq ngan dialog si kecut
..akakakak

En. Reen said...

ieQa sWetLuv : comel biasa2 je..selalu kene ejek oleh rakan sebaya beliau..hahah

Jard: menggeluour dow bila kene jentik...wakakak

kata kila said...

oh kecut.kam too mama.haha

fndrocka said...

puitis kebendanya..lebih kepada jenaka je.tapi takpe,,ada gamabr tiz zaqyah tu pun dah okey

Unamn said...

en reen...XD..

hahaa jom ker entry una..
ada kisah pasal kopi luwak.. kopi termahal di dunia..


http://teddyunawakaka.blogspot.com/2010/07/kopi-termahal-di-dunia-dari.html

Unamn said...

en reen...XD..

hahaa jom ker entry una..
ada kisah pasal kopi luwak.. kopi termahal di dunia..


http://teddyunawakaka.blogspot.com/2010/07/kopi-termahal-di-dunia-dari.html

En. Reen said...

kk: mama????? huiyo~~~hahha

En. Reen said...

fndrocka: ang pon minat tiz ka?? kite rival la kirenye ni..ekekeke

En. Reen said...

teddyuna: ok2..nnti en.reen singgah blog una..huhuhu

Related Posts with Thumbnails