July 27, 2010

Hafal Sifir Atau Penampar?

Malam yang sepi..pi..pi,


'Angin bayu...membawa diriku, sepintas laluku terkenangkanmu...memori silam meresap malam, kenangan bersama, tersimpan selamanya.'

Tiba-tiba lirik lagu Angin Bayu dari Feminin aku dendangkan dengan asyik sekali. Entah kenapa lagu itu yang terpancul dari mulutku ini. Aku tampar diriku sendiri bagi mengejutkan aku dari igauan lagu Angin Bayu tersebut. 


Anjing-anjing banjingan disekeliling kawasan perumahan aku ni dok heboh-heboh nak takutkan aku dengan nyalakan yang menyeramkan. Orang tua-tua kata kalau anjing menyalak-nyalak tu, dia ternampak makhluk halus. Tapi kadang-kala terdengar jugak anjing-anjing tersebut mendendangkan lagu Jangan Pisahkan secara Koir. Orang tua-tua pon ade mengatakan kalau terdengar anjing sedang mendendangkan lagu tersebut, silalah ringan-ringankan kaki untuk menerajang beliau.


'Tak sedor dirik kau hanjen, bajet cam Phyne Ballerz la nak koir-koir lak.'


Begitulah dialog yang paling sempurna tatkala melayangkan kaki ke arah anjing tersebut. Wadafak.


Kadang-kala aku seram gak tatkala mendengar nyalakan tersebut. Yela, manalah tau tiba-tiba ade bende menjengah aku kat tingkap sebelah ni ha.


'Hai abang, update blog ek? Nanti I follow abang ye, pastu abang follow I balik taw. Ahaks.' kata kak Pontianak sambil menyelak rambut yang menutupi mukanya dan diselitkan ke telinga dengan manjanya.


Kat situ gak aku Choke-slam (gaya penamat Kane dalam realiti TV - Smackdown) beliau kerana melanggar etika displin seorang hantu kerana berkelakuan manja tak ikut tempat. Celaka.


********************

Aku kebelakangan ini ada terjumpa kawan-kawan lama kat laman sosial Fesbuk. Maka kenangan-kenangan lama terus tak henti-henti mengelampias ke arah benakku. Nak dijadikan cerita, aku ternampak satu gambar lelaki misteri. Aku usha lama gambar tersebut. Aku kenal sangat muka lelaki ini.

'Hai, nama saya Besri. Kawan-kawan panggil saya Justin Bieber.'

Inilah Guru Besar kat Sekolah Rendah Sinaran Budi (SB), Encik Besri Jalaluddin. Selama aku berpeleseran mencari ilmu di SB dari tahun 1994-1999, dialah lelaki yang paling digeruni dan ditakuti !!! Nampak tak? Aku taruk 3 tanda seru kat situ bagi menunjukkan aku tengah serius.

En. Besri ni keje dia tatkala kebosanan di SB tu, dia akan melakukan aktiviti rondaan di sekitar kelas darjah lima dan enam. Dan dia akan memasuki mana-mana kelas yang dia rasa bangang nak masuk.

Dan disitulah bermulanya epilog cinta luka kekejaman En.Besri !!

********************

'Bangun sumeee...Selamat Sejatera Encik Besri.' kata seorang ketua kelas yang dipilih secara paksaan.

'Selamat Sejahtera Encik Besri.' gema kesemua pelajar dengan penuh rasa takut.

Perasaan takut, seram sejuk, gugup dan segala macam mak nenek bercampurgaul dalam sanubari setiap pelajar di kelas tersebut. Keinginan nafsu serakah nak terkencing dan terberon (o'ok) terpaksa dibatalkan. Air kencing yang dari tadi memenuhi pundi kencing, serta merta naik kembali ke ginjal. Lebihan hadaman (taik) yang tadi dihujung-hujung 'pintu', turut naik semula ke usus besar. Punyalah takut habaq ang. Celaka.

Keadaan kelas 6 Lembap (bukan nama kelas yang sebenar) menjadi sunyi, sesunyi di kuburan. Kadang-kala terdengar cungap-cungap nafas pelajar yang menghidapi lelah. Degup-degup jantung selang-seli menggamitkan suasana di dalam kelas seperti gendang tarian singa di pagi Gong Xi Fat Chai.

Langkah demi langkah En.Besri diperhati dengan tepat dan............

Langkahnya terhenti,

En.Besri: 6 darab 6 !!! (bersuara garau sambil menuding jari kearah Mokhtar)

Mokhtar: Err...err....tiga pu......


PAAANGGGG !!!

Satu tamparan wanita berkelajuan tinggi telah hinggap ke muka Mokhtar. Penangan En.Besri amat dasyat sehinggakan pelajar disebelah Mokhtar turut terasa sakitnya ibarat pepatah melayu, cubit peha kiri peha kana terasa. Takke celaka namanye tu.

Mokhtar hanya mampu menahan diri dari menangis sambil mengusap-usap pipi yang baru mendapat 'hadiah' saguhati dari En.Besri. Bagi menjaga harga saham beliau, Mokhtar hanya melemparkan sekeping senyuman kepada para-para gadis yang melihat beliau.

Itulah En.Besri yang digeruni kerana ketegasan dan kebengisan beliau terhadap pelajar-pelajar di SB. Barangsiapa yang masih tak taw SIFIR sampai dah naik darjah enam pon masih bangang, kompem-kompem beliau boleh membuat koleksi 'Tamparan En.Besri' di kawasan sekitar pipi-nya. Bagi muka yang berjerawat tu, kompem-kompem menyembur nanah atau 'nasik' keluar dari pipi beliau tatkala mendapat tamparan En.Besri. Sungguh wadafak.

Pernah jugak aku terdengar satu kabar angin pasal tamparan En.Besri ni. Ada seniur-seniur mengatakan ade sorang budak pernah dikejarkan ke hospital selepas menerima tamparan tersebut. Seminggu terlantar di hospital akibat konkusi di bahagian rahang dan membawak ke otak. Alhamdulillah budak tu sihat lagi. Tapi selepas dua hari keluar dari hospital, beliau telah ditangkap oleh polis atas kesalahan percubaan menyebarkan agama sesat dan menjadi Nabi Palsu. Ok ! Yang ni aku tipu. Hahaha wadafak.

********************

Aku secara jujurnya tak pernah kena tamparan tersebut kerana aku hebat sifir. Ade sekali tu belum sempat En.Besri tanya aku, aku dah jawap siap-siap EMPAT PULUH SEMBILAN seperti dah tahu En.Besri akan tanya tujuh darab tujuh berapa. Beliau hanya mampu menggaru dahinya tanda pelik. Cilakak.

Tapi secara positifnya aku taw yang En.Besri telah menggunakan cara ini untuk menyedarkan pelajar lain untuk menghafal sifir. Dan salah sorang dari pelajar tersebut tu adalah aku. Aku siap gunting jadual sifir kat belakang buku latihan kot pastu tampal kat pensel-box. Skema tak skema baq ang.

TQ Encik Besri B. Jalaludin kerana tunjuk ajarmu yang 'dasyat' ni. Sekarang aku dah boleh menghafal sifir tanpa sebarang rujukan jadual sifir lagi. Wakaka.


p/s: Aku penah kene rotan dgn beliau sebab tak siap keje sekolah. Damn~


14 comments:

Cik Bee~! said...

ni kisah en.besri ni toi2 ke men?garang giler.....hahahah
hebat la entry ni..huakkaka..
tp kan...tiap2 entry nape msti de

i)WADAFAK
ii)CILAKA

da cari dlm kamus dewan bahse..xjupe pn meaning ni..huhu...leh xplain kan x?..hahhaha

Little Lost StaR said...

citer nie mmg btol la..saya pun satu skool ngan dia..satu kelas lagi..mmg wujud org dan alkisah diatas nie..

En. Reen said...

CB: ini adalah cite betul..tarak tipu2 munyer maa....hahaha tang perkataan tu hanya lah sekadar metafora dalam mengindahkan lagi emosi pembaca..harap maklum~

En. Reen said...

Little Lost StaR: weh lu sape weh?? hahahah misteri sungguh...ekekekeke

teddyuna said...

hah.. encik reen hebatlah.. best setiap kali una bace entry encik reen mesti gelak kuat2.. x der kontrol2 ayu.. haha

teddyuna said...

hah.. encik reen hebatlah.. best setiap kali una bace entry encik reen mesti gelak kuat2.. x der kontrol2 ayu.. haha

teddyuna said...

hah.. encik reen hebatlah.. best setiap kali una bace entry encik reen mesti gelak kuat2.. x der kontrol2 ayu.. haha

En. Reen said...

teddyuna: ekekekeke maseh2...gelak2 guling2 sampai ter klik 3 kali komen ni ek...ekekekekeke tq2

Affan Ruslan said...

gila hebat GB lu dulu.
aku rasa die tau tanya 6x6, 7x7, 8x8 je. so pahni lu g sklh soh bdk2 hafal yg pattern cmtu je. hehehe

En. Reen said...

Affan Ruslan: aah kan..aku dh lama saspek gitu gak la..ekekek

SuFy said...

hehee..tergelak sekejap membaca entri ni...:p

En. Reen said...

SuFy: hai takkan togolak kojap yo kot...golak la lamo2 skit..sonang skit hati tu ha..ekekke

Little Lost StaR said...

Msti la ko x ingat aku coz xder detail dlam blog aku..aku diyana la..satu skool ngan ko kat SB dulu..mmg hebat la blog ko..kagum aku..aku yg teramat terel dalam karang mengarang time skool dulu pun x sehebat ko mengarang citer skunk..mana ko dpt mood buat citer dlam blog nih ha!!

En. Reen said...

Little Lost StaR: Ooooooo dianaaaa~~kenal sesangat..hahah len kali guna nama sebenar ye..ahaha

aku bertapa 3 tahun kot sebelum wat blog ni..wakakaka kat Batu Caves...

Related Posts with Thumbnails