July 24, 2010

Si Badang Pindah Rumah

Pada suatu hari, bapa si Badang termengah-mengah pulang ke rumah sambil membawa sekeping surat. Surat dari istana gamaknye.

'Weh korang..korang, kite sekeluarga kena pindah dari rumah ni la. Kite kene pindah ke kampung sebelah. Ni ha watikah dari istana. Nah tengok la.' kata Pendekar Uban, bapa kepada si Badang sambil menghulurkan watikah tersebut.

'Ha, kan saye dah kate, mesti kite kene pindah gak sebab rumah ni nak wat renovation skit. Kate jiran tetangga, dorang nak renovate kat tandas tu. Kire macam upgrade la.' kata Mak Yon memberi kate-kate ilmiah sebarang dua.

'Nak uprade tandas? Nak upgrade bagi ade function Auto-cebok ke?' si Badang mencelah penuh sindiran celaka.

Pendekar Uban dan Mak Yon melemparkan jelingan tajam tepat kearah Badang.

Si Badang terus ke berlari anak ke jamban. Nak o'ok katenye. Cam cilaka.

'So, nampaknye kite kena kemas barang secepat mungkin sebab kita kene pindah dalam dua tiga hari lagi ni gamaknye.' kata Pendekar Uban kepada Mak Yon.

Si Badang yang dari tadi curi-curi dengar perbualan mereka dari jamban terus menerajang segala macam besen dan gayung di dalam jamban tersebut. Pelocok juga tidak terkecuali. Cam setan.

********************

Maka bermulalah operasi cegah maksiat mengemas dan membungkus segala harta-harta sepencarian bagi memudahkan proses fotosintesis mengangkut barang-barang ke rumah baru dengan lebih mudah dan lancar.

Segala macam barang dibungkus kedalam kotak seperti pinggan mangkuk, buku-buku, penunu bunsen, jam randik, bikar, tabung uji, kertas litmus dan segala macam perkakasan makmal kimia. Ok itu sah-sah menipu. Celaka.


Si Badang sedang menyediakan Ikan Pari Masak Asam Pedas.


Tidak terkecuali segala pakaian luaran mahupun dalaman turut together-gether masuk kedalam kotak. Arakian kesemua kotak di seletep (selotape) rapi supaya tiada sesiapa yang boleh lari keluar dari kotak tersebut. Si Badang sebagai insan yang prihatin terhadap alam sekitar terus menebuk beberapa lubang pada kotak tersebut supaya mereka yang didalam boleh bernafas segar. Wadafak.

Barang-barang seperti TV besar gedabak, almari baju, almari mekap, tilam Dreamworld, katil dan segala macam harta yang besar akan diikat dan dibunkus dengan kain supaya tidak tercedera nanti. Tak tercapai akal dan tahap IQ yang tinggi ini untuk mentapau semua kejadah tersebut ke dalam kotak. Sesungguhnya manusia diciptakan dengan akal untuk berfikir dan janganlah kite memperbodohkan diri sendiri. Kate-kate ilmiah ye disitu.


Suke, suke, suke !! Cam celaka !

Jadual petang Mak Yon untuk menonton sinetron Alisa turut terganggu akibat daripada operasi mengemas ini. Kadang-kala si Badang ternampak juga Mak Yon curi-curi tulang layan sinetron tersebut. Si Badang hanya mampu menggelengkan kepala dan merebahkan punggungnya dan turut sekali melihat sinetron tersebut.

********************

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Lori-lori di Raja pon sudah bersedia untuk mengangkut barang-barang si Badang. Pendekar Uban telah mengupah beberapa askar sipahi untuk memudahkan proses pemindahan tersebut. Jiran tetangga turut sama-sama membantu.


Proses hangkut-mengangkut ni mengambil masa dalam telu-papat (3-4) jam gak la. Si Badang terpaksa membanting tulang (tp tak taw lak tulang ape, sum-sum kot) dan bekerja keras untuk mempercepatkan proses pindah tersebut. Sesekali Badang terfikir untuk memakan muntah puaka macam yang dia pernah buat aritu. Tapi malang sekali si Puaka dikatakan sedang honeymoon kat Pulau Perhentian dengan family dia. So, si Badang mengambil alternatif lain dengan meminum air 100plus dan Kopi Abang Boleh je sebagai penambah tenaga. Wadafak.


Tepat jam 3.00pm, habis la sudah segala proses permindahan tersebut. Si Badang amat gembira dan bersyukur kerana sumenye berjalan dengan lancar dan saksama. Si Badang berharap rumahnya yang baru ni dapat memberi sebarang dua rezeki atau petunjuk kepada Badang. Dan mereka hidup dengan aman dan sejahtera.


Disini si Badang telah me-request untuk memberi kata sepatah dua kepada peminat-peminatnya. Silakan En.Badang.




'Disini saye ingin berterima kasih kepada mat-mat bangla, pelajar-pelajar UIA dan jiran tetangga dalam membantu dan bergotong-royong dalam proses pemindahan kerumah yang baru.'


'Akhir sekali, saye ingin memohon maaf sebab sudah lama dah memasukkan sebarang dua entry untuk tatapan rakyat jelata kerana PC saye wathal la pulak. Selepas proses lempangan dan terajangan terhadap PC tersebut, maka kini PC saye sudah elok dan sejahtera.'


Sekian.



6 comments:

ezam said...

eh..student uia kah?????

Sir Marcello said...

rasa cam silaka tak bila pc buat hal? nasib bek aku ada backup...

wei raya nt aku nak pi rumah baru ang lah...hahaha

p/s: giler lembap blok kome nak renovate..blok teman dah 4 tahun siap...miyahaha

En. Reen said...

ezam: tak la...budak UIA dtg tolong je aritu...keje amal katenye..tahla..ekekekek

En. Reen said...

Cello: ya mmg terasa kecelakaannya itu.ekekek aah nnti jemput la dtg...

p/s: vavi..ekekeke

teddyuna said...

kelaka la cerita ni..haha.. encik reen pndai mngarang..

En. Reen said...

teddyuna: mengarang tak...merepek ye...wakakakaka tq una~

Related Posts with Thumbnails