July 31, 2010

Hisap Ape Tu?

Hari ini hari Sabtu bersamaan 31 Julai 2010. Hari ini amat berbeza dengan hari-hari Sabtu yang lain. Selalunya sabtu-sabtu ni aku mesti diulit mimpi-mimpi indah takpun separa indah. Bak kata orang tua-tua.

'Tidur tu cubo la basuh kaki tu ha, takdolah malam kang ekau ngigau mimpi yang bukan-bukan. Kono koja dek rimau la, tonuk la, siput babi la dan segalo macam binatang di Zoo Taiping masuk dalam mimpi ekau jang oi.'

Ha, lebih kurang macam tu la dialog orang tua tersebut. Tapi memang sengaje aku tak basuh kaki malam tadi supaya leh la mimpi-mimpi sikit sebarang dua.

Tapi itu sume hanya sementara. Ku sangkakan cerah sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Aku meratapi nasibku ini sambil melihat Makcik Ramah kumat-kamit mencarut kerana kain yang disidainya pagi tadi belum kering lagi dah kene angkat. Tak berbajulah gamaknye dua tiga hari nanti Makcik Ramah oi.

'Kadang kite terlupa bahawa Hujan itu rahmat dariNya.' -Gagak Picisan


'Sabarla Makcik Ramah oi, mentari tak nak bagi kerjasama harini. Sidai je la kat dalam umah tu.' sindir aku kepada Makcik Ramah.

'Fak u.' bidas Makcik Ramah ringkas, mudah, tepat dan bermanfaat. Celake disitu ye.

Aku terkeskema terkesima. Aku terus hilang fokus untuk bercerita tentang malangnya nasib aku pada hari ini gara-gara masih terbayang kata-kata akhir Makcik Ramah. Wadafak. Takpelah, aku terus je fokus kat tajuk entry kali ni ye.

********************

Tajuk entry kali ni memang saje aku bagi macam persoalan skit. Saje nak bagi kepala korang pikir kelain skit. Barulah orang kate ape, Daya Pemikiran Intelektual. Ha camtu la bunyiknye. Wadafak la sume itu.

Aku kali ni nak cerita skit pasal tabiat menghisap Rokok. Secara jujur dan ikhlasnya, aku telah mengenal rokok dari bangku sekolah lagi. Tak silap aku darjah enam aku dah tahu cara-cara merokok dengan betul, bahan-bahan yang terdapat dalam rokok, jenama rokok dan segala macam mak nenek pasal rokok.

'Selepas menggunakan Shampo Bawang, kini saye lebih yakin meng-karate rokok tersebut.' kate Jackie dengan riaknye.

Macam mana aku boleh terjebak dengan rokok? Bagi aku, adalah lebih baik kita melempang diri sendiri daripada menuding jari menyalahkan orang lain. Aku sendiri jalan hitam ni tanpa paksaan. Dan sekarang ni aku dah berhenti merokok. Dah nak masuk setahun camtu la. Kadang-kadang tu layan la jugak sebatang wat melepas batuk ditangga. Memang terbatuk-batuk aku dibuatnya. Asap rokok skang dah takleh masuk dah dengan tekak aku dah. Alhamdulillah.

Asap Rokok: Hai abang Tekak, baby datang niew..lamew tak jumpew abang. Windu la. (suara manja)

Tekak: Baby tengkorak kau ! Kite kan dah clash, ape lagi kau nak? Tibe-tibe datang jumpe aku ni. Baik ko blah sebelum aku rogol ko. (suara ego+garang)

Asap Rokok: Abang ni kenapew? Napew halau B macam niew? Sampai hatiew abang Tekak. Sob..sob.. (menangis teresak-esak seraya berlalu pergi)

********************

Macam-macam kenangan yang agak basted aku perolehi semasa aku menjadi perokok tegar ni. Salah satunya time aku forrm 3 dulu tu.

Aku tengah lepak-lepak layan cite Rosalinda kat TV3 dulu tu tibe-tibe perasaan sangap kasih sayang sigup (dulu aku gelar Rokok sebagai Sigup supaya mak pak aku tak taw mcm bahasa isyarat la lebih kurang). Macam biasa la, aku rembat rokok BukitDun (DunHill) Encik Malek sebatang, aku teros capai towel gi masuk jamban wat-wat nak terberak. Kat jamban tu dah standby lighter lagi. Preparation abis perfect la orang kate. Aku pun memuaskan nafsu aku kat jamban tersebut. Ayat celaka disitu.

Tibe-tibe pintu jamban diketuk oleh Puan Emak.

Bam..Bam..Bam..

Puan Emak: Woi ape kau buat dalam jamban tu lama-lama ha? (bersuara lantang)

Aku: Reen berakla mak. Takkan main sampan-sampan lak. (cam basted je ayat)

Puan Emak: Hai berak bukan main lama. Ko berak lesung batu ke ape? Ke peti ais gamaknye.

Aku: Alaaa...Reen sakit perutla mak.. 'tuuutt' ni keras la. (suara meneran)

Puan Emak: Dah-dah. Ko simpan je la 'tuuutt' ko tu. Ko isap rokok kan? Berasap-asap dah jamban ni aku tengok. Nah ko !! Amik ubat !!

Aku terus terkesima lagi sekali. Aduh kantoi lak. Apelah yang Puan Emak nak kenekan aku ni. Aku teros buat-buat siram air kononnye tengah beristinjak. Aku tarik pintu. Damn !!! Puan Emak kunci jamban dari luar. Tidaaaakkkk !!! Ini satu penghinaan dan penyiksaan secara rohani dan jasmani. Demit.

Lebih dari tiga jam aku kat jamban tu sambil berharap Encik Malek diserang penyakit cirit-birit secara mengejut agar boleh aku bebas keluar dari Jamban Puake ini. Dan masuk je jam yang ke empat, Encik Malek terus membuka pintu jamban tersebut.

'Opocot opah kau ! Ape ko wat kat dalam ni ha? Ayah ingat ko dah melangok (keluar bersiar-siar) tadi.' kata Encik Malek didalam kekejutan.

Aku terus berlalu pergi tanpa berkata sepatah dua. Hanya mampu melontarkan sekeping senyuman taik ke arah beliau. Celaka.

Adakah Jamban Puaka ini yang dimaksudkan oleh penulis? Tahla, teman pon tak tahu menahu.

********************

Kalau ikutkan banyak lagi kenangan basted aku bersama Rokok ni. Disebabkan entry ni dah panjang sangat. Aku stop kat sini je la. Tengokla macam mana nanti kalau aku rajin nak wat part 2 lak ke. Tu pon kalau nak bace lagi la. Wadafak.

So, akhir kate dari saye, Bekas Perokok Tegar, janganlah melampiaskan nafsu didalam jamban. Buruk padahnye.

p/s: Aku kini fobia bila dok jamban lama-lama. Takut Hantu Taik kuar dari lohong jamban tu. Giler pengotoq..wakakaka.


6 comments:

azmiramin said...

yeahhh!!!lu dah leh geng ngan gua...belia benci rokok.

En. Reen said...

tapi mir lu lagi senior...gua baru2 je nk join the group..ekekeke
sila beri tunjuk ajar..wakaka

Unamn said...

kelakar la en reen.. yg best tu ayat,,''celaka disitu''

terbaek !!

Sir Marcello said...

aku dalam perancangan <====== macam silaka...

En. Reen said...

teddyuna: hahahah jgn guna ayat tu kat dunia realiti ye...tak bek..ekekek dlm blog takpe..ekekek

En. Reen said...

Sir Marcello: canteekkk!! tp ang kene kurung kan diri dalam jamban dulu la..ekekeke

Related Posts with Thumbnails