June 20, 2010

Edisi Hari Bapa

Aku ingat lagi....
Bila aku pertama kalinya jejakkan kaki ke sekolah (Darjah 1), pagi-pagi lagi Ayahku menghantar aku ke sekolah. Sampai saje di sekolah, Ayahku teros membawaku ke kelas. Ayahku pesan kat aku.
"Reen duduk kat kelas diam-diam taw...belajar taw...jangan main-main.. Ayah nak pegi kerja dulu ye..."
Ayahku teros berlalu pergi. Maka duduklah aku senyap dan terpaku sorang-sorang kat kelas tu tanpa ditemani Ayahku. Aku lihat sekeliling semua budak sebaya aku bertemankan Ibu dan Bapa mereka. Seronoknye dorang. Tapi aku...
Takpelah...Ayahku gi keje tangkap orang jahat...


Aku ingat lagi...
Bila dulu time kecik-kecik, aku dengan Ayahku bergurau senda dirumah. Seronok bergurau dengan Ayahku. Ada sekali tu, Ayahku pergi ke tandas.. Aku dengan niat nak bergurau, menutup lampu tandas. Ayahku melenting marah dan teros menjerit depan aku. Aku lihat tangannya sudah meninggi nak melempang aku tapi Ayahku hentikan niat beliau tatkala terlihat Puan Emak memeluk erat tubuhku sambil menangis. Aku berdiri kaku tidak tahu apa kesalahanku.
Maafkan Reen Yah...Reen nak bergurau je...


Aku ingat lagi...
Bila dulu seluar sekolahku koyak kelengkang. Aku dengan malunya menghulurkan seluarku itu kepada Puan Emak. Puan Emak hanya tersenyum melihat gelagat aku. Tanpa disedari, Ayahku merampas seluarku itu dan dirabakkannya di depan mata aku. Maka, tamatlah sudah riwayat seluarku itu. Puan Emak hanya mampu menangis didepanku. Aku berdiri membisu tidak tahu apa kesalahanku.
Maafkan Reen Yah...Reen tak tahu...


Aku ingat lagi...
Bila rakan sebayaku semua gembira mendapat hadiah dari ayah masing-masing. Aku tanya Ayahku..
"Ayah...Reen nak permainan boleh?"
Ayahku hanya diam melihat television tanpa menghiraukan aku. Aku pon berlalu pergi tanpa menyimpan sebarang perasaan merajuk dan kecil hati.
Takpelah, Reen taw Ayah tengah takde duit tu...


Aku ingat lagi...
Bila report card aku ade tercatit tulisan berwarna merah. Aku terketar-ketar memberikan report card kepada Ayahku kerana takut dimarahi. Ayahku lihat, dan diam seribu bahasa. Ayahku jeling tajam ke arah aku. Lalu dicampakkannya report card aku keluar. Aku lari mengambilnya balik takut-takut kotor terjejak tanah.
Maafkan Reen Yah...Reen akan belajar sungguh-sungguh...


Aku ingat lagi...
Bila aku tertangkap memonteng sekolah. Surat amaran sampai ketangan Ayahku. Aku diam menikus ketakutan. Ayahku berang dan mencapai tali pinggang kulitnya dan melibas tepat kebetisku beberapa kali. Sakit. Perit. Sampai sekarang masih terasa kesakitan itu. Ayahku masih tidak berpuashati. Dicapainya gari lalu digari tanganku diluar pagar rumah. Seharian aku dihukum.
Puan Emak hanya mampu menangis tatkala melihat diriku lemah longlai dihukum Ayahku.
Maafkan Reen Yah...Reen janji tak buat lagi...


Dan aku ingat lagi...
Bila aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM Perlis. Aku gembira dan lalu memberitahu Ayahku dan Puan Emak berita ini. Puan Emak turut gembira tapi Ayah? Ayahku diam membisu tanpa sebarang respon diatas berita gembira ini. Lalu kulihat airmata seorang Ayah menitik jatuh dari pipinya berderai ke lantai. Kulihat kesayuan raut wajahnya, kuratap tepat kesedihannya dan baru kurasa kejujuran dan keikhlasan kasih sayang yang selama ini aku tak sedar.
Maafkan Reen Yah...baru Reen sedar kasih sayang yang selama ini Ayah berikan kepada Reen.

********************


Lans Koperal Abdul Malek Bin Basiron

Terima kasih tak terhingga kuucapkan atas segala kasih sayang dan pengorbanan Ayah selama ini menjaga, mendidik dan membesarkan Reen.
Reen Sayang Ayah

+++Selamat Hari Bapa+++



June 18, 2010

Bisnes Mak Yon

'Abang Reen...abang Reen bangon..bangon.. hanset abang Reen bunyik..bising sakit telinga Min ni...hishh' kata seorang budak perempuan jerit kat sebelah telinga guwa.


Guwa yg sedang lena dibuai mimpi teros tersedar dan memandang tepat kearah budak pompuan tu. Perasaan membuak-buak ingin membuat bicycle-kick terhadap budak tu teros dibuang kerana guwa sangat-sangat kenal budak tu.


Yasmin, kanak-kanak perempuan lingkungan 4 tahun yg petah berkata-kata dan sering kali gak la menasihati aku dalam bab-bab bangun lambat ni. Puan Emak pernah baby-sitting dia dari kecik lagi dan sekarang tidak lagi kerana mama Yasmin ni dah upah bibik jaga dia.


'Pukol berapa dah Min?' tanya guwa sambil menutup balik mata.


'Dah pukul 4 petang dah bang Reen' kata Min dengan tenang.


'Haa !! Celaka dah petang dah ke??' guwa mengelabah bangun dan teros zoom in jam kat hanset guwa.




8.36 a.m. 




Celaka aku dah kene game. Guwa pon sengal pi tanya Min skang pukul bape. Sah-sah la dia pakai jawap je pukol bape yang dia rase macam best je nak sebut. Aduh terkena guwa pagi-pagi lagi. Damn. Abaikan.




********************


Ok. Entry kali ni special skit sebab guwa nak cerita sikit pasal kehidupan guwa yang mesti kena bergelumang dengan Bisnes Mak Yon. Mak Yon adalah nama manja Puan Emak sejak dari guwa kecik lagi. Bisnes dan Mak Yon memang tak dapat di pisahkan ibarat aur dan tebing, isi dengan kuku, dan sebagainya.


Bisnes Mak Yon ni mempunyai revolusi-revolusinya yang tersendiri berlainan dengan Revolusi KL Drift. FYI, Mak Yon ni ada seorang staff yang sangat-sangat setia dan Bisnes Mak Yon tak akan jalan tanpa staff ni iaitu Guwa sendiri.


Mari kita ikuti Revolusi Bisnes Mak Yon.




Revolusi 1


Masa tu guwa darjah 5 dan bersekolah kat Sekolah Rendah Sinaran Budi. Setiap hari guwa bawak bekal nasi lemak dari rumah yg dibungkos kemas dgn surat kabar. Guwa tak makan dow bekal tuh. Pebarang samseng sekolah bawak bekal datang sekolah. Giler dayus. Tak tercapai akal guwa bayangkan guwa bawak bekal tapawe dengan botol air gantung kat leher tu. Kompem-kompem guwa mintak ditukarkan sekolah ke sekolah rendah jenis tamil. Celaka.




sekadar hiasan




Guwa seperti biasa akan menjual nasi lemak tu kat membe guwa yang memang malas nak mampos gi kantin. Dia nak ade lunch je kat depan mata dia bila waktu rehat menjelma. Guwa yang bijak mestilah jual nasi lemak tu kat dia.


Lama-kelamaan nasi lemak guwa menjadi popular dikalangan rakan sekelas guwa. Berbekalkan bajet advertisement dan promotion yg sekangkang kera, guwa mengupah membe sekelas guwa syorkan kat kelas-kelas sebelah yg lain. Dan akhirnya Nasi Lemak Mak Yon telah menjadi satu fenomena luar biasa di sekolah tersebut sehingga para tenaga pengajar turut menempah nasi lemak guwa.


Korang bayangkanlah guwa pagi-pagi datang sekolah bukan sahaja bawak beg sekolah malahan juga membawa dua beg plastik besar yg berisi Nasi Lemak Mak Yon yg telah ditempah. Kadang-kadang guard sekolah guwa tu selalu gak tahan guwa siap wat spot-check takot-takot guwa bawak bom datang sekolah. Biasalah, anak polis. Wadafak !!




Revolusi 2




sekadar hiasan


Dalam masa yg sama Mak Yon telah mendapat idea untuk berniaga makanan ringan di rumah ataupun dalam bahasa kesatnya Jajan. Jajan yang dijual adalah seperti kopok-kopok (Super Ring), coklat-coklat (Cloud 9), home-made aiskrim (eskem Milo) dan eskem Pop. Kesemua nama jajan yg dalam kurungan tu adalah jajan yg guwa selalu rembat. Cilakak. Kesemua jajan-jajan ini Mak Yon hias cantik-cantik menggunakan rak baju dan diletakkan besebelahan pintu masuk umah guwa. Yang guwa tak puas hati skang ni kenapa rak baju guwa wahai Puan Emak?


Masa guwa duduk kat berek polis Rawang, umah guwa tingkat satu iaitu atas kepada groundfloor. Kebanyakan customer yg membeli jajan ni adalah dari golongan setan membe-membe guwa sendiri dah takde muka lain dah. Dan seperti biasa pelayan dan merangkap cashier masih tetap guwa lagi. Membe-membe guwa ni seperti selalu mesti di nganjeng guwa dalam bab-bab bagi duit belen selepas membeli jajan.


'Weh Reen, asal belen ni tak cukup doposen (20sen) ? ko jangan men-men Reen, ni duit mak aku kot' kata setan A dengan penuh curiga.


'Bak aku kira balik...ko beli Super Ring satu doposen..pastu ko bagi aku limaposen (50sen), aku bagi balik belen seposen (10sen)..A'ah short doposen.. Nah doposen dh g balik..' kata guwa dengan hampa sebab tak dapat nganjeng membe guwa tu. Cilakak. hahah


Memandangkan umah guwa tingkat 1, so adalah malaun yg pemalas nak mampus naik tangga gi umah guwa. Maka malaun tersebut pakai order je la dari bawah.


'Reen...Reen...nak eskem Milo satu' kata malaun tersebut sambil mendongak keatas.


'Ha jap-jap' jawap guwa ringkas.




Gambarajah 1.1



Guwa memakai bakul yg diikatkan dengan tali (seperti dalam Gambarajah) supaya guwa leh bagi eskem tersebut dan malaun tersebut leh letak duit kat itu. 


Bila guwa nak turunkan bakul tu je, guwa tgk membe guwa tgh leka main-main pasir kat bawah tu. Idea setan guwa dh sampai. Guwa aiming baik punya kat kepala malaun tu dan guwa lepaskan bakul tersebut. Bedebuk !! tepat sasaran guwa. Maka terbarai-barai la guwa gelak dan malaun tersebut letak je duit pastu tarik bakul tu sekuat hati. Dan terlepaslah tali dari genggaman guwa. Tak pasal-pasal guwa kene turun amik bakul tu balik. Celaka. Guwa kene balik.




Revolusi 3


Guwa masih di berek polis Rawang tapi kami sekeluarga telah berpindah ke rumah tingkat groundfloor. Dan pada ketika itu, Bisnes Mak Yon telah berkembang menjadi lebih pesat dan maju jaya selepas Encik Malek (bapak guwa) membuat dekorasi luaran di belakang rumah tersebut. Maka terlahirlah Gerai ABC Mak Yon.


Disinilah bermulanya kesinambungan Bisnes Mak Yon tatkala Mak Yon menjual bermacam-macam jenis makanan mahupon yang berat dan yang ringan. Bisnes menjual jajan masih diteruskan lagi kerana sambutan hangat di kalangan setan-setan di berek polis itu. Mak Yon mengorak langkah dan strategi yang baru dengan menjual lauk-pauk, ABC, minuman seperti gerai makan yang sering kita lihat di tepi-tepi jalan.


Tetapi Mak Yon masih mengekalkan staff-nya yg cukop-cukop setia (walhal terpaksa) iaitu guwa sendiri. Segala nikmat, seronokan dan girang ketawa guwa bersama rakan-rakan sebaya terbantut tatkala ade customer nak order ABC. Celaka. Guwa terpaksa berhenti bermain lalu membuat ABC customer tersebut.






Ghechehhh...Ghechehhh...Ghechehhh...Ghechehhh...Siap !!




Revolusi 4


Pada tahun 2002, kami sekeluarga berpindah ke Kediaman Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang terletak di Selayangku Bangang Sayang. Tak sampai sebulan menetap disitu, guwa dah memandai-mandai membuat stall buah-buahan sendiri atas dasar ingin berdikari dan tak sanggup dimanipulasikan oleh Mak Yon lagi. Wadafak !!


Mak Yon hanya tersenyum sinis kerana darah keusahawanannya telah mengalir didalam setiap kapilari-kapilari darah guwa ini. Berbekalkan modal sendiri, guwa membeli bahan mentah (buah-buahan) dan melantik seorang co-worker untuk menggantikan guwa tatkala malas bekerja. Cilakak.


Dalam masa lebih kurang sebulan berniaga, guwa menutup perniagaan guwa dengan alasan guwa dah cukup kaya dan sudah boleh menampung anak bini di rumah. Celaka alasan guwa tu. Dan pada masa yang sama, Mak Yon sekali lagi membuka gerai makan ABC-nya di bawah blok rumah guwa. Maka guwa jugak la menjadi co-worker Mak Yon balik. Mak Yon juga membuka satu vacancy sebagai Executif Kulinari di Jobstreet.com dalam mencari candidate-candidate yg sesuai bekerja bersama beliau. 


Kak Ros, minah hendon 20-an telah melepasi temuduga terbuka yang dibuat oleh Mak Yon bagi jawatan Executif Kulinari di Gerai Mak Yon tersebut. Dan disebabkan kemalasan guwa yang tahap penguin di kutub selatan tu, guwa telah diberikan jawatan sebagai Kerani Tahap Rendah atau dalam bahasa kesatnya, Si Pencacai Pembuat Air. Damn~




Revolusi 5


Kini, Mak Yon sudah 3 tahun meninggalkan perniagaannya itu kerana disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dihindari. Dan kini, Mak Yon cuma duduk di rumah dan membuat perniagaan menjaga anak orang dan kadangkala terlihat senyuman manis Mak Yon tanda beliau cukop-cukop berpuashati dengan corak hidupnya yang beliau sendiri ukirkan. Perniagaan dan diri Mak Yon tak boleh dipisahkan bagaikan lagu dan irama.


Dan kini, guwa sebagai anak dan 'pekerja' beliau yang masih setia amat merindui bibit-bibit kenangan guwa berkhidmat untuk beliau. Tak tercapai akal guwa nak tulis surat berhenti kerja. Guwa akan teros berharap guwa dapat lagi 'berkhidmat' dengan Mak Yon selagi nyawa guwa dikandung badan. Dan hanya Yang Esa sahaja boleh 'memberhentikan' guwa dari bekerja dengan Mak Yon tidak lama lagi.




I love You, Mak Yon




p/s: Apsal ending cerita guwa ni sedikit emosi.. Damn~



June 15, 2010

Arjuna Vs Pamungkas Jilid 1

Sejahtera kalian,
Hamba baru sahaja habis menonton Slot Aksi - Arjuna bersama keluarga hamba yang tercinta. Selepas sejam hamba menonton cerita tersebut, teros terdetik satu idea akal hamba untuk menulis sebarang dua di dalam blog hamba ni.




Slot Aksi - Arjuna (TV3)


Hamba sebenarnya amat-amat mengagumi kisah-kisah dunia persilatan dan pertarungan Melayu Purba. Setakat kisah-kisah Otromen melawan Resakse Hijau Lumut, Mask Rider melawan Resakse Sotong, Otobot melawan Diseptikon hamba agak kurang minat sedikit. Hamba pon teros bertanya kepada ayahanda hamba, Pendekar Uban (Encik Malek).


'Err..ayahanda..kenapa ya anakanda begitu minat dan obses tentang kisah dunia persilatan mahupon dunia pertempuran Melayu Purba ?' tanya si anak kpd si bapa.


'Hmm..tahla, dengar cite keluarga kite ni ade darah keturunan Hang Jebat' jawap si bapa penuh tenang dan ada sedikit senyuman sinis disitu.


Bonda hamba teros terbarai-barai ketawa sebagai tanda membidas sama sekali statement ayahanda. Cis.


Hamba diam seribu bahasa. Lalu hamba bingkas bangun dan teros melakukan beberapa pusingan summer-sault ke meja makan. Hamba teguk air kopi yang bonda letak di atas meja tersebut. Sekali lagi hamba melakukan beberapa pusingan summer-sault teros ke sofa panjang dan teros baring semula. Ayahanda hamba cume menggeleng sahaja. Bonda pula tergamam melihat aksi hamba itu. Baru dia tahu sapa hamba. Celaka sunggoh lagak hamba.










Hamba pon teros berangan, kalau la hamba dapat menjadi macam Arjuna ni kan bagus. Boleh la hamba terajang muka Jati sebagai tanda tak puashati hamba terhadap beliau. Celaka.


Hmmm... (mood berangan)


********************

Lokasi: Di dalam hutan hujan Khatulistiwa.
Situasi: Pendekar Pamungkas (hamba la tu) ingin menuntutbela diatas kehilangan pengasah pensilnya semasa Darjah 1. Arjuna lah angkara semua ini.

Pendekar Pamungkas yang sedang beterbangan dari pokok ke pokok dan lalu teros mendarat sebentar di sebatang sungai untuk membuat air milo sebagai bekalan sepanjang perjalanannya ke rumah Satria Aduka. Maka berkata-katalah Pendekar Pamungkas seorang diri.

Pamungkas: Oh... penat jugak hamba terbang dari pokok ke pokok ni ya. Tapi takpalah, hamba tak nak la berjalan di atas tanah ni.. Sudahlah hamba tak pakai selipar, nanti masuk cacing pulak kaki hamba ni. Baik hamba terbang. (gampang giler alasan)

Sesudah Pendekar Pamungkas membancuh air milonya, beliau teros meneruskan perjalanan dengan kembali terbang dari pokok ke pokok.

Hampir sejam dua perjalanan akhirnya Pendekar Pamungkas jumpa tempat persembunyian Satria Aduka. Pamungkas teros berhenti dan hanya melihat dari atas pokok supaya kehadirannya tidak diketahui. Terlihat kelibat Arjuna, Suria, Sutera dan Jati sedang leka bermain teng-teng di belakang rumah. Lalu, kelibat Satria Aduka dan Mak Bunga keluar dari rumah dan teros masuk ke hutan tebal. 

Pamungkas: Oh..mungkin Satria Aduka dan Mak Bunga keluar ke pekan nak beli lauk sebarang dua untuk santapan tengah hari mereka nanti. Inilah peluang hamba untuk menuntut bela dgn Arjuna.

Pamungkas teros terbang turun berhadapan dengan Arjuna bersama rakan-rakannya.

Arjuna: Opocot mak kau !! Eh?? (muka pelik) Sejahtera tuan hamba.
Pamungkas: Selamat sejahtera cekgu !!
Arjuna: ??? Siapakah gerangan tuan hamba tiba-tiba muncul tanpa memberi salam?
Pamungkas: Nama hamba Pendekar Pamungkas bin Zulkipeli. Panggil saja hamba Brad Pitt Si Kacak Pamungkas. Tuan hamba tak ingat lagi hamba wahai Arjuna?
Arjuna: (terpinga-pinga) Maaf hamba tak kenal siapa tuan hamba. Siapa sebenarnya tuan hamba ni? Janganlah berdalik lagi dgn hamba.
Pamungkas: Apa tuan hamba sudah lupa? kite pernah pergi kelas tambahan Matematik sama-sama semasa di Kampung Bayu Samudera ketika dahulu. Sunggoh celaka tuan hamba boleh lak tak hengat. Hamba nak tuntut balik sharpener hamba yg tuan hamba hilangkan dahulu.




Sharpener budak kaya




Arjuna: Ohh ya.. Pamungkas si ketua darjah kelas 1 Biru.. Hahaha hamba baru ingat.. Hahaha mana la hamba nak tahu-menahu bahawa hamba la penyebab kehilangan sharpener tuan hamba tu. Hahaha (gelak celaka)
Pamungkas: Cis !! Sharpener tu kekasih hamba yg hadiahkan kepada hamba taw sebagai hadiah harijadi hamba. Tuan hamba memang mintak kaki dari hamba ni. Mari kita berentap. (membuka bunga silat)
Arjuna: Baiklah..kalau itu yg tuan hamba inginkan.. kalian sume main la dulu tanpa hamba. (Arjuna menyuruh rakan-rakannya berundur ketepi)


Suria, Sutera dan Jati pon teros bermain teng-teng tanpa menghiraukan mereka berdua.


Pamungkas: Hiyahhhhhh !! (keluar cahaya hijau lumut memancar keluar dari tubuh beliau)
Arjuna: Hmmm...Bukan calang-calang pendekar setan ni. (berkata dalam hati) Hiyahhhhh !! (keluar cahaya biru laut dari tubuh beliau jugak)
Pamungkas: Marilah !! (sambil berlari ke arah Arjuna)
Arjuna: Mari, hamba dh bersedia !!




Maka berentap la mereka berdua.


Sekadar hiasan




Pamungkas memberi 'Hikmat Tumbukan Ke Muka Pengadilan', Arjuna menepis keluar.


Arjuna bagi 'Hikmat Tendangan Seribu Dinar', Pamungkas elak dgn cantik.


Pamungkas bagi balik 'Hikmat Tendangan Cinta Kecewa', Arjuna tak sempat elak dan melambunglah Arjuna 10 meter kebelakang.


Arjuna guna 'Kuasa Sekilas' dan muncul di depan Pamungkas dan teros memberi 'Tumbukan Cinta Pandang Pertama' tepat ke hulu hati Pamungkas. Pamungkas menggelongsor jatuh 9.82 meter ke belakang.


Arjuna teros mengeluarkan cahaya api dari tangannya lalu dipancarkan kepada Pamungkas. Pamungkas sempat elak dan teros mencampakkan pasir ke muka Arjuna. Pamungkas main celaka nampaknya. Teros 'Hikmat Tendangan Puaka Gunung Raya' diberikan tepat ke batang idong Arjuna. Tersembam Arjuna jatuh.


Arjuna bangkit kembali dan teros terbang ke udara dan memberi satu 'Tendangan Pasak Ke Bumi' kearah Pamungkas. Arjuna nampak lebih serius kali ni. Pamungkas tak sempat elak lalu tercedera ringan pada tangan kirinya.


Pamungkas: Hehehe. Hebat jugak seni pertarungan tuan hamba ya.. (sambil menogok air milo yg beliau buat tadi)
Arjuna: Agaklah.. tuan hamba ape kurang hebatnya... (termengah-mengah)
Pamungkas: Mari !! (meluru ke arah Arjuna)




Maka bertarungla mereka lagi.




Arjuna memberi 'Hikmat Tumbukan Hujan Kesepian', Pamungkas tepis bersih.


Pamungkas teros bagi jari tengah 'Hikmat Tendangan Cinta Yang Luka', Arjuna elak catik sekali.




********************




Tiba-tiba pertempuran mereka terhenti apabila terdengar Sutera berteriak.


Sutera: Yea..yeaah...ayah balik...yea..yeah mak balik. (melompat keriangan)
Pamungkas: Alamak !! Satria Aduka dah balik..hamba kene beredar cepat sebelum dibelasah terok oleh beliau. (berkata di dalam hati)
Arjuna: Kenapa berhenti tuan hamba.. Mari la !! (gertak Arjuna mentang-mentang Satria Aduka dh pulang)
Pamungkas: Hehe !! Hamba terlupa mak hamba kirim gula tadi..hamba kene beredar dahulu.. kita akan bertempur lagi wahai Arjuna.. tungguuu !! (teros beredar terbang masuk ke hutan tebal)






Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua? Adakah mereka akan bertempur kembali? Siapakah akan menang dalam pertempuran seterusnya? Dan siapakah yang menang dalam permainan teng-teng tadi? Nantikan sambungan seterusnya di lain entry..


bersambung..........



June 14, 2010

Kisah Budin Yang Malang


Si Budin Yang Malang

Pada suatu hari, ketika si Budin enak melayan  http://www.emoticonizer.com  di rumah sewanya, Budin telah didatangi kawan baiknya si Kidin.
Kidin teros sahaja meng-approach Budin dengan gaya  http://www.emoticonizer.com celaka.




'Weh Budin, ang dah lupa ka harini ang ada ujibakat pertandingan So, Do You Think You Can Dance... la ni depa dh start ujbakat dh weh' kata Kidin dengan gediknya http://www.emoticonizer.com.


Budin pon teros http://www.emoticonizer.com...




'Adoi...aku leh lupa lak pasai ujibakat tu...pelaq sunggoh...kenapa aku buleh lupa ?? huuuuuu' rungut Budin dengan rase menyesal dan down http://www.emoticonizer.com




'Budin...ang kena sedaq Din...ang masih belom terlewat lagi Din...masih ada masa lagi ni..la ni ang p siap teruih...kita direct p ujibakat' kata Kidin mendorong semangat sambil  http://www.emoticonizer.com.


Budin pon teros kembali bersemangat semulahttp://www.emoticonizer.com.


Maka berjalanlah mereka berdua ke ujibakat tersebut.




********************



Sampai sahaja mereka di tempat ujibakat, Budin dan Kidin menghembus nafas lega http://www.emoticonizer.com kerana sempat sampai ke ujibakat tersebut.


Si Budin teros meng-approach para juri profesional disitu tanpa menghiraukan orang lain http://www.emoticonizer.com.




'Tuan-tuan dan Puan-puan juri, Nama saya Budin, saya berasal dari Kokdiang, Kedoh mai sini nak ujubakat baq ang' kata Budin dengan lantang dan penuh http://www.emoticonizer.com.


Kesemua juri-juri memandang Budin dgn langsi-nyahttp://www.emoticonizer.com.




'Kamu dah terlambat wahai Budin...ujibakat ini dah lama tamat. Huh !!' ucap salah sorg dari juri tersebut denganhttp://www.emoticonizer.comcelakanya.


Sekali lagi Budin jadi http://www.emoticonizer.com...




Budin tanpa segan silu teros menari tanpa menghiraukan keputusan juri-juri tersebut.. Maka Budin teros menari bagai orang gila....


http://www.emoticonizer.com
http://www.emoticonizer.com
http://www.emoticonizer.com
http://www.emoticonizer.com
http://www.emoticonizer.com
http://www.emoticonizer.com
http://www.emoticonizer.com
http://www.emoticonizer.com




'Tahniah !! Anda memang ada bakat untuk menjadi penari yg profesional..anda terpilih untuk ke peringkat seterusnya di Kole Lumpo' kata juri-juri pro tersebut.


Maka Budin teros bersemangat dan http://www.emoticonizer.com kerana dirinya sudah terpilih...


Budin tak dapat mengawal emosinya dan teros mendapat kan para juri tersebut dan teroshttp://www.emoticonizer.comOhh~~tidak~~




'Celaka ang..ang dah mencabuli aku...Nah amik ang !!!' kata juri tersebut lalu http://www.emoticonizer.com kpd Budin..


Akhirnya Budin tidak terpilih menyertai pertandingan tersebut.


Budin terasa buduh dan menyesal seperti inginhttp://www.emoticonizer.com dan http://www.emoticonizer.com kerana kebuduhan diri sendiri yg terlampau emosi..


Budin pon teros menyesal dan berjanji tidak akan emosi lagi.






http://www.emoticonizer.com






Sekian...



June 12, 2010

Hati Di Dalam Melankolia

Bape lama daa guwa tak letak entry baru ni ?? Haram pemalas sungguh guwa minggu ni.. Bukan ape der, guwa busy dengan komitmen keluarga siot.. Takpe-takpe nanti guwa masuk entry baru baik munye...


Guwa sekarang ni dalam dilema yang melankolia la der... Apa ?? Lu tak taw maksud Melankolia ?? Sah-sah Bahasa Malaysia lu rendah tahap-tahap kelas Peralihan je kan der ?? Haha samala dengan guwa.. Celaka..


Melankolia tu maksudnya Kesedihan dan Kemurungan.. Kirenye guwa skang ni tengah dalam kesedihan la senang cite...


http://www.emoticonizer.com


Sejak dua menjak ni guwa rase macam guwa sorang-sorang je kat dunia ni tanpa hala tuju dan matlamat hidup yang ala-ala macam Menuju Puncak tu..


Tak tercapai akal guwa nak bayangkan guwa menari-nari dan menyanyi lagu Menuju Puncak kat atas pentas seperti dahulu...


Sekarang guwa pon rasa gaya hidup guwa dah berubah berbanding dahulu...




Makan tak lalu... 


Mandi tak basah... 


Tidur tak lena... 


Tendang bola tak kena...


Pakai baju terbalik...




Dan macam-macam lagi la propaganda dan spekulasi yang ingin membuktikan guwa dalam ke-melankolian ni...




sekadar hiasan




Tapi pada suatu hari tu, guwa tak prasan lak hari ape... Puan Emak approach guwa seperti gaya Diva 70-an dan terus berkata..


'Kenapa ni Reen ?? Mak tengok ko macam ada masalah besar je ?? Ko ada bunuh orang ke ??' kata Puan Emak tenang.


Guwa terkejut sopan. http://www.emoticonizer.com

'Haish mak ni...biasalah mak..masalah remaja yang kian meningkat untuk menjadi lebih demasa dan matang' jawap guwa dengan penuh emosi dan pekerti. http://www.emoticonizer.com


'Dah la tu Reen, mak ada kenal sorang Dr. Psikologi ni, dulu dia ade tempah baju melayu dgn mak.. Kau masuk laman web dia ye..nah alamat dia' kata Puan Emak sambil memberi sekeping nota kecil bertulis laman web doktor tersebut.


Guwa dengan pantasnye bukak PC dan masuk laman web dokter tersebut sepantas kilat... Eh ! jap-jap, giler dasyat Puan Emak hingga mendapat tempahan baju dari seorang Dokter..hmm. Abaikan.


Setelah masukkan alamat web tersebut, sepantas kilat guwa tekan button "ENTER".




'Bedebuk' http://www.emoticonizer.com






Laman utama teros terbuka.




Klik pada gambar untuk kejelasan yang lebih jitu.




Perghhh !! Doktor Psikologi Abang Reen...


Guwa rase beliau boleh menyelesaikan masalah hidup guwa yang penuh penipuan dan pancaroba ni..


Kini, guwa rase lebih bersemangat untuk menjalani hidup guwa sehingga menuju ke puncak..


Terima Kasih Abang Reen. http://www.emoticonizer.com






p/s: Promote mesti kena gaya der..hahahaha korang dah kene game..



Related Posts with Thumbnails