October 04, 2010

Tarikh Keramat [Edisi Serius]

Entry kali ini guwa nak cerita pasal memasal Tarikh Keramat. Eh? Asal ade tulis Edisi Serius tu? Tarak-tarak, ini blog tarak main siyes-siyes ni. Kalau lu nak bace entry siyes-siyes, gi Google pastu taip 'saye nak bace Blog yang lebih siyes' pastu tekan Search. Siyesly stupid.

Guwa memang saje je pilih topik yang sering kali kite memandang remeh akannya. Guwa sebenornye nak tengok tahap keterbukaan minda para pembaca blog guwa ni yang kadang-kadang terbuka, kadang-kadang tertutup ni. Cilakak. Cube korang tanya diri sendiri, ape tarikh-tarikh keramat bagi korang sume. Meh sini guwa teka.

Mesti korang pikir:
  1. Tarikh besdey korang [ni kalau tak terpikir, sungguh wadafak].
  2. Tarikh besdey awek/balak/bini/laki korang [ni penting ni, kalau lupa boleh jatuh kes clash/talak ni, guwa tarok no.2].
  3. Tarikh Enibeseri Kapel/Kawen korang [ni pon penting gak, boleh jatuh clash/talak kalau lupa].
  4. Tarikh besdey Ayah & Bonda [ni guwa tarok no. last sebab kadang-kadang korang lupa kan. Tipu dosa].
"Kalau dapat kek hari jadi camni kan best." kata seorang jejaka yang besdey-nya lambek laie.

Keempat-empat tarikh keramat kat atas ni merupakan tarikh-tarikh normal yang mesti diingat oleh setiap insan-insan normal yang duduk di dunia yang fana ini [No.2 & 3 dilonggarkan sedikit]. Wadafak. Tapi penah ke korang terpikir akan tarikh;
  1. Bila roadtax keta/moto korang mati.
  2. Bila lesen korang expired [ha, baru nak tengok la tuh].
  3. Bila kali terakhir korang dilempang ayah/bonda kerana kantoi isap rokok mahupon ponteng sekolah [demit].
  4. Bila besdey jiran sebelah umah yang korang penah kiben selipar jepon die wat gi solat jumaat [erk!].
  5. dan Bila hari kita akan dipanggil Ilahi [yang ni selalu kite alpa].
********************

9/9/1999
Korang pernah tahu tak pasal tarikh ni? Time ni guwa darjah enam tengah dok dalam kelas sambil conteng-conteng meja dengan tarikh tersebut. Tapi pernah ke korang taw pasal fakta tentang tarikh tu? Kenapa guwa ulang soalan yang sama ni? Celaka disitu. Tarikh keramat ni sebenarnya merupakan tarikh dimana Hari Kiamat akan berlaku atau dalam bahasa penjajahnye 'The End of The World' [muahahahaha]. Orang-orang Barat/Kapiaq dok kalut dagang tarikh 9/9/99 tu adalah kiamat bagi dunia yang fana ni. Guwa pon tak taw macam mana depa buat calculation untuk mengira hari kiamat. Giler berfikiran jauh dorang-dorang ni. Camsetan.

Sekarang pon dah tahun 2010, dah terang-terang kite masih dok lepak sambil layan fesbuk hari-hari. Mana pergi tarikh keramat Hari Kiamat yang dorang kalut heboh tu? Pirah mabok. Dan disebabkan dorang malu akan kebodohan dan kebangangan fakta itu, mereka dengan cilakanya memberi beberapa alasan bagi men-cover malu dorang seperti:


  • Kesilapan teknikal dorang dalam melakukan calculation Hari Kiamat itu kerana tersalah guna Financial Calculator. Meraka sepatotnya menggunakan Scientific Calculator untuk jawapan yang lebih jitu dan afdal. Kate mereka. Bangang disana sini.
  • Masalah dalaman [management problem] yang telah mengheret segelintir ahli sidang bertelingkah sesama sendiri dalam berebut ingin memberi tarikh-tarikh mengikut kehendak mereka sendiri. Tak sehati sejiwa katenye. Wadafak.
Tapi kini, depa suma sudah dapat menangani masalah-masalah tersebut dan dengan bangga dan takburnya mereka melanjutkan atau postponed tarikh Hari Kiamat ke 12/12/2012. Siap keluarkan muvie la bagai. Tak ke bangang namenye tu.

"Den dah kobakan ekau dogil." sedikit ayat dari Filem terbaru arahan Abg Mamat Khalid.

11/9/2001
Ha ni lagi satu tarikh keramat yang menggamit dan membuka mata semua manusia di seluruh pelusok duniawi ni. Hari dimana penerbangan MH710 jenis pesawat A-330 terbang rendah disekitar Kuala Lumpur seraya mendarat di KLIA dengan selamatnya. Kesemua penumpang keluar terlonjak-lonjak keriangan sambil menyanyikan lagu Negaraku tanda rase bersyukur. Celaka penipuan disitu.

Tarikh dimana 2 pesawat telah melanggar bangunan WTC di Amarika dan 1 pesawat telah tersesat melanggar Pentagon.
"Eden pon polik bobonar tontang satu posawat yang torsosat molanggar Pentagon. Den raso la posawat tu torsasar disobabkan oleh portukaran arah angin yang secaro mondadak dan secaro tak langsungnyo monyosatkan posawat torsobut molanggar Pentagon. Tu dari pondapat eden la." kata salah seorang cleaner di bangunan Sayap Barat [WestWing] Pentagon.
Upacara pembakaran mercun di WTC sebagai menghormati Hari Raya Aidilfitri yang lalu.


Secara keseluruhannya juga, hampir kesemua manusia di dunia sudah mengetahui yang bahawa insiden tersebut sudah pon dirancang oleh sesetengah pihak yang bijak dan pandai memutar belitkan mata dunia. Uncle Osama yang merupakan dalang kepada insiden tersebut sudah pon lenyap dari dunia. Ade yang cakap ternampak dia kat Afghanistan la, Pakistan la dan sebagainya tapi takde lak si setan Amarika tu pi cari dia. Tah-tah si Osama tu jiran dengan Bush dok mengopi hari-hari kat Starbuck sambil gosip-gosip pasal artis Malaysia yang semakin seksi dan mengusha gambo-gambo awek di fesbuk. Wadafak sungguh. Pi jahanam la dengan dorang tu sume. Budus.

********************

10/10/2010
Hari Ahad ni bersamaan dengan 10/10/10. Tarikh ni pon boleh dijadikan tarikh keramat bagi sesetengah pihak yang ingin menggunakan tarikh tersebut sebagai tarikh bersejarah bagi mereka untuk melangsungkan perkahwinan, pertungangan, persunatan dan segala macam per-per lagi. Cilakak. Kira macam tarikh ong la camtu. Padahal pilih tarikh tu sebab nanti senang skit nak hengat. Kan? Tipu dosa mati terseksa. 

Guwa rase hari Ahad ni mesti banyak jemputan orang kawen or tunang takpon open-house ke ape ke. Supaya hari pada tarikh tersebut menjadi keramat bagi kita. Guwa pon sebenarnye tak taw lagi nak buat ape hari 10/10/10 tu. Rase nak buat sesuatu yang bersejarah la supaya sampai mampos guwa leh ingat tarikh tersebut. Guwa rase nak berkaraoke lagu Siti Nurhaliza la untuk sehari suntuk haritu. Amacam? Bangang tak? Ahaks.

p/s: Korang nak watpe Ahad [10/10/10] ni? Pebarang dok umah, kawen la jom. Amcam? Caree.

Trivia
-Penduduk di Keramat langsung tidak mengendahkan tarikh-tarikh untuk dikeramatkan kerana mereka merasakan setiap hari mereka di Keramat sudah cukup keramat bagi kesemua penduduk di Keramat. Celaka disitu.
piture: Google.com

17 comments:

cu734ngel said...

hahahhaha sriyes siot..:P seronok jugak membacanya di kala tengah angin sedih dan pilu serta sriyes..now dah tak sriyes dah..tahniah..keep up the unsriyesness job!!

En. Reen said...

wakakakak~tp lg seronok bile layan bace smbil melepaskan angin sebarang dua sebagai penandawacana..erk??

tqvm~

toyolkiut said...

amboi bahasa..
tp isi nya ada manis masam jg..
cukup perisa la..
ntah la ye. sume sibuk pasal tarikh 101010 ni..
TK rasa sama je hr pe2 pun..
try ingat balik, bila kita start posa hari tu?
ala....dh lupa pun..kan?kan?
skrg nk ingat bila tarikh raya thn depan pulak..sbb thn ni dah abis..

Syamil Hafiy said...

Datang ke sini nak memberitahu bahawa anda telah di-TAG :
http://syamilhafiy.blogspot.com/2010/10/first-time-kena-tag.html

En. Reen said...

toyolkiut: heheh bahasa melambangkan bangse..ahaks
101010 harini mmg buring la.. Cis penat je wat entry pasal ni.hahaha
aah kan, bile raye thn depan ek? *belek2 kelender tros*

p/s: kiut ke toyol u tu? haha

En. Reen said...

Syamil Hafiy: ha kene tag ke? lebih kurang mcm kene tahan ISA gak ke? demit..hahaha

Fitrihadi.com said...

hahah mantop ar ayat..boleh femes ni :p

En. Reen said...

Fitrihadi.com: ooo camtu ek nk jadi femes? hahaha

Mimie.Candy Cane said...

perasaan tengok movie 2012 ialah perasaan paling celaka dalam hidup aku.baik tengok zombie kampung pisang..

salam singgah....eheheeh..nice blog..jatuh chenta buleh?

En. Reen said...

Mimie.Candy Cane: btol2...2012 pilem propaganda barat...cait..lg best layan Magika..hahah
jatuh senta? buleh, tp kene isi burang online dulu..haha

teddyuna said...

haha orang buat kajian tu bodoh..;P

En. Reen said...

teddyuna: kan, kan, kan...sengal tahap babun..haha

sabree hussin said...

bab 2012 tu, aku risau kalau ada orang bodoh yang akan cuba menjadi kiamat itu real.

Sir Marcello said...

mereka adalah dari kalangan2 yang keramat~

Anonymous said...

zack zukhairi element

Anonymous said...

zack zukhairi element

bunga said...

cecite yan baik..haha.

Related Posts with Thumbnails