October 03, 2010

Lagenda Cucu Md Zen [Edisi Raya]

Entry kali ni adalah entry yang telah ditulis oleh penulis pada Hari Raya yang kelima haritu tetapi tidak di-post kan di blog ini kerana tahap kemalasan level bangsat si penulis. Maka dengan itu, entry kali ini tiada mukadimah mahupon pemanis bicara bagi membuka selera pembaca untuk membaca. Penulis dengan egonya hanya teruskan penceritaannya kepada isi-isi penting. Maseh

********************

Cucu-cucu atok [Md Zen] ni datangnye dari seluruh pelusok Malaysia, ada dari Petaling Jaya, Rawang, Subang, Negeri Sembilan dan lain-lain pelusok negeri. Mereka-mereka ni memang jarang berjumpa antara satu sama lain. So, nak dijadikan cerita, Hari Raya Aidilfitri la merupakan hari dimana mereka ni berkumpul dirumah atok Md Zen. Maka tersenyum lebar lah atok dan arwah Makwe [gelaran cucu Md Zen kpd Nenda].

Tersurat: Wahh, cucu-cucu aku dah nak balik raya tahun ni. Gembira dan seronok la raya aku kali ni.
Tersirat: Jahanam lagi la umah aku raya kalini. Kene sorokkan segala senapang dan senjata-senjata tajam gini. Adoyai.

Sedikit fakta aku nak kongsi tentang Cucu-cucu Md Zen:
1. Setelah membuat beberapa kali bancian [tahun 90-an], bilangan cucu Md Zen adalah lebih daripada 40 orang.
2. Hampir 1/3 daripada cucu Md Zen berperangai syaitan.
3. Penulis adalah cucu Md Zen yang ke-18 dan tergolong dalam golongan No.2 diatas.

********************

Dipendekkan cerita, bila semua cucu atok dah berkumpul, macam-macam plan aktiviti telah dibuat. Dari pagi sampai ke petang dorang abiskan masa bermain dan menjahanamkan harta benda atok kat umah tersebut. Dalam petang-petang skit, kami selalunya bersukan seperti bermain bola mahupon main wrestling-wrestling antara satu sama lain. Malam hari tak yah cakapla, abis berasap satu umah atok kami main bunga api dan mercon. Cilakak betul pangai.

Saat-saat celaka yang paling aku ingat sampai skang ialah Main Sofa. Kat umah atok ade satu sofa single-seat yang ade roda. Sofa tu la yang kami semua ratah dan rogol dengan rakusnya. Kami semua ramai-ramai naik atas sofa tu, pastu ade la sorang mangse kami kene tolak kami satu umah [umah atok ruang tamu dia besar]. Kami yang naik sofa tersebut terjerit-jerit keriangan berlawanan pula dengan si penolak yang mulut terkumat-kamit menyumpah dorang. Maw taknye, dimanakah logika bila sorang menolak sampai 5-6 orang kat sofa tu. Buasir dan sembelitlah gamaknye nanti. Si penolak sofa tu pon leh tahan celaka jugak, dengan sengaja tolak laju-laju sampai keluar umah. Maka tergolek hanjeng la sume kat rumput carpet luar umah atok tu. Maka si penolak tu macam bese la, kene belasah ramai-ramai. Sungguh wadafak disana sini.


Bagi memudahkan imaginasi si pembaca untuk membayangkan Sofa tersebut, cukup la sekadar melihat gambar ini sebagai memudahkan pembaca utk membayangkannya.

Kalau dibukak cerita main bola pulak, kami selalu main bola kat tepi umah atok sebab ade rumput carpet. Boleh la kami sliding sebarang dua. Tapi kawasan tu kecik je, salah sliding, maka ter-sliding la ko kat jalan tar sebelah tu. Celaka. Maka  kami mengambil inisiatif untuk curi-curi main bola kat laman atok Musa [jiran depan atok Md Zen]. Rembat-rembat, keeper terbang sume ade. Last-last atok Musa perasan kami main kat laman die, maka menjeritlah beliau dan kami bersepah-sepah lari. Mana tak orang tua tu marah kalau main rembat kene cermin umah, pasu bunga dan segala macam harta bende atok Musa tu rosak. Maaf tok Musa. Kami tak matang lagi.


Rumput karpet merupakan heaven kepada para pemain bola sepak dalam negara mahupon import.

Pas penat main petang tu, masing-masing dipiat telinga oleh mak masing-masing dan diberikan arahan mandi dengan segera. Kalau dah setan tu, setan la jugak. Bilik air atok tu ade kolah yang amat besar. So, nak dijadikan cerita, kami semua menganggap kolah tersebut adalah swimming pool. Berenang, terjun tiruk dan main selam-selam tu adalah aktiviti biasa dalam kolah atok tu. Elok-elok air kolah jernih bersih terus jadi keroh macam air longkang lepas kami semua masuk. Camsetan pangai. Pastu masing-masing kene maki siap piat-piat tinge sume. Last-last lepas pakai baju siap bedak-bedak sume, ramai-ramai ngadap TV tanpa sedikit rase bersalah dan insaf. Atok hanya mampu menggeleng dan tersenyum puaka sedikit sambil berkata-kata dalam hati, 'Cucu aku ke ni?'.


Masuk bab malam-malam sikit lak, kitorang selalunya main bunga api & mercon la. Palagi. Tak raget la kalau tak main kejadah tu sume. Stok sume di-sponsored oleh bapak masing-masing. Sapa yang bawak bunga api & mecon paling banya secara otomatik akan menjadi mandur dalam mengendali operasi pada malam tu. Time dulu-dulu selalu main mecon mancis, bola sume. Bunga api memang haram la aku nak sentuh. Sekali sentuh, maka jatuh la reputasi aku sebagai cucu laki Md. Zen yang gengster. Secara otomatiknya akan dilucutkan jawatan yang aku pegang selama ni. Wadafak. Penuh sekali tu, kitorang main mercon apetah, pastu gi bakar depan pintu umah atok. POOMMM!!! Asap hijau bekepol-kepol kuar abis penuh satu umah. Bagi mengelak dari dimarahi, kami sume terus menggunakan teknik mengghaibkan diri semasa asap memenuhi umah atok [ala yang macam ninja tu]. Camsetan.


Harian Metro - Sebuah rumah tok penghulu Kg. Jabi telah berasap tanpa sebab dan kata salah sorang saksi menyatakan terdapatnya golongan-golongan freemason yang sedang melakukan upacara pemujaan di rumah tersebut.
-BERNAMA-


********************


Tapi secara overall, time kecik-kecik dulu balik kampong bile Hari Raya memang aku tunggu-tunggu. Baju dah siap packing sendiri dah. Padahal minggu depan baru balik kampung. Giler tak sabar-sabar orang kate. Mana tak nyer, time hari raya la para-para sakura setan dapat berkumpol untuk menunjukkan skil dan idea bagi menjahanamkan kaum manusia di dunia yang fana ni. Cilaka. Rindu giler saat-saat menyetan bersama kazen-kazen aku dulu-dulu tu.




p/s: Ribuan terima kasih kepada Atok Md. Zen & arwah Makwe sebab tak penah marah-marah kami. Alhamdulillah kami sume dah berubah menjadi orang yang berguna. Muahahaha!



8 comments:

achik ezam said...

i like this!!!!

En. Reen said...

ezam: maseh2..adakah anda berperangai sedemikian?
Anda Buat, Anda Dapat~ahaks

Cik Bee~! said...

-tang kusi tuh..agak lawak la..bile letak pic tuh..dah leh bayang kn..hahhaa...

-swimming pool pool la dak2 2 wat ea..hahaa...mmg agak smart pool pool...teringat..kite pn penah wat time kecik2 dulu...hahahhaaaaaaa

En. Reen said...

Cik Bee: hahahahah kusi tu mmg paling best...main tolak laju2 sume..pastu tergolek anjeng..haha

ooo kire CB pon pangai tak senonoh gak la..abih kotor kolah [pool] tu..hahaha

Cik Bee~! said...

ala..zmn kecik2...da wat tuh..blah la....diam2..hahhaa...

pool pool pool..aggagahahahaa

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
atuk taun depan gua bekal rotan

teringat atuk gua his his

En. Reen said...

Cik Bee~!: CB mu jahak mu..hahaha pool mmg yg terbaek...haha

En. Reen said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o: rotan??? montot cucu2 die sume dah kebal tahap kulit biawak dh..hahaha

sama la kite...

Related Posts with Thumbnails