September 27, 2010

Entry Singkat

'Aku ingat ko dah mampos dah En.Reen oit. Lama dah ko tak gomol-gomol aku. Baru sekang ko datang balik. Syaitan ko Reen.' kata Blog ni kepada diriku dengan penuh perasaan bangang bengang.

'Ko jangan sampai kaki aku naik ke muka kau wahai Blog. Elok-elok orang sume makan nasik pakai tangan, kang ko makan nasik pakai kaki. Kau jangan sampai aku mawah [marah].' bidas diriku ini kepada Blog ni.

Encik Malek dan Puan Emak berpandangan each other sambil mengeleng-gelengkan kepala beberapa kali seraya mereka berbincang untuk melakukan proses tukar hak milik kereta Wira Evolution VII aku tersebut. 

Aku terus ke dapur mencapai penyapu seraya menyapu ruang tamu bagi membuktikan aku masih waras.

Lagi rancak dorang berbincang siap tepon-tepon lawyer siap.

Demit!!!

********************

Bulan Syawal kali ni aku betul-betul busy. Cuti pon dapat kejap je [dua hari]. Punyerla kedekut boss botak tengah aku tu. Rase nak gilap-gilapkan je pale die tu bagi lebih kilat dari biasa. Memandangkan dia boss aku, aku terus tarik senyum puaka kat dia bila melintas kat depan aku time kat opis. Punyerla dedikasi aku punyer kerja. Wadafak.

Dalam entry kalini aku dah senaraikan beberapa alasan-alasan dan sebab musibab kenapa aku dah lama tak update ini Blog. Harap korang dapat memahami situasi dan segala perilaku yang telah menimpa diriku ini.

Alasan-alasan Kenapa En.Reen Dah Lama Tak Update.
  1. Semenjak dah bekerja ni, memang haram la aku nak update blog ni time weekdays. Takkan la aku nak update dari opis kot. Nanti maw boss aku mintak link nak jadi follower blog aku ni. Takke camsetan namenye tu.
  2. Semenjak bulan raya ni, ramai orang yang kaya buat open-house telah menjuemput aku menghadiri majlis mereka tatkala makanan mereka tak luak. So, secara tak langsungnya waktu free [cuti] aku untuk menulis blog, telah diperkosa oleh mereka-mereka ini.
  3. Sempena bulan Raya ni, aku dapat banyak job-job menyanyi kat majlis-majlis keramaian kawan-kawan aku yang kebanyakannya dilakukan dipusat-pusat karaoke yang ternama di ibu kota. Memandangkan aku mempunyai suara ala-ala Rahim Maarof, Jamal Abdillah, M.Nasir, ST12, dan bermacam-macam lagi, so, aku kena la terima job tersebut bagi menjaga hati dorang dan menjaga reputasi aku sebagai artis jalanan. Tengok! Masa aku diperkosa lagi sekali.
  4. Aku kadang-kadang pun dijemput khas oleh member-member untuk mengendalikan show 'Jalan-Jalan Cari Makan' di stall-stall aney. Melepak sambil berbincang soal agama, isu semasa, jenis masakan kegemaran, soal hidup pada masa hadapan dan bermacam-macam lagi persoalan yang kami sendiri tak taw nak kategorikan ia sebagai ape. Cilaka disitu.
  5. Setiap weekend Puan Emak mesti akan kejut aku pagi-pagi buta lagi sambil memberi arahan supaya pergi ke pasar borong membeli barang dapor sebarang dua. Muka ganas pergi pasar!!! Ape kejadahnya sume ni. Aku yang masih terkebil-kebil baru bangun tido, teros mengambil inisiatif memengsankan diri sendiri. Wadafak punyer pangai.
Kelima-lima alasan kukuh diatas adalah faktor-faktor sebab ape aku susah sangat nak update blog. Harap pembaca-pembaca setia blog ini paham dan simpati keatas situasi yang menimpa diriku ini. Lepas ni aku akan rajin-rajinkan montotku jari-jemariku untuk menekan keyboard untuk meng-update blog ni. Maseh.


p/s: Kalaulah MASA boleh dibeli kat kedai-kedai basikal ataupon Pos opis, dah lama aku gi beli. Boleh la aku tidor lama sikit. Hmm~

***takde gambo sebab tenet lembap cam siput khinzir akibat salji turun disekitar Selayang***


3 comments:

teddyuna said...

una pon kdng2 x blog walking ke blog org.. busy..;)

teddyuna said...

una pon kdng2 x blog walking ke blog org.. busy..;)

En. Reen said...

teddyuna: hahaha sama2 la kite membusykan diri ini..ehehehe

Related Posts with Thumbnails