August 31, 2010

Aduan Rakyat [Edisi Merdeka 2010]

Malaysia kini akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 tepat pada 31 Ogos 2010. Segala kemajuan di negara Malaysia kian bertambah pesat. Negara kite juga boleh dikira sebagai negara yang sedang giat membangun dari segi infrastruktur dan juga teknologi. Adalah satu penipuan bila kite meragui dan mempersoalkan tentang ketiadaan CyberCafe disekitar penempatan awam. Saya, Karamsing Waliah telah berjaya merakamkan sesi pertanyaan bersama orang awam tentang persoalan kemajuan dinegara kite Malaysia.

Karamsing: Adik, angkel disini ingin bertanyakan tentang pengalaman adik sendiri mengenai kemajuan teknologi dinegara kita Malaysia. Sila huraikan dengan tidak melebihi 50 patah perkataan.

Maseh angkel. Disini saye nak mengamik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Merdeka kepada ayahanda dan bonde tercinte dikampung dengan ucapan, Maafkan anakande tak dapat balik beraya tahun ni. Ya, saye tidak meragui tentang kemajuan teknologi dinegare kite ni. Dan disebabkan oleh teknologi itulah saye telah ditangkap oleh pihak berkuasa ketika sedang leka bermain mesin judi 'kuda'. Ya, saye menyesal [sambil menitiskan airmata].

Tema Hari Kemerdekaan yang ke-53 kali ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Melihat dari segi tersuratnya kite sudah dapat bayangkan bahawa berlandaskan konsep 1Malaysia, negara kite akan melalui beberapa proses transformasi dari segala aspek rohani dan jasmani. Dengan transformasi-transformasi sebegini rupa, ianya dapat meyakinkan lagi rakyat jelata bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju. Mari kite dengar ape pandangan orang awam tentang Tema Hari Kemerdekaan kali ini.

Tarimakasih. Saye sini satu kali jugak rasa yang cerita Transformers 2 lagi best jugak kalu. Saye satu kali juga rasa babak gadoh di piramid itu adalah terbaik skali saya rase. Disini saye ingin memberi candangan kepada semua direktor filem di Malaysia supaya terlintas difikiran untuk membuat drama seperti Transformers ini kelak. Saye disini mencadangkan Rajanikan diambil sebagai hero. Tarimakasih.


********************

Aduan demi aduan telah pihak kami terima dari orang awam tentang segala macam perkara yang dianggap telah melanggar hak norma-norma kehidupan manusia normal di Malaysia. Dari hujung kampung ceruk kelubi, sehingga ke tengah kota dosa, semua aduan kami terima. Hampir kesemua aduan dari orang awam pihak kami selidik dan analisa dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi dan implimentasi. Pepatah melayu ada mengatakan, masakan pokok boleh bergoyang jika tiada angin meniupnya. Walaupon terdapatnya segelintir individu yang berlawak bangsat dengan memberi teori bahawa mungkin pokok tersebut bergoyang bukan kerana angin, mungkin jugak disebabkan babun menggoncang pokok tersebut. Tetapi, semua itu tidak menghalang pihak Aduan Rakyat untuk turun menyiasat.

Genting Highland, Kota Keriangan yang tidak asing lagi di negara kita. Genting Highland juga merupakan salah satu lokasi pelancongan yang utama di Malaysia. Golongan kanak-kanak dan ibubapa menjadikan Genting sebagai salah sebuah lokasi yang harus dikunjungi ketika bercuti untuk beriadah. Tidak dilupakan juga kepada golongan 'taik judi'. Tetapi, ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan ditengah hari. Itulah pepatah yang paling sesuai diungkapkan selepas mendengar rintihan dari hati ke hati oleh seorang pengadu kite ni, En. Subkhidin.

Ni nak habaq mai, Hari Merdeka tahun lepaih saya dan family saya bercadang nak naik Genting. Kawan-kawan la dok habaq yang kat atas sana meriah kan main. Orang dok main mercun sume ada. Tu yang kami nak pi naik Genting nak tenguk depa suma sambut Merdeka. Tup-tup kami tak sampai kat Genting pon. Nah! Tu dia punya jammed, punya la ramai orang pi Genting. Padia tah depa dok kalut nak pi atas sana. So, kami suma patah balik pi sambut kat Kokdiang, Kedah ja sampai la ni. Dajey sungguh. Saya harap pihak Aduan rakyat la ni pi siasatlah padia ada kat atas tu tah. Pelaq tui depa ni.

Pihak Aduan Rakyat terus turun menyiasat tentang masaelah yang diajukan oleh En.Subkhidin kepada pihak kami. Kami dengan krew-krew yang lain naik ke Genting untuk mengetahui adakah Hari Kemerdekaan kali ini masih sama seperti Hari Kemerdekaan tahun lepas.

********************

Tepat jam menunjukkan jam 2.15 pagi, 2 jam selepas sambutan Merdeka berkumandang, krew Aduan Rakyat masih tidak dapat naik kepuncak Genting kerana kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Lensa-lensa kamera krew kami berjaya merakamkan keadaan atau situasi yang berlaku di atas sana. Anda lihat dan anda nilai sendiri.


Kesesakan luar biasa di lereng bukit Genting Highland.

Kelihatan sepasang kapel yang mengamik inisiatif untuk berjalan kaki ke puncak Genting. Kenapa mereka beriya-iya nak naik ke Genting? Itu yang kite tak tahu.

Golongan 'ulat tow-truck' menanti mangsa yang keretanya rosak ketika naik ke Genting.

Mengapa semua ini berlaku? Apakah yang menarik perhatian ramai untuk naik ke Genting ketika kite menyambut Hari Kemerdekaan? Kebodohan apakah sume ini?

Aduan Rakyat secara jujurnya tidak dapat menjawap soalan-soalan terbabit kerana hingga ke hari ini, pihak kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan dan sinopsis tentang fenomena terbabit. Kepada En. Subkhidin, pihak kami hanya dapat menyarankan supaya pihak encik merancang perjalanan untuk naik ke Genting ketika cuti Hari Wesak ataupun Thaipusam. Mungkin pada hari terbabit, keadaan jammed di Genting tidak seteruk ini. Tepuk dada, tanya selera.

********************

Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca tentang masaelah ini. Sebarang aduan boleh anda salurkan terus kepada emel atau laman sesawang Aduan Rakyat atau secara talian bebas tol di 1-300-gi mampos. Pihak Aduan Rakyat akan segara respon segala aduan anda.

Aduan Rakyat, TV3 Perihatin.
Anda buat, Anda Dapat.


9 comments:

teddyuna said...

en reen.. sila huraikan tow truck tu mcm mne eah dia carik mangsa? harap maaf una ni lemah isu semasa

En. Reen said...

teddyuna: tow-truck ni adalah satu servis menunda kereta yang terbengkalai ketika menaiki genting.
Terdapat kereta yang semput2 nak naik genting tu akan mengambil inisiatif utk menunda kereta turun genting balik..dan cas yg tinggi akan dikenakan..
Itulah servis ulat tow-truck..

En. Reen said...

Info: Ulat tow-truck ni akan tunggu di tepi-tepi jalan sambil melihat beberapa kereta yang mempunyai harapan yg tipis utk sampai ke puncak Genting..dan mereka akan wat muke suwit lalu berkata kpd pemilik kereta terbabit.

'Err..keta abg ni larat tak naik ni? kalau tak larat, saye boleh tolong laratkan. RM300 skali naik. Amcm?'

Sir Marcello said...

don't habaq me u all naik genting aritue! arghhh tidakkkkkk~ wanna follow jugak~

p/s: gua bernada silaka yang amat..

En. Reen said...

Sir Marcello: yes it is..wakakaka mendaki genting secara beramai-ramai amat menyeronokkan..
hahahaha sapa suh blk sabah awai..haha

Sir Marcello said...

how dare u all buat cheq lagu nie....

En. Reen said...

Sir Marcello: hahahah sorry la bro...planing last minit..
ekekekeke~rugi woo...manyak amoi woo...

Cik Bee~! said...

owh..melalui penceritaan anda berdua..ni bukannye aduan..ni nk bg mmber jelesh....hahaa...

p/s: hanye isu semasa je ke leh wat aduan?..huhu

En. Reen said...

Cik Bee~!: CB mmg cepat pikap ek..hahaha

p/s: tahla..PBT kene main peranan jgk kot..
Anda Buat, Anda Dapat~

Related Posts with Thumbnails