August 22, 2010

Puasa Dulu, Kini dan Selamanya

6.32 petang.

Jam hansetku menunjukkan lebih kurang lagi sejam dah nak berbuka. Aku yang baru habis meredah lautan kereta yang berpusu-pusu disepanjang Jalan Kuching hanya mampu mencampakkan kunci keta kearah dinding bilik sebagai tanda protes. Punyerla hangin. Naseb baik bulan posa, kalau tak, dah lama aku maki hamun signboard jalan sebagai tanda geram melayan trafik jem. Itu je yang mampu. Kang maki hamun orang ramai kang, tak pasal-pasal kene tombok. So, sebagai insan muslim yang masih menjaga puasanye, aku tahan je la sambil melemparkan senyuman puaka kearah kereta bersebelahan. Terkejut besar insan tersebut.

Bila datangnye puasa ni, macam-macam dugaan lak yang akan datang kepada kita. Mungkin time sebelum puasa kita tak perasan. Tapi bila time puasa-puasa ni la dugaan tu datang tanpa rase bersalah dan tanpa segan silunya.

Amoi-amoi yang dulunya selebet je datang opis, kini sudah pandai mengenakan pakaian yang lebih berani dan memberahikan. Dulunya hanya mengenakan kemeja longgar biasa, seluar slack dan kasut kung-fu sahaja. Tapi kini, kemeja ketat, skirt atas montot lutut dan wejes 2 inci. Auuww.. Seksi u. Dasar banjingan.


Lautan manusia di bazar Ramadhan

Kalau gi bazar tok sah cakap la. Rase dah macam kat syurga dah. Paling best bila tengok bekas air yang di-display di depan gerai. Air bandung cincau, air tebu, kelapa, air mata kucing, dan sebagainya memang dapat menggugat tahap keimanan kite sume la cincai kire. Rase nak gi jilat-jilat je bekas air tersebut. Sikit punyer haus wa cakap lu. Awek-awek yang datang ke bazar tersebut memang letak tepi dulu la. Apela sangat hayunan montot awek-awek tersebut jika nak dibandingkan dengan air bandung cincau ais ketika dibulan puasa.


Ok. Enaf of dat. Ok now I will proceed with my presentation about our life during in fasting month.


********************

Usia 1-5 tahun


Masih tidak memahami erti sebenar puasa dan hukum hakam berpuasa. Sering kali dimarahi oleh abang dan kakak tatkala memakan aiskrim berperisa Milo dan meratah peha ayam goreng  di hadapan mereka. Hairan dengan sikap adik-beradik yang sering mengebas setiap makanan dibawa beliau lalu menyorok di bawah meja atau jamban demi untuk menjamah hasil rompakan tersebut. Sering juga diasingkan dan dipulaukan oleh kaum keluarga tatkala mereka sedang menjamu selera ketika berbuka. Pelik dengan perangai kaum keluarga yang sering kali bersengkang mata di pagi buta semata-mata untuk menjamah nasi sebarang dua. Perangai ibu yang kini kian pemalas nak memasak pada waktu tengah hari sering diragui dan mengambil jalan alternatif untuk lunch dikedai makan yang berhampiran.

Usia 6-10 tahun


Kini sudah berjinak-jinak untuk berpuasa tatkala dipaksa oleh ibu. Sandiwara si ayah untuk memberi upah sehari berpuasa sama dengan seringgit sudah menjadi berita basi bagi beliau. Janji-janji palsu si ibu untuk memasak masakan peberet ketika berbuka nanti juga diambil endah tak endah sahaja. Alasan gastrik, sakit berut, buasir dan cikukunya sudah menjadi faktor utama untuk mendapat pelepasan membuka periuk nasi di tengah hari. Sering juga dicemburui oleh adik-beradik yang lain atas lakonan ala-ala Awie didalam filem Sembilu II. Jadual penuh diwaktu malam tatkala dipaksa si ayah untuk solat terawih di surau berhampiran. Di situ juga la tempat pertemuan si setan-setan kerdil yang mempunyai agenda sendiri untuk perabiskan makanan moreh sebelum golongan-golongan si ayah selesai berterawih. Permainan kejar-mengejar dan bermain mercun semasa orang lain sedang khusyuk berterawih, sudah menjadi hobi kepada setan-setan tersebut. Maka fakta yang mengatakan syaitan sedang dibelenggu pada bulan Ramadhan ditolak bulat-bulat oleh para imam dan siak di surau tersebut.


Usia 11-15 tahun


Aktiviti berpuasa sudah menjadi kebiasaan pada saat ini. Segala aksi-aksi lakonan untuk mendapat 'access card' membuka periuk nasi dan peti ais kini sudah tidak berhasil lagi. Penampar dan terajang si ayah akan menyinggah ke muka dan montot jika lakonan itu diulangkan beberapa kali tanpa perasaan putus asa. Baru kini azab berpuasa sudah kian terasa. Bebelan si ibu sering kali berkumandang tatkala sedang enak melayan mimpi disiang hari yang melampaui batas-batas waktu tidur bagi manusia biasa. Si ibu kini sudah pandai menggunakan jam randik pada saat sedang enak merasai nikmat kelegaan bermandi-manda di bilik air. Lebih pada 10 minit, kelopak pintu bilik air tersebut akan diterajang rakus oleh si ibu dan sekali lagi menerima motivasi tahap semi-profesional oleh si ibu. Desakan si ayah dalam memaksa pergi solat terawih kini sudah tidak diendahkan lagi. Waktu malam lebih kerap diisi bersama rakan-rakan berperangai syaitan yang lain di sekitar kaki-kaki lima sambil mendendangkan lagu-lagu raya seraya memetik tali gitar sebarang dua. Tiada lagi erti bersahur kerana waktu sahur kini lebih seronok melingkar dibawah selimut bercorak petak-petak sambil bantal bercorak Spongebob Squarepants berbau jahanam melekap tepat ke muka. 



Usia 16-25 tahun


Waktu siang kini lebih enak diisikan dengan melayan mimpi disiang hari tatkala si ibu dan si ayah sudah berputus asa untuk menasihati si anak yang berperangai syaitan. Aktiviti membuka periuk dan peti ais kini sudah menjadi lebih lancar tatkala si ayah dan si ibu keluar rumah untuk menyelesaikan masalah dan hal masing-masing. Tengkingan si abang dan kakak sudah tidak menjadi masalah seraya menghulurkan jari tengah kearah mereka sambil meneguk air sejuk dengan rakusnya. Waktu malam kini lebih kerap diisikan dengan melenjan motor keturunan si ayah dengan melayan pacak dan wikang sebarang dua di sekitar kota dan pekan yang berhampiran bersama rakan-rakan berperangai syaitan. Aktiviti sahur kini lebih kerap diisi dengan merewang bersama rakan-rakan dan menjadikan rumah sewa rakan yang lain sebagai rumah kedua beliau. Tiada bezanya bulan puasa dengan bulan-bulan yang lain.


Usia 26-50 tahun


Bulan puasa adalah bulan dimana graf kewangan di akaun simpanan Maybank dan ASB akan menurun kepada tahap yang paling membimbangkan. Si isteri kini sudah mula memberi proposal tentang bajet langsir, sofa dan set meja makan yang baru. Si anak kini sudah pandai membuat perbentangan tentang bajet baju raya baru dan bajet membeli mercun walaupon baru sahaja berpuasa pada hari yang ketiga. Waktu malam kini diisikan dengan solat terawih yang sempurna seraya menadah tangan memohon kepada tuhan untuk dimurahkan rezeki dan diberikan hidayah untuk membuat keputusan untuk melayan karenah bajet-bajet si isteri dan si anak. Bulan puasa adalah bulan yang paling banyak dugaan yang perlu ditempuhi.


Usia 50 dan keatas


Kesedihan dan keinsafan kian terpancar dari wajah dan raut muka demi mengenangkan dosa-dosa silam yang telah dilakukan semasa berada di bulan yang penuh keberkatan ini. Sakit-sakit tua dan keuzuran yang melampau kini membataskan aktiviti untuk terus berpuasa demi mengumpul pahala dan keberkatan di bulan yang penuh keberkatan ini. Kini, hanya mampu mendah tangan sambil berdoa penuh keinsafan agar mendapat kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan yang berikutnya.



********************



6 comments:

Sir Marcello said...

our life or ur life only?
gila citer sambil melihat masa depan...nilai2 islamik tetap ada..syabas bette~

En. Reen said...

Sir Marcello: this story not refer to anyone, just want to give a msg to reader abt the real thing in our life...hahaha
tq2

Cik Bee~! said...

wah...sesungguhnye...entry kali ni agak ke depan sikit....gud job!!....

likes usia 11-a5 taun..huhu...steady la mak die..hahaha...

p/s:..selamat berpuasa..

teddyuna said...

en reen dh lme menyepi.. pleik jugak.. en reen.. una ade tag untuk en reen

sila tengok eah,,
http://teddyunawakaka.blogspot.com/2010/08/kempen-sayangi-diri.html

En. Reen said...

CB: maseh CB kerana kata-kata semangat yg membina tersebut..hahah
ya, mak die mmg kasar org nye..ahaks.

En. Reen said...

teddyuna: En.reen skang bz sedikit dengan komitmen kerjaya..hahaha ok2 tgh wat la ni..haha

Related Posts with Thumbnails