June 08, 2010

Sukan Di Kala Kecil (Part 2)

Hari ni pagi-pagi lagi kaki guwa digegar-gegar oleh suatu lembaga yang guwa kurang jelas bentuk dan rupa parasnya sebab guwa tengah tutup mata (tido). Sah !! ni mesti Puan Emak nak ajak guwa pegi pasar takpun dia nak suruh guwa tolong capai periuk belangga atas almari tu.




'Aduhhh mak...Reen rase cam nak demam je la mak.. uhuk.. uhuk..!! ' kata guwa sambil wat gaya orang tengah nazak.


'Woi bangun..bangun..jom pegi pasar..kang tutup lak pasar tu kang..' suara pekat garau yang menusuk telinga guwa.


'Aik ?? Asal garau semacam je sore Puan Emak kali ni ?? Pelik benar bunyiknye..huduh pon ade..' kata guwa dalam hati.




Guwa bukak-bukak je mata tengok ade seorang lelaki gagah, rambut beruban, misai tebal, baju kemeja kotak-kotak dan berseluar slack. Alamak !! Encik Malek (bapak guwa dow)... Dengan pantas guwa berdiri tegak dan memberi hormat kepada beliau.





'Pagi Tuan..Berita faham Tuan...' tabik hormat guwa kepada Encik Malek.




Takde der nak pisat-pisat mata dan jenguk-jenguk mentari.. Guwa capai towel kat pintu, masuk bilik air.. Kecebur-kecebur la guwa kesejukan.




********************

Ok. Enough with all the nonsense. Semalam aku dah story pasal Sukan Badminton time aku kecik-kecik. La ni lak aku nak gebang pasai arena sukan bola sepak kat hampa suma. Entry kali ni aku nak guna loghat utara baq ang lak.. Lama dah aku tak merepek dalam bahasa utara. Orang utara jangan dok marah-marah aku lak ye..

'Ang jaga Reen, ang mai Aloq Staq, kapala ang aku putaq...' kata Zul Husni (bukan nama sebenar)


La ni baq ang aku cita sal bola.



Gambarajah 1.1

Tu dia aku penat dok lukis lanskap padang yang aku dan geng-geng slalu dok men sepak-sepak bola. Dak la besaq mana pon, besaq padang futsal je walaupon cacat skit kat tepi tu.. Boleh la muat 6-7 orang saiz sederhana dewasa.

Kat area umah aku dulu tu ada sorang pak cik ni memang dok minat sal bola ni.. Nama dia Encik Sani... Dia siap sponsor bola lagi bagi kat kami sebagai tanda minat dia terhadap bola.. Bola bukan bola cikai-cikai bola plastik belang-belang kaler kuning merah, bola Adidas ala-ala World Cup baq ang... Maw tak bersemangat waja kami suma main bola... 

Time tu masing-masing heboh la nak jadi Erik Cantona, Ronaldo, Batistuta, Zidane, David Beckam dan macam besa, ada la sekoq dua malaun yg membangangkan diri menjadi David Aramugam. Pelaq.. 


David Arumugam ketika mendendangkan lagu Fifa World Cup 1998


Tu aku baru sebut idola barisan-barisan utama dalam sukan bola sepak, had sapa yang jadi keeper tu masing-masing berebut jadi Peter Schmeichel. Bersarungkan selipar jepun di tangan, boleh terbang, diving, tangkapan kemaih dan sliding yang kasaq maka dia la yang layak dinobatkan sebagai Peter Schmeichel. Had sapa yang dok tangkap bola manjang muntah, sliding skit lutut kluaq darah, bola kena muka teros teriaq memang tok sah dok bayang la nak jadi legend tu. Dajey~ Pi balik la.. Haha.



' Isnin sonok skali, Tualaku sungguh wangi, Selasaku tak lalu, Tualaku dah berbau, Rabu semakin terok, Tualaku sunggo busoook ' Peter menyanyi lagu Iklan Pewangi Baju.


Seperti biasa, petang-petang area kol 4 lebey padang tu dah penuh la dengan aksi-aksi menimbang bola, testing-testing freekick, had jadi keeper tu tok sah dok habaq dia punya terbang and diving tu. Seboleh-boleh nak pi tangkap awan-awan di langit buat cenderahati baq ang.. Had bola kasi leret pon dia dok kalut diving-diving gak.. Pelaq sunggoh.. 

Dalam pukol 5-6 petang tu game selalunya dah start la.. Setan-setan yang bajet star macam besela, dapat bola je tros dia nganjeng, wat olley (bola terlepas celah kangkang) skil-skil cam haram dan sebagainya. Had yang skil pertarungan tak hebat mana tu pon bodo-bodo la gi ligan bola tu.. Hahaha.

Tapi nak habaq skit, dalam setiap game bola kami ni dalam salah satu team tu mesti ade malaun yang berakal panjang mulalah dengan idea setan dia tu.. Nampak ja setan dok gentel-gentel bola tu, dari jauh dah malaun tu datang membuat sliding tackle sebagai tanda protes kat setan tu.. Bedebuk !! Jatuh la setan tu, suasana sunyi skejap...tiada tiupan refferee..game diteruskan... Nohorom.. Bola kampung manada refferee ceq oi.. Biaq pi la nak men kasaq ke apa..hahaha.


Paling aku tak leh lupa bila kami dok rembat-rembat, salah rembat je bola menuju ke tingkap office tu... Prannnkkkk !! Pecahla tingkap tersebut.. Maka dalam masa 5 saat je, sunyi la padang tersebut seperti tiada sekor malaun pon main bola disitu.. Sume dah cabot awal-awal dah.. Dajey~


FYI, merujuk kepada Gambarajah 1.1, padang kami sebenaqnya bukan padang bola, tapi halaman office tersebut.. Hahaha upacara memecahkan tingkap opis tu sudah menjadi lumrah dalam bola sepak disitu.. Kalau satu hari tu kami main bola tapi takde sebarang tingkap opis yang pecah, something wrong la with us that day.. Nohorom.. Aku rasa la, balance sheet opis tu mesti tak seimbang sebab expenses membeli cermin tingkap melebihi bajet tahunan depa.. Hahaha. Abaikan.


Satu lagi aku nak habaq kat ampa, kami main bola bukan setakat main saja-saja je.. Kalah menang suma ada ganjaran.. Hidup kami suma time kecik-kecik penuh dengan pertaruhan (bukan perjudian).. Sama macam hidup angpa kat alam fana' ni jugak la.. Penuh dengan pertaruhan.. Haha..


Had mana yang kalah tu, semua pi beratoq ngadap dinding pastu tonggek skit.. Standby untuk di rembat pungkoq-pungkoq ampa suma.. Team yang menang tu pa lagi, asah-asah kaki la nak rembat pungkoq-pungkoq depa... Hahaha sapa-sapa yang memang dilahirkan sebagai player bola tu, sah-sah la dapat elak bola yg dirembat tu semudah ABC... yang bodo-bodo alang tu memang balik umah tengok TV berdiri baq ang.. Pungkoq dah terkehel skit.. Pelaq..wakakak


Dok pikiaq-pikiaq balik time kecik-kecik dulu memang cam gampang dan leh wat aku tersenyum sendiri je... Sebenaqnya panjang lagi cite dia ni... Tapi aku terpaksa potong skit bagi menjaga hati sesetegah pihak.. Dajey~ hahahah nanti nak wat flashback lagi la untuk entry-entry lain. Cambest je.


Majulah Sukan Untuk Negara.



June 07, 2010

Sukan Di Kala Kecil (Part 1)



Entry kali ni guwa dah malas nak buat intro-intro dah. Guwa kena cari balik la buku teks Bahasa Melayu Penulisan Darjah 6  kalau nak wat intro-intro yang terbaik, cara menggunakan perenggan dengan betul, penandawacana yang sesuai, kata ganti yang sopan dan sebagainya.

Tapi hati sanubari guwa kuat merasakan buku teks tu dah lama mak guwa kiben (rembat) buat bungkus nasi lemak time dulu-dulu tu. Kalau buku tu masih hidup lagi sampai skang, hati sanubari guwa tetap kuat merasakan mak guwa dah kiben buat kraftangan pasu bunga dan sebagainya. 


'Mak..mana kertas A4 Reen yang banyak-banyak kat atas meja bilik ha ?? Mak ada nampak tak ??' tanya si anak kemusykilan.


'Tu haa..dah jadi pasu' jawap si Puan Emak tenang seperti tenangnya air kolah di bilik air.


'Erk !!'


Lantakla mak, buatla apa mak suka. Jangan mak godek-godek PC Reen ni jadi pasu bunga dah la mak. Mampus guwa kene gelak dengan rakan sebaya.


Ok. Aku dah start merepek. 


********************


Sukan adalah suatu aktiviti yang guwa cukup minat dari kecik-kecik dulu seperti bola sepak, futsal, badminton dan takraw. Tapi bentuk fizikal guwa ni terang-terang dapat membuatkan orang awam tergelak terbahak-bahak jika guwa cakap guwa suka bersukan. Celaka disitu.


Dalam bahasa Research Methodology-nya, bentuk fizikal guwa (independent variable) tidak significance sama sekali dengan hobi guwa iaitu bersukan (dependent variable). Ok. Abaikan.


Entry kali ni guwa sekali lagi dengan riaknya nak wat imbasan kembali tentang hidup guwa dengan tabiat kesukanan ni. Dulu time kecik-kecik sukan popular dan bertaraf antarabangsa yang selalu guwa dan rakan-rakan setan yang lain selalu mempermainkan ialah Football and Badminton. Betol ke ayat tu? Sukan-sukan ni kalo sapa-sapa tak taw main kire dayus la senang cite. Ok. Abaikan.


Sukan-sukan ni kalau kat tempat guwa dulu tu, dia ikut musim. Contohnya, bila ada je orang main badminton kat dalam TV, besoknya hebohla budak-budak guwa ajak main badminton.


Besok lak, tibe-tibe TV1 siarkan orang main bola lak, mula la setan-setan tu ajak guwa main bola lak. Celaka. Biasa la, budak-budak, masing-masing time tu takde pendirian yang teguh dan jitu. Semua innocent dan bersifat mahmuddah je. Abaikan.


Guwa mulakan dengan sukan badminton la ye.






Gambarajah 1.1



Ni dia lanskap gelanggang badminton kat berek polis umah guwa secara kasar. Cara nak wat gelanggang ni senang je. Pi kedai basikal pastu beli spray setin dua.. Pastu spray je la jalan raya tu tanpa rasa bersalah dan menyesal. 


Sapa nak sound kitorang?? Meh la sound depan-depan. Kalo tak nak umah mahupon keta mak cik & pak cik kene seni grafiti kami meh la sound. Celaka sungguh lagak kami.


Pastu kami sume cut-cut la duit buat beli net and bulu tangkis. Net tu kami ikat je kat tiang-tiang letrik mahupon telepon abis cite.




Gambarajah 1.2



Maka, bermula beberapa pertandingan akan dianjurkan oleh kami sendiri seperti Piala Thomson, Piala Ubi, Badminton Terbuka Rawang dan sebagainya..


Selain itu juga, rakan-rakan guwa yang lain mulalah berlagak macam permain-pemain proffesional seperti Misbun Sidek, Jailani Sidek, Razif Sidek, Rasyid Sidek dan Rasyid Sibir juga tidak terkecuali demi memberi perang psikologi semasa bermain dengan pihak lawan. Guwa pulak? Guwa hanya tenang dan beretika menjadi diri sendiri tanpa segan dan silu. Wadafak !!




" Saya sama sekali tidak akan menyertai mana-mana pertandingan Badminton tahun ini" tegas Rasyid Sibir ketika ditemubual BAM.



Kami main ikut rules of thumb sume taw. Kiraan mata kami main ikut format antarabangsa yang lama iaitu kiraan 15-mata. Tapi secara jujurnya, kami bermain bukan nak ikut menang ke kalah, tapi asal dapat smash anak orang je dah cukup puas bagi kami pada ketika itu walaupon kalah 15-0. Celaka.


Kepada budak-budak yang nak join kami sume telah diberikan amaran keras bahawa bermain badminton dengan kami ibarat berperang dengan askar-askar soviet. Sebelum bermain sebarang pertandingan, para pemain kene sain kontrak dulu iaitu sebarang kecederaan dan kerosakan raket adalah tanggungjawap sendiri.


Setakat kecederaan dan kerosakan seperti dahi lebam, tangan luka sebab jatuh, seluar koyak kelengkang, tali raket putus, selipar putus, raket tercampak masuk longkang (tangan tak grip) semua ni telah sinonim dengan kami sume.


Pertandingan kami pula kadang kala memakan masa sehingga 1-2 jam untuk satu set. Mana tak nya, kalau angin datang je permainan kene stop serta merta. Kang adala cakap tak fair la sebab dia dah pukul shuttle kuat-kuat pastu bola tu patah balik akibat ditiup angin. Camsial alasan. Padahal pukul cam pondan. Haha.


Bila kereta nak lalu je kat court kami tu, terpaksa jugak la stop game jap sebab nak bagi laluan dan angkat net sume. Pastu sorang-sorang wat muka langsi cam setan kat pak cik yang bawak kereta tu. Celaka. Warghkakaka. Tak leh lupa guwa mimik muka sorang-sorang.


Lagi satu bila ada malaun yang bangang ni leh lak pukul shuttle kuat giler sampai tersangkut kat bumbung umah. Dah satu hal nak gi kedai beli shuttle lagi satu. For your infomation, kami selalu beli shuttle satu je pastu main je la sampai shuttle tu lunyai-lunyai tanpa bulu ibarat gugurnya bunga-bunga sakura di padang pasir. Biasa la, YONEX tak sponsor kami. Bangang.


Satu lagi yang paling menjijikkan bila shuttle masuk parit kat tepi-tepi court tu. Game pon akan serta merta si-Stop-kan. Satu hal nak gi kejar shuttle yg dibawa arus deras longkang tersebut pastu nak g basuh kat umah lak shuttle tu. Ade malaun yang berakal panjang skit tu, dah amik shuttle tu pastu buat-buat la balik umah nk basuh, padahal balik minum air sume pastu teroskan permainan padahal shuttle tu tak basuh pon. Maka berlinang-linang la air berbau longkang sekitar court dan para pemain. Haha pada masa yang sama aku la budak yang berakal panjang tersebut. Celaka. Wakaka.


Inilah erti permainan Badminton dalam kamus idop guwa. No Pain, No gain !! Kalau nak diikutkan banyak lagi plot-plot yg menarik tapi guwa rase entry ni dh panjang sgt ni. So sukan Football lak guwa wat next entry la ye..


Majulah Sukan Untuk Negara





June 06, 2010

06 Jun 2010 (Hari Gila Sedunia)

Guwa memisat-misat kelopak mata guwa ini...
Sekeping taik mata pon takde kat mata guwa kali ni.. Guwa terkesima.. Celaka..
Guwa teros capai hanset Sony Eriksson K800 yang kian uzur tu... Guwa zoom in mata guwa betol-betol Jam kat hanset tu..






Tepat 5.05 a.m.






Wah !! Ini dah cukup menakjubkan.. Jarang benar guwa bangun seawal ini... Guwa teros bergegas mendapatkan Puan Emak untuk menyampaikan berita pelik ini...


'Mak..mak..mak..bangun mak..Ren bangun awal hari ni mak..mak..mak.. bangun' dengan tangkas guwa goncang-goncang kaki mak guwa.


"Kapowwww" satu penerajang tepat ke rahang guwa. Guwa rase ade bintang-bintang atas kepala guwa. Penglihatan guwa kekaburan. Teros guwa peng...erk !!


Sedar-sedar je tadi dalam pukol 8.30 pagi.. Guwa pisat-pisat mata guwa lagi.. Nah !! Sebeban... tibe-tibe guwa rase macam guwa telah menipu segelintir pembaca dengan intro guwa yang agak merapu kali ni... Celaka. Haha




********************


Bangun-bangun je pagi tadi, guwa dgn bongkaknye dah tak nak cari-cari lagi dimana sang mentari la ape la.. Sebab guwa yakin dan redha yang guwa memang bangun kol 8.30 pagi.


Guwa sebagai penulis novelis yang baru nak meningkat naik, guwa rasa guwa tak yah mandi dulu la... guwa teros basuh muka plus gosok gigi... Teros guwa ke meja makan untuk misi seterusnya...


'Mak...mak tak buat sarapan ke ?' kata aku dgn nada kemas bergaya.


'No breakfast for today, if you hungry, go eat that chair or what so ever..' bidas Puan Emak dgn kejam tapi penuh kasih sayang.


Guwa tak sentap.. Guwa elek je masuk bilik teros On PC guwa.. Guwa bukak fesbuk guwa.. Takde ape yang menarik.. Wadafak !!


Guwa teros ke bilik air... Guwa amik gayung dan menceduk air di kolah... Guwa teros mandi wajib seperti biasa..






Kecebur...Kecebur...Kecebur...Kecebur...Kecebur...!! Ok done.






********************

Sejurus guwa masuk ke bilik.. guwa bersiap dan guwa teros meracau-racau... Guwa bersilat dgn bantal... Guwa bercakap depan cermin... Guwa penumbok-numbok langsir wat macam punching bag... Guwa melipat kain... dan bermacam-macam lagi..

Puan Emak masuk ke bilik dengan penuh kerisauan dengan tingkah laku aku..


'Woi what wrong with you ha?? Come, bring me to Nagoya Textile at Rawang now...' kata Puan Emak slang omputih juga dengan penuh kasih sayang.


Guwa teros mengikut arahan tuanku dan sampai-sampai sahaja di Nagoya.. guwa yang berbekalkan muka ganas tanpa segan silu menjadi penasihat dalam menasihat Puan Emak untuk memilih corak-corak dan kaler yg sesuai dengan rumah guwa.

Kami teros pulang setelah membeli kain langsir kaler Emas untuk buat langsir Raya tahun ni.. Puan Emak tersenyum puas..


Guwa kini terasa lebih tenang daripada tadi..


Mungkin guwa patot menjadi pereka fesyen ataupon penasihat hiasan dalaman la.. Tapi tak tercapai fikiran guwa nak bayangkan guwa jadi sedemikian rupa.. Ohmaigot !!

Sekian~~





p/s: Barang siapa terasa bangang selepas membaca entry kali ini..
Tapi 'ON SANGAP' dan hantar ke 32728.



Utusan Di Raja Ke Perak

Pagi-pagi lagi hamba telah bangkit dari lena semata-mata ingin menunaikan hajat hamba ke negeri orang untuk mengutuskan watikah di Raja. 


Hamba bingkas bangkit dari pangkin dan mencari-cari sinaran sang mentari. Adakah ia sudah muncul menerik di kepala hamba ?? Atau sinarannya dilindungi dengan perasaan dengki oleh sang awan hujan ?? Hamba kurang pasti disitu... Takpa.. Lantak la..


Lalu hamba ternampak kelibat sang ayam jantan sedang galak berjalan mendada di depan hamba mencari-cari tunggul untuk di kokoknya.. Sungguh berlagak ayam itu kata hamba di dalam sanubari..





Kokkk kokokokkkkkkk !!!






Akhirnya si Galak berbunyi tanda menyeru angin Subuh kemari.. Tepat jangkaan hamba, baru Subuh rupanya... Hamba teros mendapatkan beduk dan hamba palukan dengan bertenaga seperti seorang jejaka tampan berlari mendapatkan isterinya di kala malam pertama... 






Tok...Tok...Tok...Tok...Tok...Tok...Tok...Tok...Tok... !!




ketukan itu hamba hentikan seraya hamba melaungkan azan menandakan waktu Subuh sudah pon menjelma...







********************


Hamba melihat jam pasir hamba.. Oh, sudah tepat jam 10 pagi.. Hamba rasa, hamba perlu bergerak dahulu ke Kampung Rawang Gagak Berlima... Di sana, rakan seperjuangan hamba sedang menanti-nanti kehadiran hamba untuk bersama-sama melunaskan amanah yg telah diberikan kepada kami... Hamba teros mendapatkan kuda setia hamba, Si Wira Hitam... Moga perjalanan hamba ke sana, tiada halangan hendaknya.



Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut... !!



Hamba hentikan pergerakan Si Wira.. Hamba lontarkan pandangan hamba ke jam pasir hamba... tepat jam 10.30 pagi.. Ya !! Alhamdulillah... hamba telah sampai ke Kampung Rawang Gagak Berlima... Hamba terlihat kelibat rakan seperjuangan hamba, Sang Gagak Hitam... Dengan seputung rokok SAAT masih melekat di bibir beliau seraya memanggil nama hamba.

'Arjuna...Arjuna... Kemari dikau... Sungguh celaka tuan hamba membiarkan hamba, Sang Gagak Hitam menunggu tuan hamba lama-lama....' kata Sang Gagak Hitam.

'Maafkan hamba wahai Gagak Hitam...Kuda hamba ni, Si Wira membuat onar seketika tadi...' tenang hamba memberi alasan.

'Hahahahaha Si Wira tu memang selalu macam tu... Apa kata tuan hamba jualkan sahaja Si Wira kepada hamba..boleh la hamba buat pergi membajak..hahaha' bidas Gagak Hitam penuh riak.

'Nampak gayanya, tuan hamba sudah lama tak merasa tikaman Keris Tenging Sari hamba ni kan ??' lancang hamba berkata-kata.

'Hamba gurau..hamba gurau..hehehe' kata Gagak dalam ketakutan.

Lantas Sang Gagak Hitam mempelawa hamba naik ke teratak usangnye untuk menjamu hidangan ala kadar untuk mengisi perut sambil menunggu anak-anak buahnya mempersiapkan diri untuk turut serta melaksanakan amanah ini.

********************

Sang Gagak Hitam melihat jam pasirnya seraya melihat anak buahnya sudah bersedia berangkat... Sang Gagak Hitam membawa dua orang bawahannya iaitu Sang Pipit Picisan dan Sang Merak Kayangan bagi meramaikan majlis.





Kami berempat menaiki kereta kuda bagi memudahkan perjalanan kami semua... Hamba sebagai ketua perutusan ini bertanggungjawab untuk memalu kereta kuda ini... Sang Gagak Hitam menentukan lokasi pertama untuk kami singgahi iaitu.. Tanjung Malim Deraman !! Hamba angguk tanda paham.






Hiyyaaah !! Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut... !!






********************


Sejam kemudian kami telah sampai ke Tanjung Malim Deraman. Sang Gagak Hitam menyuruh hamba berhentikan kenderaan tatkala dia membuat aksi lompatan "double summer-sault" turun dari kenderaan.. Hamba hanya menggelengkan kepala sahaja. Sang Pipit Picisan dan Merak Kayangan hanya tersengih tanda terhibur dgn aksi ketuanya itu.


Tak lama kemudian Sang Gagak Hitam muncul semula dari samar-samar kabus hutan dan lalu sekali lagi membuat aksi lompatan "double summer-sault" untuk menaiki kenderaan berkuda ini tapi tersalah mendarat lalu jatuh tersembam. Sekali lagi hamba hanya menggelengkan kepala. Sang Pipit Picisan dan Merak Kayangan sudah terbarai-barai ketawa di tempat duduk belakang.


'Utusan Di Raja untuk rakyat Tanjung Malim Deraman sudah terlaksana.. Mari kita menghala ke Kampung Teluk Intan Payung pula...' kata Gagak Hitam penuh yakin sambil menahan sakit.






Hiyyaaah !! Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut...Kudukut... !!






********************

Perjalanan yang agak lama untuk ke Kampung Teluk Intan Payung kerana terpaksa melepasi beberapa desa, sungai dan halangan berpagar. Lalu kami sampai ke kampung tersebut. Jam pasir hamba menunjukkan jam tepat pukol 4.30 petang.

Kami berempat berhenti di depan teratak usang yg didiami oleh seorang Nenek Kebayan yang bernama Nenek Mawar Berduri... Merak Kayangan memberikan utusan di Raja tersebut kpd Nenek Mawar Berduri.. Lalu Gagak Hitam tidak semena-mena menyeru Nenek Mawar Berduri mengubati penyakit Sang Pipit Picisan. Seakan-akan mengetahui niat Gagak Hitam, Nenek Mawar Berduri terus menyuruh Pipit Picisan meniarap ke lantai untuk diurut oleh nenek kebayan. 

'Pipit ni takde masalah, cume die degil sikit nak mendengar kata-kata kau wahai Gagak Hitam.. Takpe, nenek boleh tolong...' kata nenek penuh ketenangan.

Gagak Hitam tersenyum tanda paham.

'Arjuna !! Kau ade masalah bukan ??' nenek teros bertanya kepada hamba.

'Jikalau nenek bijaksana lagi mengetahui, kenapa nenek masih bertanya ??' kata hamba dengan tenang dan sedikit riak.

'Kau carilah Kasturi Putih dan lumurkan ke seluruh anggotamu Arjuna, Insyaallah dengan izin Allah, bebanmu itu akan berkurangan.' bidas Nenek Mawar Berduri penuh bermakna.

'Insyaallah nek' ringkas hamba menjawap.

Nenek hanya tersenyum.

********************

Selesai sahaja Pipit Picisan diurut oleh nenek, kami berempat meminta izin pulang kerana hari kian lewat. Hening senja kian menyinsing menutupi jendela mentari. Sang unggas kian menyanyi keriangan tatkala malam kian menjelma menggantikan siang. Sang ayam dan ternakan bertaburan berlari ke reban masing-masing.

Maka kami meneruskan perjalanan kami pulang ke teratak masing-masing. Hamba teroskan pejalanan hamba ke kampung halaman seraya selesai menghantar Gagak Hitam, Pipit Picisan dan Merak Kayangan ke Kampung Rawang Gagak Berlima.

Dalam perjalan pulang ke teratak hamba, peha hamba terasa bergetar-getar lalu hamba mengeluarkan hanset Sony Erikson K800 hamba dan melihat terdapat satu mesej dari Amat berbunyik begini..



"Ren zafran ajak gi ice skating..nk gi tak?? haha..."



Celaka. Potong stim tol la...





June 02, 2010

Saya dan Teknologi

"Reen... Reen... bangun Reen... cepat bangun Reen... !!!" tedengar suara cemas seorang Ibu mengejut anaknya yg sedang lena dibuai mimpi basah indah.


"Eh.. eh.. nape lak ni mak... Kalut semacam je nape.. why.. why.. tell me quickly !!" si anak terkinja-kinja bangun dgn mata masih tertutup lagi...


"Takde.. gini, mak nak masak for our lunch nanti.. tapi kita don't have any lauk la my dear... So, i think we should go to Pasar so that we can buy some lauk for our lunch... " speaking Puan Emak dalam dialek British.


Si anak terpinga-pinga !! Mak guwa speaking dengan guwa ?? Memang tak la... Maybe Amoi-amoi dalam mimpi guwa tadi punye penangan sampai terbawak-bawak ke dunia realiti... Cilaka !!


"Ok.. ok.. Reen paham..." kata si anak sambil melambung sebijik bantal lalu membuat satu tendangan bicycle kick terhadap bantal tersebut sebagai tanda protes.


Kurasa bangang menulis semua diatas... Guwa tak reti tulis intro.. Haha.




********************

Entry kali ni aku sekali lagi guwa nak flashback pasal hidop guwa yang kian mengenali erti teknologi...

Kisahnya bermula pada Gong Xi Fat Choi tahun 2000... Dulu guwa ade naik Van ulang alik g sekolah... Seorang Aunty yg agak katik memandu Van tersebut... Dia menjemput semua setan budak-budak yg naik Van die datang ke rumah beliau bagi meriahkan sambutan Gong Xi Fat Choi... Sungguh baik Aunty tersebut dgn kami walaupon sering kali gak la kami menyetan dengan Aunty tersebut...Sorry Aunty, kami terpaksa.. Celaka !

Dipendekkan cerita, kami semua dapatlah Ang-Pow sebarang dua sorang satu... Semua pulang kerumah dengan muka yg sengih memanjang cam celaka... Biasalah, dapat duit kot.. Haha..



sekadar hiasan



"Woi geng...Aunty pendek tu kasi kita RM 2 dow... Pehhh mewah aku arini... Boleh la aku ek skit dgn adik aku nanti..." kata si Setan A kpd yg lain dalam nada bongkak.

"Ala... ko nak watpe je pon dgn RM 2 tu.. bukan ko menabong pon... Jom ikut aku... Aku ade satu tempat yg boleh kite berjoli dgn berbekalkan RM 2 tu.. " hasut si Setan B kpd ahli-ahlinya yg lain...

Guwa dan rakan-rakan hanya mengangguk tanda paham je... Guwa yg innocent di kala itu hanya menurut perintah tuanku.. Wadafak !!

Maka berjalan la kami (dalam 4-5 orang gak la) menuju ke Pekan Koboi Rawang... Sambil berjalan kami bergurau antara satu sama lain, rembat gula-gula di kedai mamak sebarang dua, mengalih kedudukan buku-buku di Kedai Buku R.Apparao, mengejek pakcik tukang kasut depan Maybank. Sungguh indah ketika itu... (-_-")

Maka sampailah kami di sebuah rumah kedai tingkat atas yg sekali-sekala terdengar riuh rendah, gelak mengilai setan-setan yang seangkatan dgn kami di dalam firma tersebut.

"Haa !! Ade mesyuarat Ahli Setan Daerah Kecil Pekan Rawang ke dalam tu ??" berkata guwa dalam nada ketakutan dan kekeliruan.

"Jangan risau la.. takde pape punya.. kita masuk dulu ok.." bidas Setan B tadi sambil melemparkan sekuntum senyuman yg guwa cukup kenal senyuman itu yang merupakan senyuman Puaka Gunung Raya.






Si Setan B membuka pintu firma tersebut lalu ter-reveal la rupa-rupanya firma itu merupakan sebuah Cyber Cafe atau bahasa kota nya CC. Cilaka !! Buat guwa nebes je... Ingatkan jalan singkat ke Pintu Neraka tadi... takut gak guwa time tu... yela, tak sempat bertaubat lagi kot.. dah la time kecik-kecik aku innocent... Haha.


sekadar hiasan. wakakaka !!


Seorang Jejaka India linkungan 20-an bingkas datang ke arah kami dengan muka yang agak bengis. Kami semua menikus menyorok di belakang Setan B tadi...

"Dey Praba... Apecer, tak ramai orang kat CC kau ni... Kau tak pakai pelaris ke ape... warghkakaka " tegur Setan B kpd lelaki India tersebut sambil gelak celaka.

"Geng.. Ni Praba.. Die la owner CC ni..." kata Setan B kpd kami.

"Hait...Silla beri tunjuk ajar..." kata Praba sambil tunduk hormat ala-ala Jepon kpd kami. Erk !! Bangang !!

"Korang pilih la nak pakai PC mana-mana... Satu jam RM 2 saja.. Tapi korang punya pasal.. saya bagi free satu jam lagi. ok?" kata Praba menggunakan taktik keji dan kotor kepada kami.

"Baeeekkk !! " kata guwa dan rakan-rakan. Cilakak.

Maka bersepah-sepah la kami memilih PC, guwa dgn tenang dan beretika teros memilih PC paling hujung dgn pintu keluar. Senang sikit guwa nak cabot kalau-kalau guwa terasa mcm tak nak bayar. Wadafak !


Praba teros mepromosikan kepada kami untuk bermain game Half Life pada ketika itu... Dengan baik hatinya die membuka game Half Life tersebut di PC setiap sorang daripada kami...


Keletang... Keletung... Keletang.. Keletung... Taraaa ~~ !


Siap sudah keje Praba, kami pula hanya teros bermain game tersebut... Game tersebut lebih kpd aksi-aksi menembak-nembak musuh menggunakan senjata yg merepek ganasnya.. Guwa time tu dah la tak taw main.. Asal nampak malaun je lintas depan guwa, maka bersepah-sepah la guwa menembak beliau dan akhirnya guwa mati ditembak. 


google.com

Ceh. Pastu guwa terkejut, Aik !! Aku hidup balik ?? sah game ni celaka.. dah mati idop balik lak... Wadafak !! Takpe, guwa teroskan permainan... Kami pon bermain la dengan khusyuk seperti khusyuknya kami bersembahyang dirumah masing-masing. Ok. Itu tipu.




Sejam berlalu..........




Dua jam berlalu..........




"Ok guys.... (sambil tepok-tepok tangan) masa dah tamat... Off sume game pelissss..." kata si Praba ala-ala seorang lelaki yg telah bertukar nama kepada Praba Lechemi. Celaka.

"Alaaaaaaaaa.....sekejap je main..shit la.." sentak kami semua sambil menghulurkan note RM 2 (dulu note RM 2 baru je dikeluarkan) kpd Praba.

So, kami semua pulang la kerumah sambil bersembang dan bermegah-megah dgn skil-skil mereka semasa bermain Half Life tadi padahal sume main cam setan pakai tembak je taw.. Shit.



"Aku tadi tembak telor si Jimi (bukan nama sebenar) pakai mesingan... terlompat-lompat die...wakakakak"

"Aku tadi lagi la... Aku nak panah kepala si Baem tadi, boleh lak baem mengelak, kene pala si Reen tadi...wakakakakak"

"Aku tadi ter-bazooka Bob dalam jarak 30 cm je...mau tak terburai dua-dua ekor...wahahahahaha"

Dialog-dialog diatas kadang kala membuatkan aku tersenyum sinis sendirian tatkala memikirkannya kembali... Macam babun main game dah aku tengok.. hahaha.



Dan sejak dari hari tu la guwa dan rakan-rakan guwa yg lain dh mula ketagih dengan teknologi yg berupa Game Half Life tersebut. Biasala, anak polis, darah polis yg mengalir dalam diri setiap daripada kami membuatkan kami berminat kearah untuk menembak-nembak orang walaupon hanya dalam game semata-mata. Wadafak !!

Dan sejak itulah kehidupan remaja guwa sedikit hancur oleh sebab teknologi tersebut.   (-_-")




Related Posts with Thumbnails