May 23, 2010

Kejohanan Snooker Peringkat Gombak Barat 2010


Tahniah..!! Dalam mase yg singkat aku dah merepek 2 entry kat sini...muahahahaha betapa bangganya aku sehinggakan aku terasa nak bersalaman dengan jiran-jiranku...


sekadar hiasan

"Yeenne satti kulla tangki yilek...yeenne adeyy, kilometer kalala....(Alaahh...tenga baru-baru memangla...cube try dalam sebulan tengok..camharam tarak entry)" sindir gelora hatiku dalam dialek tamil.

Aku ingin memberi sekalung bunga pusara dan beberapa ucapan terima kasih kepada Zafran @ Bruno dalam memberi info-info "bagaimana nak menjadi budak poyo yang mempunyai blog-nya yang sendiri.." Terima kasih Bruno kerana banyak ngajo teman...Kalau aku ada kereta lebih, boleh la aku hadiahkan kat ko satu...tapi malang...nohorom..hahah.

********************

Ok..cukup-cukup la dengan mukadimah aku yang telah mempromote Bruno tanpa bayaran sesen pon...Dunia duit dah skang ni bro~...Entry yang aku buat ini adalah sebagai satu penghormatan kepada insan yang mempunyai gelaran 'Mat Spek' dalam arena snooker. Gelaran diberi terhadap beliau kerana beliau sering kali membetulkan kedudukan spek-nya sebelum menjolok bola snooker..Ok, tu aku tipu, guwa saje nk kenekan lu mat..wakaka


sekadar hiasan

Kejohanan Snooker Peringkat Gombak Barat 2010 yang telah dianjurkan secara spontan di Pusat Snooker Sentiasa Bahagia (aku reka) area Samudera, Gombak telah di sertai oleh tiga (3) peserta shj iaitu aku sendiri, Arel The 'Potong' Master dan Amat The 'Long-Shot' Failure. Haha. En. 'Sifu' Din sebagai artis undangan turut serta menjayakan kejohanan ini. Trimas din kerana berjaya menganjeng kitorang. Damn.

Kejohanan dimulakan dengan Pertandingan Cinta 3 Segi @ 3 Penjuru. Aku dan mat masing-masing berkejaran mata antara satu sama lain. Arel kami tinggalkan di belakang tanpa kasih sayang yang secukupnya ibarat menatang minyak yang penuh.

Arel yang lama-kelamaan menyedari dirinya disisihkan, teros mengejar mata kami dengan penuh tekad dan kecekalan. Bersemangatnya beliau seperti bersemangatnya para pelatih yang baru nak masuk PLKN. Dengan berbekalkan Malboro Light 20's dan Milo 'O' ais yg bernilai RM 2.80 (cilakak mahal!), sedikit sebanyak memberi saingan kepada kami.

Tapi pada penghujungnya, Mat memenangi dgn 24 mata, 1 mata lebih dari aku.. Aku tersenyum kambing seketika sambil menerima kekalahan cikai tersebut. Damn.

Kejohanan seterusnya, aku berentap dengan Mat di meja bersebelahan memandangkan Arel sedang sibuk di-nganjeng oleh 'Sifu' Din. Haha. Menempah maut tol mamat tu. Kami (aku&mat) masing-masing mengeluarkan teknik-teknik dan skil-skil yang tak tercapai dek akalmu demi ingin memberi amaran saiko kpd pihak lawan. Antara teknik-teknik & skil-skil yang ade pada kami berdua ketika bermain snooker ialah:


  • Hikmat Bola Putih Ke Lubang
  • Hikmat Bola Terbang Ke Table Sebelah
  • Hikmat Jolokan Palsu (apabila que tak kene bola putih)
  • Hikmat Bola-Bola Magik (bola kaler masuk lubang lain) dsb.
Dan pada penghujungnya kemenangan berpihak kepada Mat sekali lagi setelah mendahului dgn 3 mata. Shit, kalah cikai lg. Takpela, sekali-sekala kite kene la bahagiakan member2 kite ye tak? Haha. Mungkin environment kat venue tu yg dipenuhi mesin-mesin judi dan gadis-gadis lalok berkeliaran yang sedikit-sebanyak mengganggu fokus aku kot. Who knows kan? Wakaka. cilakak giler alasan.

Sekian.

2 comments:

Sir Marcello said...

mihahaa...amad mesti happy bagai..seronok kan maen..mesti report kat awek lah tue

p/: plz used Sir Marcello instead of my awesome name..malu r kalo org kenal..mihahaha

Mohd Jumali Zairin said...

baik la Sir marcello...patik paham..
wakakakaka mat bangga giler kot td..
muke manjang sengih je..cilakak..
wakakaka

Related Posts with Thumbnails