May 28, 2010

Kaitan Antara Jumali Dan Jumaat

Bangun-bangun je pagi tadi, aku tros menjengok ke jendela melihat kelibat sang mentari... 

Mentari tiada !!! Selalu dia ade kat celah-celah bukit tu !!! Aku gelisah... Ah sudah !! Dah kiamat ke?? Aku melempang diri sendiri dan jenguk sekali lagi ke jendela... Oh !! Dah kat atas rupenye kau mentari... wat aku nebes je... Rupa-rupanya hampir tengah hari aku bangun tadi... Kalaulah mentari tu boleh cakap... 

"Eh ?? Awal bangun harini der... Nak g pasar ke ??" sindir mentari pedas berapi.

Ah!! pedulikan semua tu !! Aku teros mengadap bilik air, mandi-mandi, basuh-basuh, beros-beros, sabun-sabun, main bot mainan kat kolah dan sebagainya.

Terasa bangang selepas menulis sume di atas.



********************

28 Mei 2010
Jumaat dah~~

Seperti jumaat-jumaat yang lain cambesela, tengah hari nanti mulalah Puan Emak berkata-kata kepada anaknya ini...

"Haa Reen... Kau dah nak jadi pompuan lak ke ?? Nak dok umah je tak nak gi semayang jumaat" sindir Puan Emak secukup rasa.

Aku teros mengaleh pandangan ke arah jam dinding.. tepat pukul 12 tengah hari. Aku tersenyum sinis sambil menjawap...

"Ya la mak..Reen nak pegi dah ni..imam pon dah miskol-miskol soh susun sejadah ni..." jawap si anak sopan sesantun-santunnya.

"Eh..awal lagi rupenye..alaaa mak ingatkan je..kang lupa pulak..." jawap Puan Emak sambil berlalu pergi.

Hahaha... Puan Emak memang selalu macam tu.. Selalu ingatkan aku soh gi semayang Jumaat... Terima kasih Puan Emak kerana menjadi jam loceng saye selama ini...







Entry kali ni aku nak wat flashback la masa aku kecik-kecik dulu gi semayang Jumaat... Dulu aku dok berek polis kat Rawang... Nak di jadikan cite, kalo nak gi semayang jumaat kat masjid, kene la aku jalan kaki lebih kurang 10-15 minit la...

Perjalanan dari berek ke masjid walaupon singkat tapi penuh dengan cabaran dan rintangan yg terpaksa aku tempuhi...

Mari hayati bersama perjalananku ini...


********************

Misi: Semayang Jumaat Di Masjid Kg. Kenanga
Peta:


Haa ang tengok dia punya rintangan-rintangan yg mencabar tu... Sapa-sapa yg iman die sekangkang kera tu, mesti pilih jalan mudah dengan buat-buat sakit perut la, buasir la, sawan babi la dan bermacam-macam jenis penyakit kronik yg dapat menipu mak pak untuk monteng semayang jumaat. Cilakak !! haha.

Anggota-anggota yg selalu menyertai misi berani mati ni adalah Baem, Fares dan aku sendiri dan kami bertindak sebagai Marshall @ Ketua dalam misi ini dalam melindungi budak-budak kecik yg tak akil baligh lagi tapi sebok membangangkan diri sertai misi ini. Beban tol la budak-budak ni. Wadafak !!

Perjalanan kami dimulakan dgn melintasi hutan belukar yg tidak kurang bahayanya... Bagi kami (aku, baem & fares) melintasi hutan belukar ni ibarat makan nasi lauk kicap dgn telur mata je. Kami ibarat Rambo-Rambo muda sebab selalu bermain di celah-celah hutan tu... Kadang-kadang ade jugakla sekumpulan monyet yg menegur kami, kami pon sahut dgn sopan dan tertib bg merapatkan lagi talian persaudaraan itu.. Cilakak !!

Rintangan semakin 'menarik' bila sampai Rintangan Pertama yg kami gelarkan 'The Last Breath'...




sekadar hiasan


Sebuah empayar kandang babi yang digeruni kerana bau nya yg camsial... Terdapat satu lagenda yg telah diceritakan oleh sesetengah pihak bahawa barang sesiapa yg tersedut bau dari kandang babi tersebut akan di rasuk oleh roh-roh babi di situ... Kami yg pada masa tu masih budak-budak kecik lagi, pemikiran pon suci lagi, sah-sah la kami percaya... Bangang !! Aku dah kene game...!! Ok. Abaikan.

Sebelum melintasi rintangan tersebut, kami selaku ketua dah menasihat budak-budak bawahan kami supaya lari sekuat-kuat hati dan tahan nafas selama yg mungkin bg tidak di rasuk roh-eoh babi tersebut. Sebab tu la rintangan ni digelar 'The Last Breath'..!! Mereka angguk tanda paham...

Sampai je kat 'The Last Breath', ketua yg berjalan di depan skali sebut, "Sedia suma !! Lariiiiiiii !! " Maka bersepah-sepah la kami lari ibarat dikejar babi hutan... Shit~~ Ok. Kebanyakan dari kami selalunya lepas di rintangan 'The Last Breath' ni... 

Rintangan Pertama : Selesai !!

Akhirnya kami akan sampai ke simpang tiga iaitu Rintangan Kedua kami yg digelar 'Black Dog Down'... 




sekadar hiasan




Terdapat seekor anjing itam yg agak besar, garang, buas, ngeri, sial, camharam, setan, dan segala macam sumpah seranah lagi seperti biasa akan menyergah kami... Cilaka !!

Rintangan 'Black Dog Down' selalunya bergantung pada nasib kami... kalau nasib baik, anjing itu dalam kedaan di ikat dan hanya akan menyalak-nyalak je  pada kami... Kami hanya senyum sinis sambil menunjukkan jari tengah sebagai protes.. haha.

Tetapi, jika nasib kami kurang baik... Maka kami akan disergah dan dikejar dgn rakus skali... Sial la kau anjing !! Celaka kau..aku takkan lupa sume tu !! Damn !! Oh, maaf, teremosi lak..

Terdapat beberapa petua dalam mengatasi situasi ini iaitu jangan lari jika dikejar anjing dan buat-buat tengah amik batu nak baling kat dia.. Bangang !! Memang takde la aku nak wat sume tu... dalam pala ni aku dok pikir LARI je la... Oleh sebab kami semua merupakan jaguh-jaguh pecut di sekaloh masing-masing.. So, kami dapatla handle sume ni dengan jayanya... Aku baru pasan yg anjing ade limit 'kawasan' die kalo nk kejar-kejar ni.. Die takkan kejar kite sampai die terkeluar dari 'kawasan' die... tapi..tahla.. Abaikan !!

Ok. Rintangan Kedua : Selesai !!

Rintangan seterusnya ialah 'Black Zone' iaitu terdapatnya satu pokok mister dan sebelah die ada patung berhala hindu memegang serampang 3 mata yg amat mengerikan... Terdapat satu lagenda yg mengatakan bahawa barang siapa yang melihat tepat ke arah mata patung tersebut, maka akan terpancarlah sinaran merah menyala dari mata patung itu... Misteri bukan ?? Shit.. aku kene game lagi skali... Cilaka punyer tukang karut !!

Selalunya rintangan ni mudah je kami harungi tapi ade satu rintangan yg terpaksa kami menahan iaitu 'Perasaan ingin tahu'... Ala budak-budak mesti ade perasaan ingin tahu yg membuak-buak ibarat nafsu dikala malam pertama kan ?? 

"Reen..pandangla mata patung tu Reen...tengok je la..takkan ko tak nak tengok kot..rugi la nanti...bukan selalu tengok pon...tengok laaaa...." bentak sanubariku cuba menghasut.

"Cilakak punya nafsu.. Kang aku tengok, tak pasal-pasal patung tu kenyit mata kat aku balik... Maw tak demam aku seminggu.." kata hatiku tanda protes.

Rintangan Ketiga : Selesai !!

Maka sampai la kami di masjid tempat kami berjumpa dengan rakan-rakan sekolah sambil berborak-borak sakan hingga terlupa waktu semayang dah abis... Sungguh sia-sia perbuatan kami itu... Terasa kebangangannya...

Dan kami tetap akan semayang dan berdoa semoga perjalan pulang kami berjalan dengan lancar...

Ya !! Kami kene mengharungi rintangan-rintangan tu untuk balik ke rumah semula...

Shit~~

9 comments:

Anonymous said...

bagus jalan citer ko reen..

bleh uat drama sebabak.

bleh tulis lg.

aku tnggu sambungan citer am ngan ziana ko tue.


haha

En. Reen said...

zul: wkakakakaka yela-yela...
next entry aku sambung cite tu...

Tibet a.k.a Sycospeak said...

damn good..hahah..blak dog down ngan last breath mmg smpoi reen...buat aku pecah perut2 sorg

En. Reen said...

ko gelak je la taw tibet..
aku ni ha yg dok mengharungi sume tu...
merana siot..wakakak

wanawiniwunu said...

mcm tipu je sejak ble ade kandang babi aritu aku dtg xde pn wakakakakaka

En. Reen said...

wana....ni cite aku kecik-kecik dok kat Berek Polis RAWANG la...
skang aku dok SELAYANG lain...
wakakaka

Wafiy Wonka said...

hahaha siot btol peta ko tu.hahah

Anonymous said...

afiq said: sumpah lawak.. wa nak jadi partner sehidup semati lu ley x?? u ni funny la

retro moden said...

lwak reen.........apsal aku trlpas bc yg ni...haha..

Related Posts with Thumbnails