August 11, 2010

Ramadhan Bulan Keberkatan


Assalamualaikum W.B.T.

Sempena di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, penulis telah mengambil inisiatif untuk berbicara dalam bahasa yang lebih sopan dan kearah lebih islamik bagi menjaga aspek-aspek moral dan nilai-nilai pahala (insyallah) semasa berada di bulan ini. Tuturbahasa, tatabahasa, lenggok bahasa, bahasa tubuh dan segala aspek penyampaian akan disopan-santunkan. Diharap para pembaca memahami akan perubahan ini demi kebaikan bersama.

Amaran keras diberikan kepada para pembaca yang tidak berpuasa (ha! ade ape kat tangan tu? KitKat ek?) supaya tidak meneruskan pembacaan. Sila pergi dari sini. Sebelum penulis melaporkan kegiatan tidak berakidah anda kepada pihak JAIS mahupon Aduan Rakyat ataupon Jejak Rasul.


********************

Disini saye (penggunaan kata ganti nama yang paling sopan) Mohd. Jumali Zairin Bin Abdul Malek a.k.a Hencek Reen, ingin mengambil sedikit kesempatan disini untuk mengucap dua kalimah shahadah dan juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan ucapan...



'Korang jangan ponteng-ponteng puasa taw, nanti dapat dosa pastu masuk neraka. Yang pompuan uzur tu dimaafkan la tapi jangan lupa ganti. Tapi tiada alasan bagi kaum lelaki yang gagah perkasa untuk berpura-pura uzur. Tu bida'ah namenye.'

(-_-")

********************

Dalam entry kali ni saye ingin berkongsi sedikitlah sedikit sebanyak tentang Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa semasa kite sedang enak berpuasa. Saye tahu yang semua orang Islam sudah tahu tentang semua ni kecuali orang yang baru masuk Islam dan masih belum habis study lagi tentang perkara ini. Tapi saye tetap berkeras hati untuk berkongsi juga. Maseh.

Tingkah-laku dibawah ini adalah Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa:


1. Melihat makanan dan minuman yang terdapat ditudung saji.
  • Anda sedang melihat makanan dan minuman tersebut dan lalu mengambil salah satu daripadanya lalu dimasukkan kedalam mulut mahupon hidung. Seraya itu anda bersendawa kerana kenyang lalu mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah'. Perkara ini boleh membatalkan puasa anda.


2. Merenung dengan penuh kasih sayang terhadap suami/isteri anda.
  • Kasih sayang adalah sifat mulia dan jika ianya sudah 'terlebih', pasangan anda mungkin tidak dapat menahan nafsu mereka lalu 'berasmara' bersama-sama disiang hari tanpa menghiraukan anak-anak yang sedang membuat kerja rumah dihadapan anda. Ini juga batal.


3. Mendengar kawan-kawan anda yang sedang memuji diri sendiri.
  • Perbuatan ini akan membuatkan anda ingin mual-mual perut mahupon tekak dan seraya itu anda dengan sengajanye muntah dihadapan kawan-kawan anda itu. Batal.


4. Tengah kebosanan tahap maksimum.
  • Selalunya ketika kita sedang bosan tahap maksimum, kita selalunya membuat perkara-perkara yang kurang pandai seperti mengorek hidung, telinga, dan segala lubang yang ada di tubuh kita. Ini juga dikira pengotor dan hukumnya batal puasa.


5. Membeli tuala wanita di Tesco ataupun Giant. (bagi kaum Hawa)
  • Perbuatan ini secara terang akan membuatkan orang awam memandang anda dan lalu berkata, 'Sah budak ni tak posa'. Takpe, jangan berkecil hati, ini semua normal. Lakukan aktiviti anda seperti biasa. Datang bulan atau uzur juga boleh membatalkan puasa. (jangan lupa ganti)


6. Menghadap laptop atau desktop. (kaum Adam terutamanya)
  • Anda sedang mencari-cari fail sulit yang anda simpan (hide) didalam fail-fail yang tertentu. Lalu menjumpai fail sulit tersebut seraya menonton dengan penuh berahi dan khusyuk. Kerana tidak tertahan dengan aksi-aksi video dari fail sulit tersebut, anda dengan sengajanya mengeluarkan sesuatu dari qubul anda. Splashh!! Ahh!! . BATAL !!!


7. Berkata-kata dengan bongkak dan riaknya dikhalayak ramai.
  • Dialognya adalah seperti berikut, 'Saye dengan bangganya keluar dari Islam supaya dapat membela anjing untuk menjaga rumah saye. Maseh.' Ini dinamakan Murtad. Batal puasa.

********************

p/s: Walaupon petikan-petikan diatas lebih kepada gurauan, tetapi setiap daripadanya adalah fakta. Kepada yang tak dapat menerimanya, saye pohon maaf. Dan ini adalah fakta yang lebih jelas menunjukkan Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa:

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
  • Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
  • Bersalin
  • Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
  • Kedatangan haid bagi perempuan
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
  • Murtad
********************

Selamat Berpuasa !!!


4 comments:

Sir Marcello said...

awak...best lah entri awak yang sempoi nie...nasib baik bulan ramadhan wak...

awak memang sempoi...Viva tuk awak!!

En. Reen said...

Sir Marcello: maseh awak...selamat berpuasa utk awak, jgn memonteng macam dulu-dulu lagi ek..ahaks~

Anonymous said...

thanx awak... sy byk bljar drp entry awak kali neyh. saya suka statement yg nombo 6. saya nasihatkan diri sndri trutama awak dan pmbaca2 yg laen.. take note.

En. Reen said...

zul: thanks ye awak....ye sama2 la kite beramal soleh..ekekeke

Related Posts with Thumbnails