August 11, 2010

Ramadhan Bulan Keberkatan 2

"Apabila datang Ramadhan, pintu Syurga akan dibuka, pintu Neraka ditutup dan Syaitan dirantai." (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith riwayat diatas terang-terang telah menjelaskan serba sedikit tentang fadhilat Ramadhan. Yang saye nak fokeskan adalah tentang fakta dimana kesemua syaitan-syaitan telah diikat atau dirantai supaya ianya tak dapat menghasut kita semasa menjalankan ibadah puasa.

Barangsiapa yang maseh membuat segala laranganNya semasa dibulan puasa, janganlah mudah-mudah sahaja menuding jari kearah syaitan yang telah menghasut mereka. Sesungguhnya yang menghasut mereka membuat segala laranganNya semasa dibulan Ramadhan adalah 'syaitan' yang dah lama bertapak didalam diri mereka. 'Syaitan' itu digelar Nafsu.

Setan A: Hey U ! Hey setan ! Hoi !

Setan B: U call I ke?

Setan A: Sape lagi yang muka cam setan kat sini.. U lah yang I panggil tu.

Setan B: Eii biadap taw U ni.. Ha ada ape U call I?

Setan A: Saje je nak tegur, I ni peramah sikit. Macam mana U boleh kene rantai kat sini? Cerita la skit.

Setan B: Tahla, tengah sedap-sedap hasut budak gi skodeng awek mandi, tup-tup terus kene ikat kat sini dah. U lak macam mana leh sampai sini?

Setan A: Ooo kira orait lagi la tu. I lagi teruk, I tengah best hasut sorang budak ni supaya berak berdiri, tup-tup dah kene ikat kat sini dah. And the worst thing is, taik budak tadi tu tercalit skit kat bahu I ni ha...mencik taw. Tak sukenyeeerrr !!

Setan B: Eeuuwwww !! Jerk la U ni.

'Alolololo...padan muke ang.'

p/s: Adegan ini adalah rekaan semata-mata. Maseh.

********************

Entry kali ni saye ingin berkongsi lagi sekali beberapa fakta bersama anda semua sebagai pembaca. Ya ! Awaklah pembaca tersebut. Kali ini saye ingin berkongsi tentang Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa. Makruh ialah amalan yang apabila dikerjakan oleh seseorang, dia tidak akan disiksa dan akan diberi pahala jika meninggalkannya dan amalan Makruh secara berlebihan akan membawa kepada Haram/Batal.

Dibawah adalah beberapa situasi Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa:

1. Menggosok gigi/bersugi selepas gelincir matahari.

Rosli: Sin, ha tengok ni. Kat iklan TV ade menyatakan bahawa sebelum solat adalah sunat untuk kite bersugi. Memandangkan kite nak solat Asar ni, jomla tengok saye bersugi.
Husin: Ha, okay jom.
Rosli: Hengan menghunehan holget ni, mahe hihi hita ahan menhadi hebih hihat dan hiada mahalah haviti. Hampak? (Dengan menggunakan kolget ni, maka gigi kita akan menjadi lebih sihat dan tiada masalah kaviti. Nampak?)
Husin: Oooo paham-paham.
Rosli: Nah turn awak bersugi lak.
Husin: Takpelah, saye taknak jadi jahil cam awak Rosli. Bye.
Rosli: Haa??? Biadapnye awak Sin.

2. Banyak berkumur-kumur.

Lokasi: Di tempat mengambil wudhuk disebuah masjid.
Osman: Bismillahirrahmannirrahim~~(ambil wudhuk seperti biasa hingga ke rukun berkumur)

10 minit berlalu.....

Individu A: Dik...dari tadi abang tengok adik tak sudah-sudah berkumur. Ade kulat ke kat mulut adik tu?
Individu B: Dik...nah air sirap dik, abang belanje. Udah-udah la tu berkumur ye. Kami sume nak gak merasa amik wudhuk ni. Ye dik. Nah ! (sambil menghulurkan air sirap limau)

3. Mencium, memeluk atau mengucup pasangan.

Suami: BB...B dah nak gi keje ni. B sebenarnye tak sanggup nak tinggalkan BB sorang-sorang kat umah. B risau kat BB.
Isteri: Takpe B, BB boleh jaga diri BB sendiri. Lagi pon petang japgi B dah balik keje dah. Hanya beberapa jam je kite berpisah. B janganlah risau ye B. (suara manja)
Suami: Oh BB...
Isteri: Oh B...
Suami: Hurrrmmmm.....
Isteri: Ahh hurmmmm.....

(Oh tidak...adegan selepas dialog diatas terpaksa dipotong kerana kelucahan yang teramat sangat keterlaluan. Maseh)

4. Merasa makanan tanpa hajat.

Melah: Oi Nab..mu masok gapo tu? Dari umah kawe doh dapak bau doh. Semangak kawe tubik date umoh mu. Sedak ke? Meh raso sikik.
Nab: Ha...amik la. Hok yang dale kuali tu.
Melah: (nyum..nyum..nyum)
Nab: Hoi Melah, mu poso dok ni?
Melah: Poso la. Mano leh tok poso Nab oi. Kito doh tua monopoh (monopos) Nab oi. Ahaks.
Nab: Poso sampa mu abih raso sumo lauk aku deh? Gitu?
Melah: Huk aloh...dok prase kawe. Sorry-la deh. Ahaks.
Nab: Nate berok mu..

p/s: Maaflah dialek Kelante hancor sikik.

5. Banyak tidur.

Mokhtar: Huaarggghhhh!! (sambil menguap) Ngantuk la pulok. Pagi lagi ni, lambat lak masa berjalan time bulan posa ni. *Tuut* la. Tidoq sat la. (terlelap)

8 jam kemudian...

Mokhtar: Hmm...ape yang bising-bising ni. (bicara didalam hati)

'Allahuakhbar !! Bismillahirrahmannirrahim~~~'

Mokhtar: Amboi...gurau kasar ni bro...namo kawan la gini.


********************

Petikan-petikan diatas merupakan serba sedikit situasi yang dapat menggambarkan Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa. Harap ianya boleh dijadikan tauladan dan pedoman kepada kite semua.

Ingat ye, insan yang cemerlang datangnya dari akal ye, dari hati yang bersih ye dan jiwa yang tenang ye. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sekian.


18 comments:

Wafiy Wonka said...

haha..info yg dberikan oleh en reen bnyk mmbantu. hehe
igt2..*jgn mengusap pasangan anda* wakaka

p/s:red devil tu cuti sebulan..x menang la M.U sebulan ni.hahaha

En. Reen said...

Wafiy Wonka: mengusap? wow..hahahah baik2...

p/s: tu la...tp aritu setan merah dah titik chelsea lak...adey..ekeke

Wafiy Wonka said...

haha..time tu tak start pose lg.
tu yg menang. all out la sbb pasni xde da. wakaka

En. Reen said...

Wafiy Wonka: aah kan...wakakakak lupo lak...hahahah eh cam lari topik je..ekekek

Anonymous said...

nate berok mu nab. haha.. gila lawak weyh. adehh ada setan ajak berak bdiri. ap pown. gwud info.. thanx ryan. kipidup. n suka sketsa bb n b. hahhahahaaa

Cik Bee~! said...

wahh~!!!bole xname pada no 3 tuh d tukar..xshenonoh la..huakkakaka...

yg no 5 I loikes la....syesh..mmg xleh blah...
adekah no 5 tuh en reen sbnarnye?>.tp sajer2 tukar mokhtar....hahahha..

p/s:..entry yg slumber n brmanfaat..hehe

Unamn said...

best2 haha.. encik reen amat2 kelaka la..=)

En. Reen said...

Anony: hahahahah ade dow org berak berdiri sbb kene hasut setan..haha
aku taw ang mesti suke bab BB n B tu..wakakak

En. Reen said...

Cik Bee~!: hahaha no. 3 tu la yang dasyat tu mana leh tukaq2..hahaha

no.5 tu lain skit..lebih kepada pengalaman..wakakakakak uhuk2 no komen..

p/s: tengkiu~

En. Reen said...

teddyuna: hahahahah yeke? tak pasan pon..tipu ah~~lalala

Anonymous said...

myvi calar: hahahhaha =)

En. Reen said...

Myvi Calar Langgar Divider: wakakakakaka

Sir Marcello said...

awak nie fynny lah...
saya suka...huhuhu(gelak sopan)

En. Reen said...

Sir Marcello: maseh wak...i loike~~ahaks~

May Maisarah said...

wahhh...info yg disampaikan sgt terkesan di hati kerana menggunakan lawak yg tidak keterlaluan.bagus2..kipidap!
btw, selamat berpuasa yer encik belog.

En. Reen said...

cikmay: maseh cikmay...tp lawak2 tersebut hanya sempena Ramadhan je..uhuk2..haha samat berposa cikmay..

AMOI KUSUT said...

muahahaha..
wp klakor rp ada pengajaran..

setan yg kelakar!!

En. Reen said...

AMOI KUSUT: hahahaha the different way of tutorial..hahah

setan metropolitan tu..hahah

Related Posts with Thumbnails