August 08, 2010

Jeram Pengantin

(kronologi dari Filem Seram Air Terjun Pengantin)

Azan subuh kian berkumandang menggamitkan lagi suasana dingin diseluruh Kampung Lebai Misai, 76450 Paya Rumput, Melaka. Kedinginan subuh pagi yang sudah pasti akan menusuk tulang sesiapa yang turun mengail pada waktu itu.

'Kamu tak ke masjid ke Bad?' tegur Lebai Idrus kepada anak lelaki bongsunya itu.

'Apak gi la dulu, Bad solat kat umah je'

'Kan solat berjemaah lagi banyak hikmahnye dari solat secare individu.'

'Takpelah pak, nanti Bad ajak la si Kutil dengan si Kitul berjemaah skali dengan Bad.' jawap Badrul sambil memandang kearah kucing-kucing belaannya itu.

'Lahabau kau, aku benci betol borak dengan kau ni Bad, macam gampang ku rase dalam diri ini kau taw tak.' tengking Lebai Idrus sambil berlalu pergi.

'Pak, mencarut tu satu dosa.' bidas Badrul tenang.

********************

Badrul Bin Idrus, seorang jejaka kampungan berusia lingkungan 20-an yang lebih mesra dipanggil Bad. Seorang jejaka yang rajin membuat kerja-kerja kampung seperti memetik kelapa, menukang dan me-renovate reban-reban ayam dan sekali-sekala kandang kambing. Hiasan dalaman adalah salah satu kepakaran bagi Bad dan menganggap Eric Leong adalah idola beliau.

Tetapi hakikat duniawi, semua orang kampung tidak suka dan memandang serong terhadap kerajinan si Bad dan semua adalah kerana sejarah hitam yang pernah menyelimuti diri Bad. Bad adalah bekas samseng kampung dan pernah dimasukkan ke sekolah budak-budak jahat disekitar Serendah, Rawang pada masa dahulu. Kesamsengan Bad amat digeruni oleh orang-orang kampung Lebai Misai. Sehinggakan ada satu hari tu, oleh kerana terpijak taik ayam, abis satu reban ayam si Malim di 'kasi' nya oleh si Bad tanpa usul periksa dan siasatan lanjut. Sungguh kejam dan rakus kesamsengan si Bad pada ketika itu sehingga diberikan gelaran 'Badrul Warrior' oleh orang kampung kepada beliau.

Tapi itu dulu, bagi Bad segala sejarah hitam yang pernah ada didalam hidupnya dulu akan dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran kepadanya. Tapi sebagai insan yang pernah dipandang hina dan jijik pada ketika dulu, adalah satu perkara normal apabila dirinya dibenci orang kampung hingga ke hari ini.

********************

Matahari kian menegak ke langit. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniup syahdu setiap helaian-helaian rambut Bad yang baru di-shampoo-nya pagi tadi. Seperti hari-hari yang biasa, Bad mesti akan menyinggahkan punggungnya dikedai kopi Pak Din Kero sambil melayan blues sendiri.

'Kamu nak minum ape Bad? Minuman keras ke?' sindir Pak Din.

'Hmmm.......give me a minute.'

Pak Din dan kesemua pelanggannya terkesima. Semua mata memandang kearah beliau dan suasana di Warong Rasa Sayang Hey milik Pak Din menjadi sunyi seketika.

'Bagi aku Horlick Ais satu la Pak Din. Susu tarok kureng skit.'

'Hahaha...aku ingat budak-budak je yang minum Horlick, samseng kampung pon minum Horlick jugak ke. Hahaha.' terbarai-barai Pak Din ketawa dengan lawak beliau sendiri.

Bad hanya membisu sambil menggaru-garu bekas parut panjang di lehernya. Pak Din tersentak sambil berlalu laju kearah dapur membuat air yang dipesan Bad. Bad termenung jauh sambil memandang dedaun pohon kelapa yang ditiup oleh angin disiang hari.

'Nah Horlick kamu Bad." sentak Pak Din.

'Pak Din, dak Karim takde singgah kedai ke arini?' tanya Bad sambil menghirup air Horlick menggunakan straw.

'Tadi aku ade nampak dia lintas kedai aku tadi nek moto, dia gi amik dak Amri kot kat umah dia. Nanti sampai la si setan tu.'

'Hmm yela.'

'Ha tu bukan dorang ke tu? Panjang tol umor geng kamu tu Bad.' bidas Pak Din sambil menunjuk kearah moto yang singgah ke kedainya.

'Pak Din, bagi aku Milo ais satu, Teh Tarik dak Karim satu.' jerit Amri dari jauh.

'Buih lebih taw Pak din. Kalau tak lebih, maka berbuih la mulut Pak Din japgi.' sampok Karim

'Celake kau. Ha yela.' jerit Pak Din kembali.


Moto Yamaha 100 Sukan (Sport) diparking betul-betul depan Badrul. Karim dan Amri turun melompat dari motor tersebut. Semua mata diwarong Pak Din memandang tepat aksi berok dua ekor tersebut.


'Bad, aku dengar mak kau nak masuk minang si Leha janda berhias. Betol ke?' sentak Karim kepada Badrul sambil duduk hadapannya.


'Nampak sangat mak ko dah tak sayang kau dow. Yela, tibe-tibe je mak kau nak masuk minang dengan janda tu. Kan ke pelik namenye tu.' Amri menyampok.


'Korang tak taw cite. Aku dengan Leha tu dah lama berkenalan kat fesbuk selepas kematian laki dia aritu. Aku lah tempat dia mengadu dan melepaskan kesedihan dia. Korang pon taw yang dia selai sepinggang je terkontantang-kanting kat hujung kampung tu.'


Emosi Badrul kian berubah.


********************


Leha Binti Sukidin, janda berhias yang misteri dan dipandang serong oleh orang kampung. Kisah misteri si Leha menjadi buah mulut orang kampung apabila kelima-lima arwah suaminya didapati mati secara misteri selepas malam pertama bersama Leha. Terdapat kabar angin mengatakan bahawa punca sebenar kesemua arwah suami si Leha adalah dari sebuah Jeram Puaka bersebelahan dengan rumah Leha. Dikatakan jeram tersebut akan meragut setiap nyawa yang berkahwin dengan Leha. Dan oleh sebab itulah si Leha dibenci dan dipandang hina oleh orang kampung oleh sebab misteri jeram tersebut yang berkait rapat dengan hidup beliau.


********************


'Tapi kau sendiri tahu kan yang.....' kata Karim dipotong que oleh Badrul.


'Ya, aku taw. Aku taw dia tu misteri nusantara sikit. Kesemua laki yang kawin dengan dia, semuanya arwah pada malam pertama. Tapi who cares? Aku tak caya bende-bende mistik ni. Kurafat sume tu.'


Karim dan Amri terkejut dengan kate-kate Badrul. Semua orang di warong itu memandang Badrul termasuklah Pak Din sendiri. Jelas bahawa keputusan Badrul itu amat mengejutkan mereka terasa ingin mengadu kepada Aduan Rakyat pula gamaknya.


'Aku taw korang suma tak suka dengan si Leha tu! Aku taw korang mesti pikir dia tu ada bela hantu sume! Tapi aku lebih mengenali diri sebenar si Leha tu! Dia seorang yang baik hati dan penyayang! Aku tetap akan kawin dengan Leha! Titik! '


Badrul memberi amaran kepada semua orang diwarong Pak Din tersebut dan terus berlalu pergi dalam keadaan sedikit emosi. Cinta si Badrul kepada Leha amat mendalam.


'Asal mamat tu emo lak?' tanya Karim.


'Tah. Mabok todi kot.' jawap Amri ringkas dan padat.


'Sah, Leha dah serapah si Bad tu.' Pak Din mencelah.


********************

Hari ini adalah hari yang paling indah bagi Badrul dan Leha. Majlis pernikahan mereka yang dibuat secara kecil-kecilan di surau Kampung Lebai Misai dihadiri oleh saudara-saudara terdekat sahaja. Badrul tidak berkecil hati langsung bila orang kampung tidak hadir ke majlis penuh bermakna beliau kerana dia tahu yang orang kampung tak suka akan beliau bersama dengan Leha.

Malam sudah menjelma. Perasaan Badrul kian bercampur-baur. Perasaan gembira, suka, takut, bangang, cilakak semua berkecamuk didalam hati Badrul. Malam ini adalah malam pertama bagi Badrul dan malam kelima bagi Leha. So, advantage memihak kepada Leha. Badrul menjadi lebih low self-esteem dan kurang berkeyakinan.

'Abang Bad...' suara manja Leha memanggil Badrul.

Nafas Badrul kian berdengus. Gelombang-gelombang nafsu Badrul kian memuncak selepas mendengar suara manja si Leha. Badrul memandang tepat kearah susuk tubuh Leha yang sedang berkemban dan mengiurkan itu. Ditatap tepat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki si Leha.

'Ye baby. Nape baby?' tanya Badrul dengan macho dan galaknya.

'Kite mandi kat jeram dulu ye.' kata Leha lalu menarik tangan Badrul dengan lembut dan manja.

Badrul ibarat dipukau dan hanya mengiyakan aje keputusan Leha dan pergi ke jeram yang terletak bersebelahan dengan rumah mereka.

Kecebuurrr !!!

Badrul terjun tiruk dengan rakusnya ke jeram tersebut. Nafsu Badrul sudah tidak tertahan lagi. Sifat gelojoh dan rakus sudah tidak dihiraukan lagi oleh Badrul. Yang ada didalam kepala Badrul hanyalah Leha, Leha dan juga Leha.

'Cepat la baby, abang tak tahan dah ni.' tegur Badrul tanpa segan silu.

'Sabar la abang, abang toleh la belakang dulu. Baby nak bersalin jap. Abang takmo ngintai taw. Baby gigit karang.' Leha memberi amaran dengan manjanya.

Badrul terus menoleh membelakangi Leha. Semua arahan Leha dituruti Badrul tanpa sebarang tentangan.

'Dah ke baby?'

Badrul sudah tak tertahan lagi. Kini nafsu Badrul sudah menguasai diri Badrul. Badrul dengan pantasnya menoleh kearah Leha.

Betapa terkejut besarnya Badrul apabila melihat si Leha sedang leka berak di gigi air jeram tersebut. Sungguh cinabeng perangai si Leha pada ketika itu. Seluruh badan Badrul menjadi kaku dan tak semena-mena Badrul diserang stroke secara mengejut di jeram tersebut.

'OMG !!!"

Itulah kata-kata akhir arwah Badrul sebelum orang kampung menjumpai mayatnya terapung-apung di sekitar muara sungai. Tidak siapa yang tahu akan punca kematian si Badrul. Dan hingga ke hari ini, kisah misteri si Leha dan Jeram Puaka tersebut menjadi buah mulut orang kampung.

Puaka sungguh pangai si Leha.

Sekian.


12 comments:

Sir Marcello said...

vavi sungguh lu punya story...tak seram lgsg~

En. Reen said...

Sir Marcello: wakakakaka lu dah kene game..ekekeke nak seram2 gi layan Ilmu Ghaib la..ekeke

Cik Bee~! said...

buruk toi perangai leha tuh.....
iskiskisk....

En. Reen said...

Cik Bee~!: jgn tiru aksi beliau...ianya boleh meragut nyawa insan yg tak berdosa...ekekeke

Unamn said...

^_^ story best ekekeke

achik ezam said...

story dh best...tang ending mcm nk pukol2 je pembuat citer nieh..

ahahahhahaha...

En. Reen said...

teddyuna: hahaha tq2 beri2 mach

En. Reen said...

ezam: takmo pukul saye..pukul penerbit..ekekekek dia yang bersalah~

nur said...

kakaka.. lawak lawak

En. Reen said...

nur: anda terasa lawak??

taip ON KELAKO_LA_ABG_NI_AHAKS

dan hantar ke 32999.

Faizalpj said...

suka novel ke
Salam Ramdhan pohon seribu kemaafan..jln2 di sini..entry terbaru di Pujangga Malam

En. Reen said...

Faizal@PeJAY: tak penah bace novel..tapi suke merepek..ekekeke ok2 nnti saye singgah..
salam Ramadhan~

Related Posts with Thumbnails