August 01, 2010

Aku Sebatang Pen (Jilid 1)



Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat pen yang terkemuka di Thailand. Aku dilahirkan tepat pada jam 10.45 pagi waktu tempatan dan jatuh pada tarikh 31hb Ogos 1999. Kalau aku lahir kat Malaysia ni, lebih kurang macam anak Merdeka la. Tapi malangnye aku tak dilahirkan kat sana sebab khabar angin ade mengatakan Mak dan Bapak aku kawin lari di sini. Tahla, persetankan itu sume. Aku diberi nama Papermate. Kadang-kadang aku terasa nak melempang saje muka sesiapa yang bagi nama yang agak basted itu kepada aku. Tapi malang sekali aku tidak berdaya. Memandangkan aku ni berjantina lelaki, ingin juga menamakan diri aku ni sebagai M.Nasir ke, takpun paling koman Jamal Abdillah. Barulah ade market orang kate. Takke celaka namenye tu.

Hampir seminggu aku ditempatkan di sebuah stor. Disitu terdapat banyak spesis pen yang seangkatan dengan aku. Tapi yang aku pelik, dorang sume tak nak bergaul dan berkawan dengan aku. Masing-masing kalau boleh tak nak duduk berhampiran dengan aku. Bukan setakat tegur dan memberi salam sebarang dua, tapi dijeling atau dihulurkan jari tengah pun tidak sama sekali. Punyer la hina habaq ang.

'Kenapa? Aku ni tak kacak ke? Kenapa mesti ade sifat diskriminasi disini?' kata aku dengan lantangnye di stor terbabit.


'Amacam? Ade setai (style) tak?' kate Edward dengan bongkaknye.

Suara lantangku yang menggamit suasana di stor terbabit telah menarik perhatian kesemua pen-pen disitu. Semua mata memandang tepat kearah tubuh kering aku. Aku terkesima. Tapi selepas tiga saat, mereka semua kembali berborak dan buat hal masing-masing tanpa mengendahkan kata-kata aku tadi.

'Vavi !'

Itulah kata-kata terakhir aku sebelum aku buat-buat pengsan dengan harapan dapat mencuri perhatian ramai di dalam stor terbabit. Tapi apekan daya, ianya hanya sia-sia. Celaka aku kate. Dan aku pun terus terlelap.

********************

Tiba-tiba tidur lenaku diganggu oleh satu cahaya yang bersinar terang dari kelopak pintu stor tersebut. Ku lihat sebujur tubuh manusia gagah perkasa pekat likat hitam legamnya masuk kedalam stor terbabit. Diriku dan pen-pen yang lain telah diangkat dan dipindahkan kedalam lori muatan sederhana.

'Vacation.'

Itulah ayat yang terngiang-ngiang didalam kepala hotak aku ni. Aku memang dah lama sangat tak gi bercuti. Layan gi Phuket ok gak. Bak kate orang dulu-dulu, 'alang-alang bil air dah tertunggak, gi jalan-jalan ok gak! '. Wadafak disitu. Tapi tekaan aku itu tadi terus padam pabila terdengar perbualan pen-pen yang berada didalam lori tersebut.

(nama-nama mereka adalah rekaan semata-mata)

Zaiton: Weh Nab, kite ni nak dibawak kemana ni weh? takot dow aku. (sambil menggigit jari)

Zainab: Ntahla Ton oi..aku sendiri tak taw. Tapi dengar-dengar cite kite nak dibawak ke Malaysia. Adoi, dahla passpord tak renew lagi ni. (sambil membelek-belek dompet)

Zainal: Inilah dinamakan Pemerdagangan Orang. Jadi pelacor la kite sume nanti kat sana. (sambil menghembus asap rokok Winston Light)

Itulah perbualan dorang yang aku dengar tadi sebelum si Zainal di-riot secara berskala besar oleh geng-geng Zaiton dan Zainab tu. Memang betul kata si Zainal itu, kami semua dibawa masuk ke Malaysia secara sah bukannya haram. Sungguh syaitan si Zainal tu buat takut aku je. Perjalanan ini memang agak lama. Aku dah masuk enam lapan kali terlelap dalam lori ni. Macam-macam karenah aku tengok pen-pen yang lain menghiburkan hati bagi mengelak kebosanan. Ade yang buat dikir barat, ade yang main Royal (Black Jack), tapi kebanyakannya melelapkan mata je la.

********************

Tidak lama selepas itu, pergerakan lori tersebut terhenti. Aku terus tersedar dari lenaku. Pintu lori dibuka rakus oleh brader yang aku nampak aritu. Kami semua diangkut sekali lagi dan dipindahkan ke sebuah supermarket yang besar disekitar Kangar, Perlis. Aku sempat melihat papan tanda supermarket tersebut. The Store ! Giler, punyela menyesal aku, ibarat nak membunuh diri je disaat ini. Mesti aku akan dipandang hina oleh rakan-rakan Fesbuk aku pasni sebab berpindah ke The Store kat Kangar. Terasa harga saham aku akan downward sloping selepas ini. Takke celake namenye tu.


The Store ibarat Mid Valley di Kangar.

Diriku ini terus sahaja disusun dan diaturkan pada rak-rak khas didalam The Store tersebut oleh seorang makcik separuh abad usianya itu.

'Dajei sungguh, stok baru dok mai arini aku lak yang kena susun. Pelaq la ang Sukirman.' ngomel makcik tersebut sambil membuat muka mintak kaki.

Aku saspek makcik tu mesti tengah ngutuk boss dia disebabkan kemalasan beliau membuat overtime menyusun kami didalm rak ini. Sungguh tak redha makcik tersebut. Terasa ingin memberi motivasi sebarang dua kepada makcik tersebut. Tapi ku batalkan niat itu disebabkan risau diapa-apakan oleh beliau. Wadafak.

********************

Hari kian berlalu, tapi diriku ini masih tidak dibeli lagi oleh sesiapa. Rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah ramai dibeli. Tetapi aku masih lagi tercegat disini mengadap makcik yang tak redha tu dengan manusia-manusia yang lalu dihadapanku ini tanpa menjeling sedikit pun kearah diriku ini. Tiba-tiba aku terasa ingin membuat upacara memandi bunga ataupun mandi junub bagi menyucikan diriku ini. Celaka lagi sekali disitu.

Tiba-tiba...

Shah: Weh der...jom gi rak jual pen tu jap. Sok test dow, sepatah haram pen dan alatan lain aku dah takde. Dajei sungguh.

Mat: Ang memang. Manjang minjam je keje. Cam setan. Jom.


bersambung.....

********************

Apakah yang akan terjadi kepada Papermate selepas ini? Siapakah malaun dua orang tersebut? Kite nantikan sambungannye.


p/s: Panjang sangat, terpaksa sambung.hehe


18 comments:

ザ-sylver- S said...

salah!
the store umpama Klcc bg kangaq...

En. Reen said...

ザ-sylver-shooter: wakakakakakak terbaek...guwa pernah jejak kot kat situ..sungguh hapening~~hahha

Sir Marcello said...

macam pelaq!! ada kata the store cam mid valley..

mankaq yang nak beli pen tue cam aku kenal jer...keje beli pen~

En. Reen said...

Sir Marcello: wakakakakka mid valley kangar kot..hahaha
hahhaha kalu ang kenal kire baguih la ang ni na..wakakak

Unamn said...

^_^ sungguh kelakar

En. Reen said...

teddyuna: aik lom bersambung pon kelako lg ke?ekekeke tq2

azmiramin said...

the store dah nk bungkus coz kat arau dah bukak c-mart...haha.yg setan 2 ekoq tu aku mmg kenal sngt2...

En. Reen said...

azmiramin: aku dah agak the store mesti tak leh lawan c-mart..hahahah anda kenal? hahaha good2.

Sir Marcello said...

saya memang kenal mankaq2 yang banyak peel masa nak exam :P

achik ezam said...

setory cam gampittttt..

ahahahhahaha...

agak2 kolo masas dekola rendah dulu buat karangan mcm ni mesti style~



nice.nice!!!!!

Cik Bee~! said...

sambung la cite ni cpt..xsabaq nak taw..hahhaha..pe jadi ngn pen pastuh..adakah?..apakah?...wkakakaka..
hahahhaa

En. Reen said...

Sir Marcello: sedara ang kot depa tu...sedara sekatil ang..wakakka

En. Reen said...

ezam: gampittt takpe..jgn gam*tuutt*...wakakkaka

aah dulu aku wat karagan camni la kat cekgu...
pastu cekgu aku dikejarkan ke hospital sbb pendarahan di kelenjar medula oblogata..wakakka

En. Reen said...

Cik Bee~!: sabo...sabo...nak sambung la nnti...ekekekke

Sir Marcello said...

madafaka sungguh~

shah said...

nohorom btoi..
stelah u amati..nama ku tersenarai sbg pbeli pen tersebut..cam pelaq btoi...hahaha

En. Reen said...

Sir Marcello: tu tu...owner saspek dh bersuara dh..ekekke

En. Reen said...

shah: eh?? manada...tu shah lain la..eiii pasan..wakakakkaka

Related Posts with Thumbnails