August 05, 2010

Aku Sebatang Pen (Jilid 2)


.........sambungan


Aku melihat dengan mata kepala hotak aku sendiri dua kelibat jejaka melayu yang tak sekacak mana jalan terkengkang-kengkang kearah rak stationary yang aku diami selama ini. Aku lihat pen-pen seperjuanganku yang masih tak terjual lagi sedang sebok menghias diri dan membuat muka kiut dan suwit (sweet) dengan harapan malaun-malaun tersebut akan menyambar dorang dan terus membuat pembayaran di kaunter. Tapi aku? Aku hanya relek dan maintain kacak dan berharap malaun tersebut tak membeli aku. Sekor-sekor muka nak mintak kaki, takmo aku dow. Wadafak.

Mat: Weh Shah, aku nak bagi satu ayat, ang sambung lak taw. (sambil belek-belek pen)

Shah: Pelaq toi ang ni, aku dok serius cari pen, ang lak sebok nak bergurau senda dengan aku lak. Ha pa dia?

Mat: Ok, ready ye. Pen merah, pen biru.... Ha sambung...sambung.. (sambil wat muka excited)

Shah: Pen merah, pen biru.... U marah, wadafak wif U !!! (wat muka ketat)

Mat: (terus wat muke tensen lalu mencari-cari pembaris di rak bersebelahan)

Cinabeng. Sikit punye basted cara dorang bersembang di khalayak ramai. Aku perasan makcik yang dari tadi tengah sebok-sebok memilih water colour untuk anaknya, teros menarik tangan anaknya lalu beredar dari situ dalam keadaan cemas dan kalut. Celaka disitu. Perasaan aku semakin membuak-buak supaya diriku ini tak menjadi pilihan dorang berdua tersebut.

'Ya tuhanku, kau jauhikanlah diriku dari golongan-golongan seperti ini. Ku memohon kepadamu.' aku berdoa dan berharap didalam hati.

Shah: Haaa... Jumpa pon. Dah jom der, dah jumpa dah.. Jom bayar pastu singgah Fatin Corner sat, pastu shoot balik umah teruih baq ang.

Mat: Hurmm...yela.. (masih kecik hati pasal hal tadi)

'Demit !! Kenape kau pilih aku ha syaitan???' kata sanubariku meraung-raung.

Aku menanges teresak-esak meratap kecelakaan nasibku ini didalam plastik beg The Store tersebut hinggalah aku terlelap. Wadafak sungguh kurasa ketika itu.

********************

Ku cube membukak kelopak mataku ini. Ku lihat diriku sedang berbaring diatas meja. Aku saspek ini adalah meja study kerana terdapat beberapa helaian nota berselerakan diatas meja tersebut. Sah budak mereng tadi seorang yang rajin dan kuat mentelaah. Tiba-tiba aku tersentak dan secara otomatiknya membuang segala puji-pujian kepada basted tersebut bila ternampak sebujur tubuh hanya ber-boxer sedang terbaring tido terkangkang di bawah meja. Gile selebet budak ni. Aku sudah terbayang betapa gelapnya masa depan aku dalam masa seminggu lagi.Cilakak disitu.

'Saye bukan Shah yang dimaksudkan dalam cerita bangang ini. Maseh.' bidas Dato' Shah Rukh Khan ketika ditemubual Melodi.

Ownerku ini bernama Shah, seorang student disalah sebuah Institut Pengajian Awam yang popular di Perlis. Mengambil Ijazah Sarjana Muda tapi aku kurang pasti lak jurusan ape. Ah ! persetankan sume tu. Aku watak utama, bukannya dia. Wadafak.

Seratus peratus hidup aku hanya duduk di rumah. Tidak pernah dibawak pergi ke kelas ataupun study group. Nampak sangat kewujudan aku tidak bermakna dalam hidup dia. Takpe, aku redha. Paling aku tak tahan bila kawan-kawan serumah yang sama basted dengan owner aku ni tidak putus-putus menggunakan aku tanpa meminta izin tuanku dahulu. Lihatlah disini, dengan mudah saje aku diperkosa dan diratah sewenang-wenangnya oleh orang lain. Reaksi tuanku si Shah tu? Hanya membiarkan saje sambil ketawa terkekek-kekek dan kadangkala terbarai-barai. Sungguh wadafak disitu.

Aku hanya berdiamkan diri disitu tanpa sebarang komplen atau sumpah seranah. Ku tadah tangan tanda bersyukur. Ku bersyukur masih ade insan yang bangang mulia sanggup mengambil aku untuk berkhidmat untuknye...dan juga rakan-rakan beliau. Demit.


********************

Pada suatu malam, hidupku telah mula berubah sejak kejadian malam tersebut.

Mat: Weh, sok test Prof Wan dow. Aku sepatah haram tak study lagi ni. Damn la.

Shah: Abis ang ingat aku study la. Aku pon dok tido je keje. Sok kite tawakal je la tanpa sebarang usaha. Kehkehkeh. (terbarai ketawa)

Alip: Palotak korang. Aku baru ingat nak tiru korang sok. Tak boleh harap tol. Nyesal berkawan dengan korang. (sambil tarik muka celake)

Shah: Alaa cam tak biasa lak. Toyol la pa lagi. Tak yah bajet suwit nak pulun study last-last minit ni. Toyol la jalan penyelesaian kite. Miyahahaha.

Mat: Itu aku sokong. Tapi macam mana carenye?

Shah: Kite tulis toyol kat ketas kecik-kecik, pastu selit-selit la kat mana-mana. Pastu pas-pas la. Kan aku ade tuuuuu.... (sambil memuncungkan bibir menunjuk ke arah aku)

Mat: Cantekkk !!

Alip: Aku taknak tulis. Tulisan aku cam cacing kerawit. (sambil beredar dari bilik)

Bedebuk !! 

Kepala Alip dihinggapi sebuah buku nota yang dibaling secara tepat oleh Shah. Aku hanya menggeleng tanda simpati diatas kebongokan mereka. Cilakak.

********************

Pagi yang dijanjikan telah menjelma. Tuanku mempersiapkan aku. Diletakkan aku didalam kocek bajunya. Dan lalu dibawakannya aku ke kelas. Aku terasa seperti raja sehari pada pagi tersebut. Tak pernah aku rasakan sebegitu rupa. Perasaan aku? Biase-biase je sebab memang telah ku tahu yang tuanku berbaik-baik ade makna dengan aku ni. Takpe, korang tengok je la nanti.

Semasa di dalam kelas ujian, rakan-rakan serumah dengan tuanku duduk bersebelahan dengan beliau. Segala strategi telah mereka rancang malam tadi sudah hampir menjadi. Toyol-toyol dalam bentuk cebisan kertas kecil telah disumbat-sumbat diatas kepalaku. Penutup kepalaku ditutup ketat-ketat supaya toyol tersebut tak kantoi oleh Prof Wan. Sungguh perit dan sengketa ku rase pada ketika itu.

Taktik peniruan atau membawak toyol ke dalam bilik-bilik ujian adalah amalan rutin dan normal kepada student-student yang bangang tak nak study siap-siap. Kerana pada mereka, study ketika hendak menghadapi ujian adalah untuk golongan nerd dan skema saje, tidak pada mereka. Wadafak. Tapi yang menjadi permasalahan sekarang ni, KENAPA AKU YANG MENJADI MANGSA ROGOL JENAYAH ?? Tiada orang yang menjawap. Sungguh syaitan.

Diriku ini di pass-pass kepada rakan-rakan yang lain kerana bagi mereka Sharing is Sexy Caring. Sungguh pathetic ! Kata aku dalam dialek British.

********************

Tapi, kesabaranku ini sudah pada tahap klimaks. Berbekalkan iman didada ini, aku sudah cukup fedap dengan jenayah dorang ni. Aku nekad, aku kene lakukan sesuatu. Aku menunggu peluang yang sesuai.

Ketika Alip nak memulangkan diriku ini kepada tuanku, si Shah, aku dengan sengaja membukakan penutup kepalaku ini dan seraya itu melimpah-ruahlah toyol-toyol yang berada di kepala ku ini. Nak dijadikan cerita, Prof Wan lalu di depan dorang. KANTOI !!!

Kedua-dua mereka (Alip dan Shah) dihalau keluar kelas dan diberikan telo (0) sebagai markah ujian dorang. Mat? Dia tidak kantoi kerana pandai berpura-pura menjawap ujian seperti ingin skor dalam subjek tersebut. Padahal dia pon sama setan, cume nasib menyebelahi beliau. Celaka.

********************

'Macam mana leh kantoi dow?' kata Shah keraguan.

'Tahla, tetiba penutup yang terselit toyol-toyol kite tu terbukak sendiri.' kata Alip sambil menuding kearah aku seperti ingin menyalahkan aku.

'Aku dah agak dah. Mende ni la yang menganjeng kite dan menyebabkan kite dapat kantoi test kali ni. Setan.' marah si Shah lalu dicampaknye aku sekuat-kuat hati beliau sambil berkata...

'Bodoh punyer LIQUID.....ke nerake lah kau !!!'

********************

Aku tersentak. Hati kacaku ini berkecai. Harapan ibubapa ku yang ingin melihat aku ke jinjang pelamin menara gading hancur. Bukan kerana si Shah tu, tapi kerana kebodohan aku sendiri yang baru tahu yang aku ini sebatang....

LIQUID PAPER berjenama PAPERMATE.

Cinabeng !


TamaT


8 comments:

Anonymous said...

gurl: banggang dowhhh

En. Reen said...

gegurl: sapa dow?? wakakakakak demit .

Sir Marcello said...

Masculine guyz: bangang kuasa 2...

En. Reen said...

Masculine guyz: bangang punca kuasa dua kan balik..ekekekeke

Cik Bee~! said...

-tulisan cam cacing kerawit~...sedap la plop ayat ni..hahhaa
eitt..bahse pnxceritaan ni sgt bagus..mngelikn ati la..huhu..
-tapi watak2 dlm ENTRY ni cam toi je...hahahaha..
sy kenal x???..knl x???...hahaha...
jujur en.reen..huakakkaa

En. Reen said...

Cik Bee~!: wahhh cam pengkritik lak..ekekeke ya! anda kenal watak2 tersebut..ade di fren list FB anda..ekekeke

Unamn said...

hehe the best la en reen..=)

En. Reen said...

teddyuna: tqvm una..lalalal

Related Posts with Thumbnails