July 09, 2010

Janji Seorang Sahabat

Tengok tajuk entry je dah nampak sangat guwa nak tarok entry ala-ala islamik dan ilmiah duniawi untuk dikongsikan bersama Pantene korang. Maaflah, sungguh jauh tersasar spekulasi korang tu.

So, apa kejadahnya motif sebenar entry kali ni ?

Entry kali ni guwa sedaya upaya make it short and spicy bagi menyempatkan guwa nak gi semayang jumaat japgi.

Pada suatu hari, guwa telah dikejutkan oleh sahabat donia dan akhirat guwa iaitu Lampard Ibrahim Mat Mohidin atau panggilan pena-nya iaitu Bang Baem. Beliau telah meng-PM (private message) guwa kat Fesbuk.


Baem: Weh bro...aku dah bace entry terbaru ko dah...

Guwa: Owwh okay-okay. Tapi takkan bace je kot? Sila la komen amjadah sepatah dua gak. Barula remaja liar orang kata. Hahaha

Baem: Hahahaha. Dah..aku dah komen siap kutuk-kutuk sekali...

Guwa: Thats what i'm talking about...thank bro...


Guwa dengan pantas pi bukak blog ni untuk melihat apala yang si malaun ni kutuk-kutuk. Haha. Guwa teros klik kat komen tu. Guwa bace dan guwa tatap betol-betol username dia..

'Aik?? Budak ni ade account Gmail ke? ' kata guwa dalam sanubari yang bekeceramuk ni.

Guwa klik kat nama dia.


Klik


Maka terpaparlah User Profile si Baem ni.
Tanganku teros menggeletar.....
Peluh-peluh jantan menitik ke bumi.....
Mataku tak kelip-kelip melihat gambar di bawah ni.....




Menggelupor aku ketawa aritu bila si Baem ni wat lawak kasar dengan aku. Bro ni dikira lawak kasar dow. Jangan wat camni selalu. Tekanan darah rendah aku nanti. Hahahahaha celaka.

Bang Baem ni adalah seorang Polis atau dalam bahasa manisnya, Pengaman Tanah Air kita. Dah 2 tahun lebih mamat ni jadi polis.


Guwa ingat Polis kat Malaysia ni buat Roadblock je, rupe-rupenye ada gak Polis buat Blog. Tersekat pemikiran logika guwa angkara durjana lu Baem. hahaha.


Guwa sebenarnya dah janji dengan Baem ni ni tolong promote Blog dia. So, terjawap la sudah kenapa entry singkat ni di-publishkan. Damn.

So, barangsiapa ingin mendekati isi hati serta emosi seorang anggota Polis yang bernama Ibrahim ni sila la...

Di Sini kuat-kuat.






p/s: Bro...promotion guwa dah jalankan. So, sila submit gambar awek aritu kat emel guwa ye. wakakakakaka.



Titanic Dan Piala Dunia

Guwa sekarang ni terlalu busy dalam projek AquaBina mengemas rumah. Setiap hari guwa celikkan mata je, teros tender-tender baru untuk mengemas rumah akan diberikan secara paksaan oleh Puan Emak kepada guwa. Guwa sebagai anak Melayu yang tamak dan sopan santun tetap akan mengambil tender tersebut walaupun pulangannya tak setinggi mana. Maka dengan ini, guwa rasa ianya boleh dijadikan alasan kenapa guwa liat sangat nak tarok entry-entry baru.


Guwa bukak fesbuk, guwa tengok kelibat-kelibat anasir luar sedang cebok sebok menge-post status



"ade pcaye SOTONG....manusia yg xda AKAL pecaya binatang yg Xda AKAL lngsung...hahahaha "
"ok ok Germany kalah. Tepat ramalan cik sotong. Boleh cik sotong ramal dengan siapa saya akan kahwin and bila? boleh tak? boleh laa. please? :D "
"rasa perit macam putus cinta!!!!!!!! "
"I miss U soooo much la bb.....muahxxx"

Come On la guys !!

********************


Game German vs Spain malam tadi cadang-cadangnye nak ajak geng yang lain pi tengok kat mamak mana-mana. Barula meriah sikit sambil menganjeng aney-aney kat situ. Tapi Encik Malek telah beri arahan untuk mengejutkan beliau tatkala game dah start. Nak tak nak, guwa iya kan je la.

Maka itu, guwa stay je la kat umah sambil berdoa siaran langsung ade kat TV1 atau TV2 (takde Astro). Puan Emak dah pun melelapkan mata di dalam bilik. Encik Malek sedang baring ditengah ruang tamu ibarat satu bumper tinggi yang dan boleh menyagat kereta-kereta yang agak lowed. Huik ??

Berbekalkan kuasa Veto (remote TV) ditangan Encik Malek, beliau pun memicit-micit (uik?) remote tersebut.


"Klik"


TV2


'Well...bla..bla..Rose...bla..bla..Jack..bla..bla..U jump...I jump...bla..bla..' kedengaran dialog tu dari TV dan aku rase aku penah dengar dialog ni.

Encik Malek terkebil-kebil.

'Hekeleh !! cite Titanic dorang kuarkan time demam Piala Duniawi ni..' kata guwa dengan bongkak tapi mata tak kelip-kelip tengok Rose dan Jack berborak kat atas kapal tu. Cilakak.

Tidak semena-mena guwa dgn Encik Malek pon terlayan cite Titanic tu. Encik Malek pon teros mengajukan beberapa soalan tentang kapal tu kat guwa. Guwa sebagai salah sorang krew yang terbabit dalam
Misi Pencarian Titanic tu pon menjawap soalan beliau berdasarkan bukti sahih dan kukuh. Wadafak.

Tapi guwa cukup terkilan tatkala babak melukis dan babak di dalam kereta tu. Kenapa dipotong wahai TV2? Babak tu amat penting taw. Sebab tanpa babak tersebut, para penonton tidak akan paham
ending cite Titanic tersebut. Haha. Celaka.


Tapi guwa respek kat Musician yang dok main lagu bila Titanic nak karam tu. Giler gempak, guwa rase cam nak je join dorang main sekali dengan berbekalkan gitar kapok guwa ni. Orang dok heboh nak selamatkan nyawa, dorang leh pulun lak bagi background music. Cilakak.


Tapi papahal pun cite Titanic ni memang legend la baq ang siap membe-membe guwa dulu beli CD cite Titanic untuk dijadikan kenangan dan rujukan sejarah bagi dorang. Mana la taw kot-kot kat sekolah nanti cikgu ade tanye pasal kapal Titanic tu. Boleh la dorang jawap dengan yakin dan saksama. Sembang puaka ! Lu ingat guwa tak taw yang lu sebenarnya nak tengok babak yang telah dipotong tu. Wadafak.


********************


Guwa lihat jam dah 2.00 pagi. Encik Malek teros memicit (uik?) remote ke saluran TV1. Ok cantik.. TV1 ade live..

Guwa teros ke dapur masak air dan membuat air Kopi Kapal Api (Betul-betul Kaw) sebarang dua. Siap je kopi guwa buat. Teros je sepakan mula kedengaran.

Guwa dan Encik Malek pon teros kusyuk melihat perlawanan tersebut. Sesekali guwa terdengar bunyian Vuvuzela yang datang dari arah bilik Puan Emak. Guwa senyum tanda paham. Kadang-kadang guwa terkejut tibe-tibe Encik Malek menjerit-jerit tatkala bola melayang hampir menyinggah gawang gol. Wooooo !!! Suara beliau sorang je dah macam suara 10 orang lelaki dewasa. Risau gak takut-takut jiran datang ketuk pintu umah sambil bawak obor. Damn.

Half-time punyer la boring tahap menggelupur. Encik Malek siap tido sekejap kadang-kadang terdengar Vuvuzela dari beliau pulak.
Second-half baruwa barula nampak sengit skit. Spain tetap tangkas bermain dan German pula ibarat melepaskan hingus ditangga. Wadafak.


Dan pada minit 73' guwa time tu hanya membuka sebelah sahaje mata sebab dah ngantok. Encik Malek tak yah cakap la, dah lama beliau tapau awal-awal. Kata-kata beliau yang berkobar-kobar tadi nak tengok sampai abis hanya la dusta semata-mata. Guwa dah kene game. Damn.





Gooooooooll !!!




Tandukan kemas En. Puyol tepat masuk ke pintu gawang German. Takkanla gawang sendirik lak kan. Wadafak. Hanjeng-hanjeng di yang dari tadi menyalak-nyalak di sekitar kawasan umah guwa turut bersorak mengalahkan guwa seraya En. Puyol menjaringkan gol. Taruh besar la tu gamaknye. Celaka disitu.




"Sabarla Tiger, dunia ni memang tak adil" kata Gerard Pique sebelum Schweinteiger menyinggahkan buku limanya tepat ke muka En.Puyol.




Game pon diteruskan lagi. Guwa memang dah agak yang German memang takkan dapat skor punyer kalau main macam tu. So guwa teros buat kesimpulan sendiri yang Spain dah menang. Haha. Guwa pon dah mengantuk sangat dan tak sabar-sabar nak mendengar tiupan wisel dari Reff untuk guwa masuk ke bilik beradu.


'Priiiittttt..priiitttttt'





********************


June 29, 2010

Permainan Di Kala Kecil (Part 2)

Bangun-bangun je pagi tadi guwa takde der nak jenguk-jenguk mentari dah. Guwa capai towel kat pintu pastu teros bersiram.



'Kecebur...Kecebur...Kecebur...Kecebur...Ok done'


Guwa teros on PC. Bukak
livescore.com teros nak tengok result exam match between Argentina and Mexico.

Nah. 3-1 Argentina pulun Mexico. Guwa tak larat la nak tunggu match kol dua tiga pagi ni. Guwa tido berjadual dow. Tepat je jam 2 pagi, dengan tidak semena-menanya mata guwa otomatik off. Nasibla kalau tengah drive ke, makan nasi ke, tepat jam 2 pagi guwa akan pengsan. Wadafak.

Semalam match
England lawan German guwa pulun gi Dataran Merdeka tengok wayang bola kat sana. Puas hati baq ang tengok screen besar sampai bulu hidong Rooney pon guwa leh tengok. Melambai-lambai bulu idong tersebut. Celaka.

Ok. Cukup disitu intro guwa.





********************


Entry yang
LEPAS aku dah cerita sikit-sikit pasal game dulu-dulu yang guwa ceburi. Meh guwa cite lagi meh.


LAYANG-LAYANG

Ni sapa tak taw game ni, pi terjun bangunan la weh. Haha damn. Layang2 ni permainan tradisi sejak dari zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kalau tak silap, kat Muzium Negara ade gambar Hang Tuah dengan Hang Jebat tengah riang bermain layang2 bersama sebagai bukti. Celaka.







Dulu time guwa kecik-kecik dulu, guwa tak mampu nak beli layang2 kat kedai tu. Layang2 kat kedai tu sapa yang beli memang setai baq ang la. Layang2 kat kedai tu ade colour-colour, gamba Batman, Superman, Spiderman dan lain-lain. Sungguh megah layang2 dari kedai ni kalau berada di ruang udara. Tu belum tengok owner layang2 yang sedang mainkan tu. Lagi celaka kemegahan beliau. Damn.

Tapi layang2 kedai ni ade satu kelemahan iaitu
Berat. Selalunya pembeli layang2 dari kedai tu akan cari Pakar Layang2 untuk membuat 'rawatan' keatas layang2 tersebut bagi membolehkan ianya berterbangan di udara. Contoh 'rawatan' adalah seperti menambah bilangan ekor pada layang2 tersebut.

So, guwa teros mengambil inisiatif terbaik dengan membuat layang2 sendiri. Bukan susah pon. Bahan-bahannyer adalah:

  • Surat khabar lama (amik iklan Dunhill bg mendapatkan colour Merah pd layang2 anda)
  • lidi penyapu
  • Selotape
  • Benang (kiben dari laci mesin jahit Puan Emak)

"Keletang...Keletung...Keletang...Keletung...Dah siap"


Guwa akan tunggu petang-petang skit bagi ade angin masyuk dulu. Mula-mula guwa tak ghairah sangat sebab guwa kena test-drive dulu layang2 tu. Kalau ade kekurangan dan kecacatan pada
daya apungan dan tahap potongan angin (aerodinamik) kat layang2 guwa tu, guwa serta-merta akan sempurnakannya balik.

Bila semuanya dh selesai, barulah guwa ghairah dan riang-ria bersama
Cornflack rakan-rakan guwa. Setiap petang guwa dan rakan-rakan akan berlumba sapa dapat naikkan layang2 paling tinggi. Layang2 sapa yang setakat tinggi tahap sentuh-sentuh awan tu kira biasa je. Layang2 yang tinggi sampai boleh menganggu Satelit Measat kat ruang angkasa tu baru boleh dibanggakan. Celaka.

Guwa memang cukup suka main layang2. Ade skali tu, guwa main layang2 tengah-tengah hari yang terik dan panas. Guwa naikkan je dulu, pastu guwa ikat benang kat batu-batu besar. Guwa balik la pastu petang japgi baru datang balik. Selalunya bila petang guwa datang, layang2 tu mesti dh takde, tinggal benang je. Kadang-kadang benang pon ghaib skali. Celaka. Guwa dongak kelangit dan tersenyum sinis.




'Agaknye kapal terbang dah langgar lari layang2 aku kot. Cilakak'


Tapi takpe, guwa buat baru. Apa adahal !!



BASIKAL HIMPIT

Korang bila dengar je ayat himpit ni mesti terbayang
Nasik Himpit kan. Basikal himpit tu ape lak? Adakah sejenis makanan yang diperbuat dengan care menghimpit-himpit basikal tersebut lalu dijamah bersama sanak saudara dan jiran tetangga ketika di pagi Hari Raya sambil bermaaf-maafan diantara mereka? Sungguh celaka spekulasi anda tu.

Basikal himpit ni lebih sinonim pada kaca mata seorang yang mempunyai basikal. Basikal himpit ni boleh digolongkan dalam
Sukan Extreme tapi ketika itu, Menteri Belia dan Sukan tidak membenarkan basikal himpit termasuk dalam sukan extreme kerana sukan ini lebih bahaya dan kadang-kadang boleh melibatkan nyawa. Wadafak!








Syarat-syarat utama nak bermain
Basikal Himpit ni ialah anda perlulah memiliki Basikal. Barangsiapa yang tidak memilikinya dan hanya mempunyai air mata simpati untuk meminjam basikal, baik pegi balik je la sebelum lu makan tayar basikal guwa ni. Guwa dulu ade basikal racing convert BMX taw. Credit to Ibrahim Mat Mohidin sebagai mekanik aku. Haha.







Permaian ni selalu dimainkan di dalam
court bola tampar. Cara permainannya seneng banget deh. Naik basikal sambil himpit-himpit pihak musuh. Barangsiapa yang jatuh, kaki jejak tanah dan terkeluar dari court dianggap dayus a.k.a Kalah.

Satu lagi syarat nak main game ni adalah
Dilarang Main Terajang. Sapa main tajang-tajang, sah-sah lepas tu ditajang semula. Haha celaka. Permainan ini memerlukan daya mental yang kuat tatkala menahan dan menepis segala tomahan dan saiko dari pihak musuh dalam menghilangkan fokus kita. Ketenangan yang tinggi adalah sifat yang terpuji dalam game ni. Celaka.


MAIN EEEEEEE !!!

Ini adalah sukan yang paling pelik dan kelakar pernah guwa main. Meh guwa cerita sikit game ni. Wakakakaka (
guwa sering tergelak bila teringat balik game ni).

Kepada peminat filem
Hindustan atau Tamil mesti pernah terserempak dengan game ni kat TV. Game ni berasal daripada India (tak taw la selatan or utara). Di India game ni dipanggil "Kabadi" bukan Kavadi yang kat Batu Caves tu taw. Celaka. Nah guwa bagi visual aid skit.





gambar2 kabadi from Google.com

p/s: korang bayangkan la guwa tengah main game ni. Macam setan. Haha


Care permainannye senang je. Dia terbahagi kepada dua team. Kite start dengan team A dulu. Salah sorang team A kene approach team B yg bertindak sebagai pengepong untuk menangkap team A. Team A pula kena menyentuh sorang atau lebih ahli pengepong tersebut dan patah balik ke base team A untuk me'mati'kan ahli team B yg disentuh tadi. Tapi dengan satu syarat, team A tu kene sebut 'Kabadi' tanpa henti atau putus nafasnya sepanjang pusingan tersebut. Kalau tak, team A dikire kalah. Tak paham? Guwa bagi lagi visual aid.

Guwa pon tak taw macam mana ideologi game tu boleh sampai ke
Berek Polis Rawang (umah guwa). Memang tak masuk akal. Nak kata Rawang tu tanah jajahan India, tak jugak. Wadafak la sume tu. Abaikan. Haha.

Game yang kami main tu sama macam
'Kabadi' tu gak tapi yang lainnya adalah pada sebutan. Kami tukar sebutan 'Kabadi' kepada sebutan 'Eeeeeeeeeeee'. Ini adalah untuk mengelak dari menyebut perkataan yang kami tak paham dan mungkin jugak ada unsur-unsur keagamaan yang boleh memesongkan aqidah kami. Hahahahahaha.


Game ni amat-amat la kelakar apabila team yang mengepong telah berjaya menangkap ahli team yang menyebut 'Eee' tersebut. Maka bermulalah adegan gelak terbarai-barai apabila melihat setan tu menyebut 'eeeeeee' sampai hilang nafasnya. Serius kelakar giler. Teammate si setan sebut 'Eeee' tu boleh lak ketawa terbarai-barai tatkala setan tu memerlukan sokongan moral untuk teroskan permainan. Wakakaka macam gampang perangai seko-seko.

Korang paham tak ni? Tak paham dahla..wakakakakak !





********************


Guwa ade banyak lagi game yang best-best time dulu-dulu. Nanti guwa cite lagi. Guwa nak refresh and remind balik game yang guwa main dulu-dulu. hahahaha ingatan ikan, biasala.

p/s: Nak cari baem & fares soh refresh otak aku ni. Wadafak. haha


Krosa Kata:
1. Setai = Style
2. Kiben = Curi
3. Masyuk = Masuk




June 26, 2010

Permainan Di Kala Kecil (Part 1)

Sabtu, 7.45 pagi.


Dari awal lagi guwa dah bersedia. Dari semalam lagi guwa dah bertafakur dan bertapa dalam bilik bagi menenangkan tenaga zahir dan batin guwa.


Pagi ni guwa ada MISI yang menguji tahap kesabaran dan ketekunan guwa sebagai Mantan Naib Setiausaha Persatuan BAFIN (Bachelor in Finance).


Guwa renung tajam tepat kearah pintu bilik guwa. Guwa tunggu kelibat tersebut untuk bersua muka dengan guwa.




'Tok...tok...' bunyik ketukan misteri di pintu bilik guwa.


'Masuk..' jawap guwa ala-ala CEO di salah sebuah firma hartanah yang terkemuka di Kota Dosa, Kuala Lumpur. Celaka.




Kelopak pintu dibuka.


Dan...




'Eh..dah bangun dah? Jom gi pasar jom...' kata Puan Emak tanpa rasa bersalah tapi penuh dengan kasih sayang.




'Baik mak...'




********************

Kali ni guwa nak kongsi pasal game yang guwa time kecik-kecik dulu selalu main. Guwa dulu ada gak la Game Tape kat umah berkat usaha guwa bertungkus-lumus buat keje part time kat Pasar Basah Rawang tu. Ok, tu guwa tipu. Haha celaka. Guwa tak suke sangat main Game Konsol ni sebab ianya tak memberi tekanan dan cabaran dari segi emosi dan intelektual kat guwa. Lagi-lagi Game Kontra. Serius bangang game tu. Tapi guwa dah main sampai lawan boss dah. Wadafak !!

Sebenarnye bukan Game Konsol tu yang guwa nak tipu sembang dengan lu orang. Guwa nak kongsi cerita pasal game-game kampung ni. Budak-budak bandar yang dok baca entry ni sah-sah tak paham. Sian korang. Celaka.


********************


BOLA CAP

Sapa taw game ni sila angkat tangan dan teros menampar diri sendiri cepat. Haha celaka. Pada sapa-sapa yang tak pernah dengar game ni meh guwa kasi short note skit ye. Sian korang. Game die hanya menggunakan bola tennis dan beberapa kerat keberanian dan jati diri yang kuat. Selalunya bola cap dipermainkan di sekitar kawasan lapang. Cara permainannya amat senang. Bila bola cap berada ditangan anda, anda pon teros la cap (baling) kat setan-setan yg anda dah lama berdendam dengan die. Celaka.

Dalam game bola cap ni takde rules. Dapat je bola tu, lu cap la kat sapa-sapa yang lu rase nak baling. Lagi efektif bila lu membaling pada setan-setan yang paling dekat dengan lu supaya kesan kesakitan selepas cap tu berkekalan hingga ke hari ini. Wadafak !


google.com


Secara kasarnya, game ini memang mencabar minda dan emosi serta agak membahayakan si pemain. Lagi-lagi bila bola cap tu berada di tangan guwa. Menggelupur setan-setan tu lari jauh dari guwa. Guwa mempunyai anugerah Tuhan dari segi kekuatan dari membaling bola tersebut. Rekod kelajuan balingan yang masih guwa pegang sampai skang ialah 256 km/j. Cilakak. Spot-spot yang selalu guwa target ade dua je. Headshot and Groinshot. Tengok betapa seriusnya guwa dalam game ni.


google.com


Setakat ni tak pernah pulak setan-setan tu dikejarkan ke hospital atau klinik kerajaan yang berhampiran selepas terkena balingan guwa tu. Paling dasyat pon, ada sorang mangsa balingan guwa telah demam seminggu dan telah dibawa ke bomoh bagi mengubati penyakit tersebut dan beliau disyaki dirasuk oleh Hantu Tetek. Tengok betapa bahayanye kesan sampingan bila kene baling dengan guwa. Celaka.

Terdapat banyak lagi kesan sampingan selepas bermain Bola Cap ni seperti:
  • Tak dapat membuat kerja sekolah sebab mengalami konkusi di bahagian medula oblogata yang menyebabkan kebodohan sehari. 
  • Kesakitan di bahagian telinga selepas dipiat oleh ibubapa selepas terdapat kesan polka dot di baju selepas di cap (apabila bola kotor).
  • Kencing tak lawas kerana bahagian sulit kebas-kebas selama sehari.
Pesan guwa untuk para pembaca yang ngade-ngade nak try game ni ialah sila pakai bola golf untuk kesan yang lebih mendalam. TQ


BOLA KAKI TIGA

Game ni lebih kurang sama dengan Bola Cap. Tetapi game ni lebih kepada strategi dan respon antara pemain. Senang cerita game ni lebih kepada kerjasama antara pasukan.

Dalam game ni, dua team mesti ditubuhkan mengikut kriteria-kriteria dalam Akta Syarikat 1965. 

Cara permainan adalah dengan menyusun 3 keping selipar jepun supaya menjadi bentuk Piramid Selipar. Team A (Nigeria) perlu membaling bola tenis tepat kearah Piramid Selipar tersebut supaya ianya roboh. Selepas robohnya piramid tersebut, maka Team B (Kenya) akan me'mati'kan setiap ahli dari Nigeria dengan cara membaling bola ke arah mereka sebelum sempat mereka menyusun Piramid Selipar tersebut.


Bentuk susunan Piramid Selipar


Maka disinilah bermulanya klimaks game Bola Kaki Tiga tersebut. Setiap team perlu merancang strategi masing-masing dalam memenangi game ini.

Team Nigeria seperti biasa akan menggunakan taktik 'Pembahagi Bayang' iaitu dengan mengumpan dan melekakan team Kenya dengan menggunakan tekanan psikologi seperti mengejek, mencaci, membuat aksi seperti beruk supaya team Kenya menjadi marah dan hilang fokus. Dan bila fokusnya hilang, salah sorang team Nigeria akan menyelinap untuk menyusun Piramid tersebut. Its all about strategy management.

Seperti yang lu orang taw, guwa memang hebat dalam membaling dan me'mati'kan pihak lawan. Tapi guwa ade satu kelemahan yang tak tercapai akal untuk dibayangkan.

Guwa tak pandai susun selipar tu jadi Piramid balik. Wadafak !

Puan Emak pernah menghantar guwa gi Tusyen Menyusun Piramid Selipar tapi guwa tetap sengal dan tak masuk diakal sampai la skang. Tiap-tiap malam guwa prektis kat umah tapi tetap tak jadi piramid gak.. Jadi bende lain ade la. Damn ar..

Nak dijadikan cerita, bila tinggal guwa sorang je yang hidop untuk meneruskan misi menyusun Piramid tersebut bagi memenangi game tersebut. Dari jauh lagi guwa dah dengar teammate guwa ckp.


'Kalah la kita game kali ni...malaun tu bukan taw susun Piramid tu.. Susun sejadah dia taw la...adeh'

'Reen..ko give up je la...orang lain nak main gak weh !!'


Kata-kata yang cukup lahanat untuk guwa terima dari teammate sendiri. Guwa teros moral-down dan lalu menyerah diri je. Celaka. Arghhhh !! macam mana nak susun Piramid ni weh~~~


********************

Emosi guwa teros terganggu skang ni bila diingatkan kembali kelemahan guwa itu.

Ada banyak lagi game-game yang guwa nak cerita ni weh. Tapi guwa lanjutkan ke entry yang seterusnya sebab entry panjang-panjang ni sakit hati gak nak bace. Esok aku sambung lagi ye.

+kembali melelapkan mata+



June 20, 2010

Edisi Hari Bapa

Aku ingat lagi....
Bila aku pertama kalinya jejakkan kaki ke sekolah (Darjah 1), pagi-pagi lagi Ayahku menghantar aku ke sekolah. Sampai saje di sekolah, Ayahku teros membawaku ke kelas. Ayahku pesan kat aku.
"Reen duduk kat kelas diam-diam taw...belajar taw...jangan main-main.. Ayah nak pegi kerja dulu ye..."
Ayahku teros berlalu pergi. Maka duduklah aku senyap dan terpaku sorang-sorang kat kelas tu tanpa ditemani Ayahku. Aku lihat sekeliling semua budak sebaya aku bertemankan Ibu dan Bapa mereka. Seronoknye dorang. Tapi aku...
Takpelah...Ayahku gi keje tangkap orang jahat...


Aku ingat lagi...
Bila dulu time kecik-kecik, aku dengan Ayahku bergurau senda dirumah. Seronok bergurau dengan Ayahku. Ada sekali tu, Ayahku pergi ke tandas.. Aku dengan niat nak bergurau, menutup lampu tandas. Ayahku melenting marah dan teros menjerit depan aku. Aku lihat tangannya sudah meninggi nak melempang aku tapi Ayahku hentikan niat beliau tatkala terlihat Puan Emak memeluk erat tubuhku sambil menangis. Aku berdiri kaku tidak tahu apa kesalahanku.
Maafkan Reen Yah...Reen nak bergurau je...


Aku ingat lagi...
Bila dulu seluar sekolahku koyak kelengkang. Aku dengan malunya menghulurkan seluarku itu kepada Puan Emak. Puan Emak hanya tersenyum melihat gelagat aku. Tanpa disedari, Ayahku merampas seluarku itu dan dirabakkannya di depan mata aku. Maka, tamatlah sudah riwayat seluarku itu. Puan Emak hanya mampu menangis didepanku. Aku berdiri membisu tidak tahu apa kesalahanku.
Maafkan Reen Yah...Reen tak tahu...


Aku ingat lagi...
Bila rakan sebayaku semua gembira mendapat hadiah dari ayah masing-masing. Aku tanya Ayahku..
"Ayah...Reen nak permainan boleh?"
Ayahku hanya diam melihat television tanpa menghiraukan aku. Aku pon berlalu pergi tanpa menyimpan sebarang perasaan merajuk dan kecil hati.
Takpelah, Reen taw Ayah tengah takde duit tu...


Aku ingat lagi...
Bila report card aku ade tercatit tulisan berwarna merah. Aku terketar-ketar memberikan report card kepada Ayahku kerana takut dimarahi. Ayahku lihat, dan diam seribu bahasa. Ayahku jeling tajam ke arah aku. Lalu dicampakkannya report card aku keluar. Aku lari mengambilnya balik takut-takut kotor terjejak tanah.
Maafkan Reen Yah...Reen akan belajar sungguh-sungguh...


Aku ingat lagi...
Bila aku tertangkap memonteng sekolah. Surat amaran sampai ketangan Ayahku. Aku diam menikus ketakutan. Ayahku berang dan mencapai tali pinggang kulitnya dan melibas tepat kebetisku beberapa kali. Sakit. Perit. Sampai sekarang masih terasa kesakitan itu. Ayahku masih tidak berpuashati. Dicapainya gari lalu digari tanganku diluar pagar rumah. Seharian aku dihukum.
Puan Emak hanya mampu menangis tatkala melihat diriku lemah longlai dihukum Ayahku.
Maafkan Reen Yah...Reen janji tak buat lagi...


Dan aku ingat lagi...
Bila aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM Perlis. Aku gembira dan lalu memberitahu Ayahku dan Puan Emak berita ini. Puan Emak turut gembira tapi Ayah? Ayahku diam membisu tanpa sebarang respon diatas berita gembira ini. Lalu kulihat airmata seorang Ayah menitik jatuh dari pipinya berderai ke lantai. Kulihat kesayuan raut wajahnya, kuratap tepat kesedihannya dan baru kurasa kejujuran dan keikhlasan kasih sayang yang selama ini aku tak sedar.
Maafkan Reen Yah...baru Reen sedar kasih sayang yang selama ini Ayah berikan kepada Reen.

********************


Lans Koperal Abdul Malek Bin Basiron

Terima kasih tak terhingga kuucapkan atas segala kasih sayang dan pengorbanan Ayah selama ini menjaga, mendidik dan membesarkan Reen.
Reen Sayang Ayah

+++Selamat Hari Bapa+++



Related Posts with Thumbnails