May 24, 2010

Ibarat Memberi Nesan Jilid 1

Adehhh....harini merupakan hari yg teramat boring..takde aktiviti-aktiviti macam semalam...bangun je pagi teros ngadap PC..pastu seperti biasa Ahmad akan PM aku kat fesbuk menanyakan soalan sebegini:
  • Woi Reen...abah angkat ko takde call ko ke? aku rase kita dh kene pecat la reen...wtf!! lol~
  • Woi pacita harini xde aktiviti ke? takkan nak snooker je...poket nazak ni... (cis..!!)
Aku menggaru-garu kepalaku sambil tersenyum sinis dgn soalan ke-2 mat tu..cilakak..hahah.

Aku dan Mat dah seminggu tak buat keje lagha bersama abah angkatku tu memandangkan minggu lepas sering-kali kami memberi alasan tak nak g keje kerana ade urusan-urusan peribadi...wadafak!! hahaha penipuan semata-mata (tapi ade yg betul)..

"Aku rase abah aku dah majok la Mat..kite asyik ngencing die je..ko rase tak?" wakakak


Sekadar Hiasan



********************

Kalau nak diikutkan, ramai gak yang tak taw aku dgn mat tengah buat part time skang ni...yela..kitorang ni bukan dari keluarga biase-biase je takde la kaya mana (tapi kaya budi bahasa)..kalau nak duit poket, g cari sendirik...kami bukan mcm...........

"Daddy, boboy nak RM1000 nak wat g joli dengan kawan-kawan.." kata si Anak.

"Haa..gi la amik kat kocek suar daddy tu...amik la kalo ade lebeh-lebeh tu..." kata si Daddy.

Wadafak..!! giler senang dpt duit gitu...tapi takpe..aku tak terkilan pon..aku suka cari duit sendirik sebab aku taw kalo aku gune ayat diatas kat bapak aku, dialog dia mesti gini...

"Err ayah...bolehkah Reen meminta duit poket sebarang dua untuk perbelanjaan Reen meluangkan masa bersama rakan-rakan sebaya..?Bolehkah?" kata si Anak dengan tutur kata yg tertib.

"Hurrrmmm~~tarak-tarak" jawap si Ayah ringkas. Si anak membisu dan berlalu pergi ke kamar lalu menanges teresak-esak...Cilakak!! ingat guwa hati kaca ke ape senang-senang nak nanges..hahaha.

Terima kasih buat ayah sebab berjaya mendidik aku menjadi insan yg berdikari...wakaka~ Ok. aku dah start merapu..Shit~

********************

Aku dgn Mat mengukir kerjaya sambilan di syarikat AKJ Marketing (klik sini kalo xcaye) sebagai Sales Representative atau dalam bahase ibundanya Wakil Jualan.

"Mat...agak-agak ko la...ape maksud AKJ tu haa..?" tanya si A kpd si B.

"Alaaa...tu pon x taw ke? kite sbg staff mesti tahu sape majikan kite...AKJ tu stand for Aneka Kerjaya Jenaka..." jawap si B dgn yakin dan tenang.

Waaarghhhkakakakaka....terbarai-barai aku gelak...damn ko mat...ni kalo ade Jard ni kompem sampai malam kite gelak...wakakaka.

Sebenarnya, kami pon tak ingat ape nama panjang company tu...aritu ade ternampak tp dh tak ingat dah..besela, ingatan ikan..4 saat je leh ingat (ini adalah fakta).

Persetankan sume tu, kite berbalik kpd matlamat utama kami wat keje kat situ..Matlamat mcm bese la nak duit..kami diupah sehari RM50 (banyak gak la) utk melakukan modus operandi tersebut 5 hari seminggu. Tiada hitam putih dan kami kena wat keje tu hanya untuk sebulan (May) shj.





Keje kami ialah mempromote rokok-rokok yg dibuat oleh syarikat itu sendiri kepada orang awam tanpa rase bersalah walau sedikit pon...As u all know, Mat dan aku TIDAK MEROKOK (p/s: alhamdulillah aku dh benti mrokok hampir setahun, ade gak try2 skit tp mmg xleh masuk dh..maseh) tapi kerja kami mempromote rokok kat orang lain...lihat betapa 'mulia' nya kerjaya kami..shit~~haha

Ok..sebenarnya aku dh tak larat nak menulis dah ni..stamina kureng la...kekejangan melanda disana sini...wadafak!! pemalas sungguh aku ni...nanti-nanti la aku sambung lagi..trimas kerana sudi membaca..

bersambung.......


May 23, 2010

Kejohanan Snooker Peringkat Gombak Barat 2010


Tahniah..!! Dalam mase yg singkat aku dah merepek 2 entry kat sini...muahahahaha betapa bangganya aku sehinggakan aku terasa nak bersalaman dengan jiran-jiranku...


sekadar hiasan

"Yeenne satti kulla tangki yilek...yeenne adeyy, kilometer kalala....(Alaahh...tenga baru-baru memangla...cube try dalam sebulan tengok..camharam tarak entry)" sindir gelora hatiku dalam dialek tamil.

Aku ingin memberi sekalung bunga pusara dan beberapa ucapan terima kasih kepada Zafran @ Bruno dalam memberi info-info "bagaimana nak menjadi budak poyo yang mempunyai blog-nya yang sendiri.." Terima kasih Bruno kerana banyak ngajo teman...Kalau aku ada kereta lebih, boleh la aku hadiahkan kat ko satu...tapi malang...nohorom..hahah.

********************

Ok..cukup-cukup la dengan mukadimah aku yang telah mempromote Bruno tanpa bayaran sesen pon...Dunia duit dah skang ni bro~...Entry yang aku buat ini adalah sebagai satu penghormatan kepada insan yang mempunyai gelaran 'Mat Spek' dalam arena snooker. Gelaran diberi terhadap beliau kerana beliau sering kali membetulkan kedudukan spek-nya sebelum menjolok bola snooker..Ok, tu aku tipu, guwa saje nk kenekan lu mat..wakaka


sekadar hiasan

Kejohanan Snooker Peringkat Gombak Barat 2010 yang telah dianjurkan secara spontan di Pusat Snooker Sentiasa Bahagia (aku reka) area Samudera, Gombak telah di sertai oleh tiga (3) peserta shj iaitu aku sendiri, Arel The 'Potong' Master dan Amat The 'Long-Shot' Failure. Haha. En. 'Sifu' Din sebagai artis undangan turut serta menjayakan kejohanan ini. Trimas din kerana berjaya menganjeng kitorang. Damn.

Kejohanan dimulakan dengan Pertandingan Cinta 3 Segi @ 3 Penjuru. Aku dan mat masing-masing berkejaran mata antara satu sama lain. Arel kami tinggalkan di belakang tanpa kasih sayang yang secukupnya ibarat menatang minyak yang penuh.

Arel yang lama-kelamaan menyedari dirinya disisihkan, teros mengejar mata kami dengan penuh tekad dan kecekalan. Bersemangatnya beliau seperti bersemangatnya para pelatih yang baru nak masuk PLKN. Dengan berbekalkan Malboro Light 20's dan Milo 'O' ais yg bernilai RM 2.80 (cilakak mahal!), sedikit sebanyak memberi saingan kepada kami.

Tapi pada penghujungnya, Mat memenangi dgn 24 mata, 1 mata lebih dari aku.. Aku tersenyum kambing seketika sambil menerima kekalahan cikai tersebut. Damn.

Kejohanan seterusnya, aku berentap dengan Mat di meja bersebelahan memandangkan Arel sedang sibuk di-nganjeng oleh 'Sifu' Din. Haha. Menempah maut tol mamat tu. Kami (aku&mat) masing-masing mengeluarkan teknik-teknik dan skil-skil yang tak tercapai dek akalmu demi ingin memberi amaran saiko kpd pihak lawan. Antara teknik-teknik & skil-skil yang ade pada kami berdua ketika bermain snooker ialah:


  • Hikmat Bola Putih Ke Lubang
  • Hikmat Bola Terbang Ke Table Sebelah
  • Hikmat Jolokan Palsu (apabila que tak kene bola putih)
  • Hikmat Bola-Bola Magik (bola kaler masuk lubang lain) dsb.
Dan pada penghujungnya kemenangan berpihak kepada Mat sekali lagi setelah mendahului dgn 3 mata. Shit, kalah cikai lg. Takpela, sekali-sekala kite kene la bahagiakan member2 kite ye tak? Haha. Mungkin environment kat venue tu yg dipenuhi mesin-mesin judi dan gadis-gadis lalok berkeliaran yang sedikit-sebanyak mengganggu fokus aku kot. Who knows kan? Wakaka. cilakak giler alasan.

Sekian.

Realiti Dan Fantasi

Salam..

pergghhh tak sangka aku dalam diam tak diam dah pandai (memandai) buat blog sendiri. Ape kejadah yang aku cuba lakukan di sini? Kenapa aku buat blog ni sume? Ape yang aku pikir ini? What this nonsence all about? Otak aku pon tergendala sekejap nak menjawap semua soalan KBKK tersebut..

"Lantak pi la aku nak buat ape pon....." kata hati kacaku ini dalam nada ingin memberotak.

"Hmmm...maybe aku nak lepaskan tahap keboringan aku sambil berjinak-jinak dalam bidang seni menulis ini..." jawap otakku dengan skema.

Mungkin betol gak tu. Aku duduk kat umah ni bukan buat pape pon...hari-hari ngadap PC tua yang masih tak putus asa mendambakan diri untuk di upgrade. Wadafak!! Aku takde duit nak upgrade ko la dow...

Aku semenjak dua menjak ni selalu gak blogwalking (perrghh) kat blog budak2 mana tah aku sendiri tak kenal..Tapi best gak kalau buat blog ni...boleh gak kite luahkan segala info-info yang telah memenuhkan ruang hard disk dalam kepala aku ni...Kire macam wat back-up la lebih kurang..Boleh la gak aku kongsi-kongsi pasal diri aku ni dengan insan-insan yang ingin membuat investigation terhadap aku dalam menyelesaikan kes-kes polis yang masih tertangguh. Damn~



sekadar hiasan

Tapi sebenar-benarnya aku skang tengah dalam upacara menyelidik dan pembangunan (R&D) dalam meng-upgrade blog aku ni....Antara maklumat-maklumat yang aku masih selidik ialah:

  1. Macam mana nak bagi background blog ade gambo weh...?
  2. Macam mana nak decorate blog ni bagi menarik skit weh...?
  3. Macam mana nak letak sound effect kat blog weh...?
  4. Kuwehh...kuwehhh...??? wadafak!!
Aku harap-harap adela insan-insan terpilih dapat memberi feedback yang sebegini:

  1. Wehh...pacita ko wat blog plak...giler poyo bajet adela org nk bace tu..warghkakaka...!
  2. Wargghhhkakakaka giler bajet hang wat blog weh...lagha tol la sume ni...muahahaha
  3. Pesemua ni Reen...?
  4. hahahahah...wakakaka....uhuk..uhuk..
  5. Weh meh sini aku ajar hang, sian kat hang...PM aku pasni...... (haa..ni la yg aku cari..yg len tu hampeh je..shit~haha)

********************

Aku tak taw nak wat penutup camne weh....Bahasa Melayu (Penulisan) aku time UPSR pon takdela memberansangkan.....So, aku stop gini je la ye...

Maseh... :)
Related Posts with Thumbnails