August 16, 2010

Teknik-teknik Ketika Berpuasa

Sahur...
Perkataan yang tidak asing lagi bagi umat Islam ketika berada di bulan Ramadhan. Jika anda berada di utara tanah air, sahur ini dipanggil 'soq'. Contoh:

'Weh soq sok ang jangan lupa kejut aku dow, kang kalau aku tak soq, kompem aku lapaq lantas membeli Sneakers di seben eleben yang berdekatan. Ang boleh dikira bersubahat dengan aku taw dak. Dosa kita cutting dua taw.'

Selalunya, kita bersahur dalam jam 4-5 pagi untuk golongan berkeluarga dan jam 1-3 pagi untuk golongan student atau single-mingle. Takpe, itu suma normal. Yang tak normal adalah pabila kite bersahur sekitar jam 6-8 pagi. Itu breakfast namanye, bukan sahur.

Hukum sahur adalah sunnah. Waktu yang utama untuk makan sahur adalah dengan mengakhirkan waktunya hingga mendekati terbit fajar atau dalam bahasa yang lebih mudahnya adalah lebih afdal jika kite melambat-lambatkan bersahur.

Tahukah anda bahawa kucing peliharaan juga boleh bersahur? Tah, saye tak taw..tu yang nak tanya tu. Ahaks tak kelakar.

********************

Entry kali ni saye dah tak nak kongsi pape tazkirah mahupon motivasi lagi. Kali ni saye nak berkongsi serba sedikit cara-cara atau teknik-teknik berguna semasa kita berada di bulan puasa. Segala teknik-teknik ini adalah berdasarkan kajian dan pembangunan (R&D) yang dilakukan sendiri oleh saye. 

Dibawah adalah Teknik-teknik Mengelat Semasa Berpuasa.


1. Teknik Lakonan ala-ala Fahrin Ahmad.

'Skit punyer kacak lu cakap guwa monteng puasa. Hilang akal ke ape.' kate Fahrin ketika ditemubual wartawan majalah Mangga.

Si anak sedang berjalan perlahan-lahan kearah ruang tamu dimana si ibu sedang sedap melayan Wanita Hari Ini (WHI).

Bedebuk !! Si anak jatuh tersembam.

Ibu: Eh?!! Kenapa anak bonde sorang ni?? Kenapa ni tetiba jatuh?? (sambil memapah si anak duduk di sofa)
Anak: Uhuk-uhuk..takde pape bonde.. Anakande letih skit je. Takpe, anakande nak ke toilet jap.
Ibu: Kamu tak larat kenape ni? Demam ke? Pening kepala? (sambil merasa dahi si anak)
Anak: Takdelah, anakande sihat je bonde. Letih sikit je.
Ibu: Takpelah, kamu buka je la ye. Bonde kasi penedol. Ok?
Anak: Eh janganlah bonde. Anakande boleh tahan lagi ni. Sikit je lagi nak berbuka tu.
Ibu: Anak bonde jangan ngade-ngade. Makan ubat, nanti tak makan lagi melarat nanti.
Anak: Suke ati bonde la. Milo ais satu ye.
Ibu: Huik??


2. Teknik Lupa Daratan.

Si anak berjalan riang ke arah dapur sambil membuka peti ais seraya menogok air sejuk sebarang dua.

Ibu: Woi..buang tebiat ke ape kau ni?? Ko tak posa ke ape??
Anak: OMG !! Anakande terlupa la bonde arini posa. Adoi. Camne ni bonde?
Ibu: Hmmm takpela. Kalau lupa takpe. Kire halal je la air tu. Dah! Jangan lupa lagi. Get out from my face right away. You disturbing me to watch WHI.
Anak: Okay! Right away.

10 minit kemudian...

Anak: Lalalalala...nyum..nyum..nyum.. (sambil bukak tin biskut seraya membedal Chipsmore)
Ibu: Wooooiiii !! Apetu? Ko tak posa ke ha toyol??
Anak: Astagha~~ape sume ni? Adoi boleh terlupa sekali lagi. Arghhhhh ape dosa aku !!!! (sambil melutut meraung-raung menyalahkan diri sendiri)
Ibu: Dahla tu. Dah terlupa nak wat camne lagi. (memujuk si anak)
Anak: Sob..sob..sob..(nanges teresak-esak)

10 minit kemudian...

Anak: Lalalalalalalaa.....(menuju kearah peti ais)

Pangggg !!

Tamparan wanita hinggap ke pipi si anak. Si anak terkebil-kebil sambil mengusap pipi yang menerima tamparan berkelajuan tinggi tersebut.

Ibu: Kot-kot la terlupa lagi kan...(sambil menonton WHI dengan normal)


3. Teknik Menyelam Sambil Minum Air.

Lokasi: Bilik air kelas sederhana dilengkapi dengan kolah serta jamban cangkong.
Situasi: Si anak sedang bermandi-manda.

'Sandiwara apekah ini semua?' kate penulis selepas 5 minit merenung Gambarajah diatas.

Anak: gorrookk... gorrookk... gorrookk... ptuihh. (berkumur-kumur). One more time la. gorrookk... gorrookk... gorrookk... gulp !! (tertelan air) Opss..terlebey sudey...Ahaks.
Ibu: Woi buat ape tu ha??
Anak: Gosok gigi la bonde. Takkan mengilatkan kuku lak. Ahaks.
Ibu: Menjawab..menjawab.

Lokasi: Bilik air kelas sederhana dilengkapi dengan kolah serta jamban cangkong.
Situasi: Si anak sedang mengambil wudhuk.

Anak: gorrookk... gorrookk... gorrookk... ptuihh. (berkumur-kumur). Eh?? Dah kali kebape aku berkumur ni? Dah cukup tiga kali ke? Macam tak cukup je. One more time la. gorrookk... gorrookk... gorrookk... gulp !! (tertelan air) Opss..terlebey sudey...Ahaks.
Ibu: Woi buat ape tu ha??
Anak: Tengah amik wudhuk la bonde, nak solat Zohor. Takkan nak bertayamum pulak.
Ibu: Menjawab..menjawab.


4. Teknik Kejujuran.

Si anak dengan selamber pergi kearah peti ais lalu mengambil segelas air sejuk dan setin biskut dari meja makan dan duduk bersandar disebelah si ibu sambil layan WHI sekali.

Ibu: Woi propaganda apekah semua ini??
Anak: Anakande rase macam tak nak posa je hari ni la bonde. Esok-esok anakande posa la bonde. Elek la, esok masih ade.
Ibu: Erk !! (pengsan)
Anak: Aik? Eleh bonde wat-wat pengsan lak. Nak buka skali la tuh. I loike ur technic bonde.

********************

p/s: Individu yang berusia 7 tahun keatas atau yang sudah akil baligh dilarang sama sekali menggunakan teknik-teknik diatas. Maseh.






August 11, 2010

Ramadhan Bulan Keberkatan 2

"Apabila datang Ramadhan, pintu Syurga akan dibuka, pintu Neraka ditutup dan Syaitan dirantai." (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith riwayat diatas terang-terang telah menjelaskan serba sedikit tentang fadhilat Ramadhan. Yang saye nak fokeskan adalah tentang fakta dimana kesemua syaitan-syaitan telah diikat atau dirantai supaya ianya tak dapat menghasut kita semasa menjalankan ibadah puasa.

Barangsiapa yang maseh membuat segala laranganNya semasa dibulan puasa, janganlah mudah-mudah sahaja menuding jari kearah syaitan yang telah menghasut mereka. Sesungguhnya yang menghasut mereka membuat segala laranganNya semasa dibulan Ramadhan adalah 'syaitan' yang dah lama bertapak didalam diri mereka. 'Syaitan' itu digelar Nafsu.

Setan A: Hey U ! Hey setan ! Hoi !

Setan B: U call I ke?

Setan A: Sape lagi yang muka cam setan kat sini.. U lah yang I panggil tu.

Setan B: Eii biadap taw U ni.. Ha ada ape U call I?

Setan A: Saje je nak tegur, I ni peramah sikit. Macam mana U boleh kene rantai kat sini? Cerita la skit.

Setan B: Tahla, tengah sedap-sedap hasut budak gi skodeng awek mandi, tup-tup terus kene ikat kat sini dah. U lak macam mana leh sampai sini?

Setan A: Ooo kira orait lagi la tu. I lagi teruk, I tengah best hasut sorang budak ni supaya berak berdiri, tup-tup dah kene ikat kat sini dah. And the worst thing is, taik budak tadi tu tercalit skit kat bahu I ni ha...mencik taw. Tak sukenyeeerrr !!

Setan B: Eeuuwwww !! Jerk la U ni.

'Alolololo...padan muke ang.'

p/s: Adegan ini adalah rekaan semata-mata. Maseh.

********************

Entry kali ni saye ingin berkongsi lagi sekali beberapa fakta bersama anda semua sebagai pembaca. Ya ! Awaklah pembaca tersebut. Kali ini saye ingin berkongsi tentang Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa. Makruh ialah amalan yang apabila dikerjakan oleh seseorang, dia tidak akan disiksa dan akan diberi pahala jika meninggalkannya dan amalan Makruh secara berlebihan akan membawa kepada Haram/Batal.

Dibawah adalah beberapa situasi Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa:

1. Menggosok gigi/bersugi selepas gelincir matahari.

Rosli: Sin, ha tengok ni. Kat iklan TV ade menyatakan bahawa sebelum solat adalah sunat untuk kite bersugi. Memandangkan kite nak solat Asar ni, jomla tengok saye bersugi.
Husin: Ha, okay jom.
Rosli: Hengan menghunehan holget ni, mahe hihi hita ahan menhadi hebih hihat dan hiada mahalah haviti. Hampak? (Dengan menggunakan kolget ni, maka gigi kita akan menjadi lebih sihat dan tiada masalah kaviti. Nampak?)
Husin: Oooo paham-paham.
Rosli: Nah turn awak bersugi lak.
Husin: Takpelah, saye taknak jadi jahil cam awak Rosli. Bye.
Rosli: Haa??? Biadapnye awak Sin.

2. Banyak berkumur-kumur.

Lokasi: Di tempat mengambil wudhuk disebuah masjid.
Osman: Bismillahirrahmannirrahim~~(ambil wudhuk seperti biasa hingga ke rukun berkumur)

10 minit berlalu.....

Individu A: Dik...dari tadi abang tengok adik tak sudah-sudah berkumur. Ade kulat ke kat mulut adik tu?
Individu B: Dik...nah air sirap dik, abang belanje. Udah-udah la tu berkumur ye. Kami sume nak gak merasa amik wudhuk ni. Ye dik. Nah ! (sambil menghulurkan air sirap limau)

3. Mencium, memeluk atau mengucup pasangan.

Suami: BB...B dah nak gi keje ni. B sebenarnye tak sanggup nak tinggalkan BB sorang-sorang kat umah. B risau kat BB.
Isteri: Takpe B, BB boleh jaga diri BB sendiri. Lagi pon petang japgi B dah balik keje dah. Hanya beberapa jam je kite berpisah. B janganlah risau ye B. (suara manja)
Suami: Oh BB...
Isteri: Oh B...
Suami: Hurrrmmmm.....
Isteri: Ahh hurmmmm.....

(Oh tidak...adegan selepas dialog diatas terpaksa dipotong kerana kelucahan yang teramat sangat keterlaluan. Maseh)

4. Merasa makanan tanpa hajat.

Melah: Oi Nab..mu masok gapo tu? Dari umah kawe doh dapak bau doh. Semangak kawe tubik date umoh mu. Sedak ke? Meh raso sikik.
Nab: Ha...amik la. Hok yang dale kuali tu.
Melah: (nyum..nyum..nyum)
Nab: Hoi Melah, mu poso dok ni?
Melah: Poso la. Mano leh tok poso Nab oi. Kito doh tua monopoh (monopos) Nab oi. Ahaks.
Nab: Poso sampa mu abih raso sumo lauk aku deh? Gitu?
Melah: Huk aloh...dok prase kawe. Sorry-la deh. Ahaks.
Nab: Nate berok mu..

p/s: Maaflah dialek Kelante hancor sikik.

5. Banyak tidur.

Mokhtar: Huaarggghhhh!! (sambil menguap) Ngantuk la pulok. Pagi lagi ni, lambat lak masa berjalan time bulan posa ni. *Tuut* la. Tidoq sat la. (terlelap)

8 jam kemudian...

Mokhtar: Hmm...ape yang bising-bising ni. (bicara didalam hati)

'Allahuakhbar !! Bismillahirrahmannirrahim~~~'

Mokhtar: Amboi...gurau kasar ni bro...namo kawan la gini.


********************

Petikan-petikan diatas merupakan serba sedikit situasi yang dapat menggambarkan Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa. Harap ianya boleh dijadikan tauladan dan pedoman kepada kite semua.

Ingat ye, insan yang cemerlang datangnya dari akal ye, dari hati yang bersih ye dan jiwa yang tenang ye. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sekian.


Ramadhan Bulan Keberkatan


Assalamualaikum W.B.T.

Sempena di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, penulis telah mengambil inisiatif untuk berbicara dalam bahasa yang lebih sopan dan kearah lebih islamik bagi menjaga aspek-aspek moral dan nilai-nilai pahala (insyallah) semasa berada di bulan ini. Tuturbahasa, tatabahasa, lenggok bahasa, bahasa tubuh dan segala aspek penyampaian akan disopan-santunkan. Diharap para pembaca memahami akan perubahan ini demi kebaikan bersama.

Amaran keras diberikan kepada para pembaca yang tidak berpuasa (ha! ade ape kat tangan tu? KitKat ek?) supaya tidak meneruskan pembacaan. Sila pergi dari sini. Sebelum penulis melaporkan kegiatan tidak berakidah anda kepada pihak JAIS mahupon Aduan Rakyat ataupon Jejak Rasul.


********************

Disini saye (penggunaan kata ganti nama yang paling sopan) Mohd. Jumali Zairin Bin Abdul Malek a.k.a Hencek Reen, ingin mengambil sedikit kesempatan disini untuk mengucap dua kalimah shahadah dan juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan ucapan...



'Korang jangan ponteng-ponteng puasa taw, nanti dapat dosa pastu masuk neraka. Yang pompuan uzur tu dimaafkan la tapi jangan lupa ganti. Tapi tiada alasan bagi kaum lelaki yang gagah perkasa untuk berpura-pura uzur. Tu bida'ah namenye.'

(-_-")

********************

Dalam entry kali ni saye ingin berkongsi sedikitlah sedikit sebanyak tentang Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa semasa kite sedang enak berpuasa. Saye tahu yang semua orang Islam sudah tahu tentang semua ni kecuali orang yang baru masuk Islam dan masih belum habis study lagi tentang perkara ini. Tapi saye tetap berkeras hati untuk berkongsi juga. Maseh.

Tingkah-laku dibawah ini adalah Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa:


1. Melihat makanan dan minuman yang terdapat ditudung saji.
  • Anda sedang melihat makanan dan minuman tersebut dan lalu mengambil salah satu daripadanya lalu dimasukkan kedalam mulut mahupon hidung. Seraya itu anda bersendawa kerana kenyang lalu mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah'. Perkara ini boleh membatalkan puasa anda.


2. Merenung dengan penuh kasih sayang terhadap suami/isteri anda.
  • Kasih sayang adalah sifat mulia dan jika ianya sudah 'terlebih', pasangan anda mungkin tidak dapat menahan nafsu mereka lalu 'berasmara' bersama-sama disiang hari tanpa menghiraukan anak-anak yang sedang membuat kerja rumah dihadapan anda. Ini juga batal.


3. Mendengar kawan-kawan anda yang sedang memuji diri sendiri.
  • Perbuatan ini akan membuatkan anda ingin mual-mual perut mahupon tekak dan seraya itu anda dengan sengajanye muntah dihadapan kawan-kawan anda itu. Batal.


4. Tengah kebosanan tahap maksimum.
  • Selalunya ketika kita sedang bosan tahap maksimum, kita selalunya membuat perkara-perkara yang kurang pandai seperti mengorek hidung, telinga, dan segala lubang yang ada di tubuh kita. Ini juga dikira pengotor dan hukumnya batal puasa.


5. Membeli tuala wanita di Tesco ataupun Giant. (bagi kaum Hawa)
  • Perbuatan ini secara terang akan membuatkan orang awam memandang anda dan lalu berkata, 'Sah budak ni tak posa'. Takpe, jangan berkecil hati, ini semua normal. Lakukan aktiviti anda seperti biasa. Datang bulan atau uzur juga boleh membatalkan puasa. (jangan lupa ganti)


6. Menghadap laptop atau desktop. (kaum Adam terutamanya)
  • Anda sedang mencari-cari fail sulit yang anda simpan (hide) didalam fail-fail yang tertentu. Lalu menjumpai fail sulit tersebut seraya menonton dengan penuh berahi dan khusyuk. Kerana tidak tertahan dengan aksi-aksi video dari fail sulit tersebut, anda dengan sengajanya mengeluarkan sesuatu dari qubul anda. Splashh!! Ahh!! . BATAL !!!


7. Berkata-kata dengan bongkak dan riaknya dikhalayak ramai.
  • Dialognya adalah seperti berikut, 'Saye dengan bangganya keluar dari Islam supaya dapat membela anjing untuk menjaga rumah saye. Maseh.' Ini dinamakan Murtad. Batal puasa.

********************

p/s: Walaupon petikan-petikan diatas lebih kepada gurauan, tetapi setiap daripadanya adalah fakta. Kepada yang tak dapat menerimanya, saye pohon maaf. Dan ini adalah fakta yang lebih jelas menunjukkan Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa:

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
  • Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
  • Bersalin
  • Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
  • Kedatangan haid bagi perempuan
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
  • Murtad
********************

Selamat Berpuasa !!!


August 08, 2010

Jeram Pengantin

(kronologi dari Filem Seram Air Terjun Pengantin)

Azan subuh kian berkumandang menggamitkan lagi suasana dingin diseluruh Kampung Lebai Misai, 76450 Paya Rumput, Melaka. Kedinginan subuh pagi yang sudah pasti akan menusuk tulang sesiapa yang turun mengail pada waktu itu.

'Kamu tak ke masjid ke Bad?' tegur Lebai Idrus kepada anak lelaki bongsunya itu.

'Apak gi la dulu, Bad solat kat umah je'

'Kan solat berjemaah lagi banyak hikmahnye dari solat secare individu.'

'Takpelah pak, nanti Bad ajak la si Kutil dengan si Kitul berjemaah skali dengan Bad.' jawap Badrul sambil memandang kearah kucing-kucing belaannya itu.

'Lahabau kau, aku benci betol borak dengan kau ni Bad, macam gampang ku rase dalam diri ini kau taw tak.' tengking Lebai Idrus sambil berlalu pergi.

'Pak, mencarut tu satu dosa.' bidas Badrul tenang.

********************

Badrul Bin Idrus, seorang jejaka kampungan berusia lingkungan 20-an yang lebih mesra dipanggil Bad. Seorang jejaka yang rajin membuat kerja-kerja kampung seperti memetik kelapa, menukang dan me-renovate reban-reban ayam dan sekali-sekala kandang kambing. Hiasan dalaman adalah salah satu kepakaran bagi Bad dan menganggap Eric Leong adalah idola beliau.

Tetapi hakikat duniawi, semua orang kampung tidak suka dan memandang serong terhadap kerajinan si Bad dan semua adalah kerana sejarah hitam yang pernah menyelimuti diri Bad. Bad adalah bekas samseng kampung dan pernah dimasukkan ke sekolah budak-budak jahat disekitar Serendah, Rawang pada masa dahulu. Kesamsengan Bad amat digeruni oleh orang-orang kampung Lebai Misai. Sehinggakan ada satu hari tu, oleh kerana terpijak taik ayam, abis satu reban ayam si Malim di 'kasi' nya oleh si Bad tanpa usul periksa dan siasatan lanjut. Sungguh kejam dan rakus kesamsengan si Bad pada ketika itu sehingga diberikan gelaran 'Badrul Warrior' oleh orang kampung kepada beliau.

Tapi itu dulu, bagi Bad segala sejarah hitam yang pernah ada didalam hidupnya dulu akan dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran kepadanya. Tapi sebagai insan yang pernah dipandang hina dan jijik pada ketika dulu, adalah satu perkara normal apabila dirinya dibenci orang kampung hingga ke hari ini.

********************

Matahari kian menegak ke langit. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniup syahdu setiap helaian-helaian rambut Bad yang baru di-shampoo-nya pagi tadi. Seperti hari-hari yang biasa, Bad mesti akan menyinggahkan punggungnya dikedai kopi Pak Din Kero sambil melayan blues sendiri.

'Kamu nak minum ape Bad? Minuman keras ke?' sindir Pak Din.

'Hmmm.......give me a minute.'

Pak Din dan kesemua pelanggannya terkesima. Semua mata memandang kearah beliau dan suasana di Warong Rasa Sayang Hey milik Pak Din menjadi sunyi seketika.

'Bagi aku Horlick Ais satu la Pak Din. Susu tarok kureng skit.'

'Hahaha...aku ingat budak-budak je yang minum Horlick, samseng kampung pon minum Horlick jugak ke. Hahaha.' terbarai-barai Pak Din ketawa dengan lawak beliau sendiri.

Bad hanya membisu sambil menggaru-garu bekas parut panjang di lehernya. Pak Din tersentak sambil berlalu laju kearah dapur membuat air yang dipesan Bad. Bad termenung jauh sambil memandang dedaun pohon kelapa yang ditiup oleh angin disiang hari.

'Nah Horlick kamu Bad." sentak Pak Din.

'Pak Din, dak Karim takde singgah kedai ke arini?' tanya Bad sambil menghirup air Horlick menggunakan straw.

'Tadi aku ade nampak dia lintas kedai aku tadi nek moto, dia gi amik dak Amri kot kat umah dia. Nanti sampai la si setan tu.'

'Hmm yela.'

'Ha tu bukan dorang ke tu? Panjang tol umor geng kamu tu Bad.' bidas Pak Din sambil menunjuk kearah moto yang singgah ke kedainya.

'Pak Din, bagi aku Milo ais satu, Teh Tarik dak Karim satu.' jerit Amri dari jauh.

'Buih lebih taw Pak din. Kalau tak lebih, maka berbuih la mulut Pak Din japgi.' sampok Karim

'Celake kau. Ha yela.' jerit Pak Din kembali.


Moto Yamaha 100 Sukan (Sport) diparking betul-betul depan Badrul. Karim dan Amri turun melompat dari motor tersebut. Semua mata diwarong Pak Din memandang tepat aksi berok dua ekor tersebut.


'Bad, aku dengar mak kau nak masuk minang si Leha janda berhias. Betol ke?' sentak Karim kepada Badrul sambil duduk hadapannya.


'Nampak sangat mak ko dah tak sayang kau dow. Yela, tibe-tibe je mak kau nak masuk minang dengan janda tu. Kan ke pelik namenye tu.' Amri menyampok.


'Korang tak taw cite. Aku dengan Leha tu dah lama berkenalan kat fesbuk selepas kematian laki dia aritu. Aku lah tempat dia mengadu dan melepaskan kesedihan dia. Korang pon taw yang dia selai sepinggang je terkontantang-kanting kat hujung kampung tu.'


Emosi Badrul kian berubah.


********************


Leha Binti Sukidin, janda berhias yang misteri dan dipandang serong oleh orang kampung. Kisah misteri si Leha menjadi buah mulut orang kampung apabila kelima-lima arwah suaminya didapati mati secara misteri selepas malam pertama bersama Leha. Terdapat kabar angin mengatakan bahawa punca sebenar kesemua arwah suami si Leha adalah dari sebuah Jeram Puaka bersebelahan dengan rumah Leha. Dikatakan jeram tersebut akan meragut setiap nyawa yang berkahwin dengan Leha. Dan oleh sebab itulah si Leha dibenci dan dipandang hina oleh orang kampung oleh sebab misteri jeram tersebut yang berkait rapat dengan hidup beliau.


********************


'Tapi kau sendiri tahu kan yang.....' kata Karim dipotong que oleh Badrul.


'Ya, aku taw. Aku taw dia tu misteri nusantara sikit. Kesemua laki yang kawin dengan dia, semuanya arwah pada malam pertama. Tapi who cares? Aku tak caya bende-bende mistik ni. Kurafat sume tu.'


Karim dan Amri terkejut dengan kate-kate Badrul. Semua orang di warong itu memandang Badrul termasuklah Pak Din sendiri. Jelas bahawa keputusan Badrul itu amat mengejutkan mereka terasa ingin mengadu kepada Aduan Rakyat pula gamaknya.


'Aku taw korang suma tak suka dengan si Leha tu! Aku taw korang mesti pikir dia tu ada bela hantu sume! Tapi aku lebih mengenali diri sebenar si Leha tu! Dia seorang yang baik hati dan penyayang! Aku tetap akan kawin dengan Leha! Titik! '


Badrul memberi amaran kepada semua orang diwarong Pak Din tersebut dan terus berlalu pergi dalam keadaan sedikit emosi. Cinta si Badrul kepada Leha amat mendalam.


'Asal mamat tu emo lak?' tanya Karim.


'Tah. Mabok todi kot.' jawap Amri ringkas dan padat.


'Sah, Leha dah serapah si Bad tu.' Pak Din mencelah.


********************

Hari ini adalah hari yang paling indah bagi Badrul dan Leha. Majlis pernikahan mereka yang dibuat secara kecil-kecilan di surau Kampung Lebai Misai dihadiri oleh saudara-saudara terdekat sahaja. Badrul tidak berkecil hati langsung bila orang kampung tidak hadir ke majlis penuh bermakna beliau kerana dia tahu yang orang kampung tak suka akan beliau bersama dengan Leha.

Malam sudah menjelma. Perasaan Badrul kian bercampur-baur. Perasaan gembira, suka, takut, bangang, cilakak semua berkecamuk didalam hati Badrul. Malam ini adalah malam pertama bagi Badrul dan malam kelima bagi Leha. So, advantage memihak kepada Leha. Badrul menjadi lebih low self-esteem dan kurang berkeyakinan.

'Abang Bad...' suara manja Leha memanggil Badrul.

Nafas Badrul kian berdengus. Gelombang-gelombang nafsu Badrul kian memuncak selepas mendengar suara manja si Leha. Badrul memandang tepat kearah susuk tubuh Leha yang sedang berkemban dan mengiurkan itu. Ditatap tepat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki si Leha.

'Ye baby. Nape baby?' tanya Badrul dengan macho dan galaknya.

'Kite mandi kat jeram dulu ye.' kata Leha lalu menarik tangan Badrul dengan lembut dan manja.

Badrul ibarat dipukau dan hanya mengiyakan aje keputusan Leha dan pergi ke jeram yang terletak bersebelahan dengan rumah mereka.

Kecebuurrr !!!

Badrul terjun tiruk dengan rakusnya ke jeram tersebut. Nafsu Badrul sudah tidak tertahan lagi. Sifat gelojoh dan rakus sudah tidak dihiraukan lagi oleh Badrul. Yang ada didalam kepala Badrul hanyalah Leha, Leha dan juga Leha.

'Cepat la baby, abang tak tahan dah ni.' tegur Badrul tanpa segan silu.

'Sabar la abang, abang toleh la belakang dulu. Baby nak bersalin jap. Abang takmo ngintai taw. Baby gigit karang.' Leha memberi amaran dengan manjanya.

Badrul terus menoleh membelakangi Leha. Semua arahan Leha dituruti Badrul tanpa sebarang tentangan.

'Dah ke baby?'

Badrul sudah tak tertahan lagi. Kini nafsu Badrul sudah menguasai diri Badrul. Badrul dengan pantasnya menoleh kearah Leha.

Betapa terkejut besarnya Badrul apabila melihat si Leha sedang leka berak di gigi air jeram tersebut. Sungguh cinabeng perangai si Leha pada ketika itu. Seluruh badan Badrul menjadi kaku dan tak semena-mena Badrul diserang stroke secara mengejut di jeram tersebut.

'OMG !!!"

Itulah kata-kata akhir arwah Badrul sebelum orang kampung menjumpai mayatnya terapung-apung di sekitar muara sungai. Tidak siapa yang tahu akan punca kematian si Badrul. Dan hingga ke hari ini, kisah misteri si Leha dan Jeram Puaka tersebut menjadi buah mulut orang kampung.

Puaka sungguh pangai si Leha.

Sekian.


Related Posts with Thumbnails