August 31, 2010

Aduan Rakyat [Edisi Merdeka 2010]

Malaysia kini akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 tepat pada 31 Ogos 2010. Segala kemajuan di negara Malaysia kian bertambah pesat. Negara kite juga boleh dikira sebagai negara yang sedang giat membangun dari segi infrastruktur dan juga teknologi. Adalah satu penipuan bila kite meragui dan mempersoalkan tentang ketiadaan CyberCafe disekitar penempatan awam. Saya, Karamsing Waliah telah berjaya merakamkan sesi pertanyaan bersama orang awam tentang persoalan kemajuan dinegara kite Malaysia.

Karamsing: Adik, angkel disini ingin bertanyakan tentang pengalaman adik sendiri mengenai kemajuan teknologi dinegara kita Malaysia. Sila huraikan dengan tidak melebihi 50 patah perkataan.

Maseh angkel. Disini saye nak mengamik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Merdeka kepada ayahanda dan bonde tercinte dikampung dengan ucapan, Maafkan anakande tak dapat balik beraya tahun ni. Ya, saye tidak meragui tentang kemajuan teknologi dinegare kite ni. Dan disebabkan oleh teknologi itulah saye telah ditangkap oleh pihak berkuasa ketika sedang leka bermain mesin judi 'kuda'. Ya, saye menyesal [sambil menitiskan airmata].

Tema Hari Kemerdekaan yang ke-53 kali ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Melihat dari segi tersuratnya kite sudah dapat bayangkan bahawa berlandaskan konsep 1Malaysia, negara kite akan melalui beberapa proses transformasi dari segala aspek rohani dan jasmani. Dengan transformasi-transformasi sebegini rupa, ianya dapat meyakinkan lagi rakyat jelata bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju. Mari kite dengar ape pandangan orang awam tentang Tema Hari Kemerdekaan kali ini.

Tarimakasih. Saye sini satu kali jugak rasa yang cerita Transformers 2 lagi best jugak kalu. Saye satu kali juga rasa babak gadoh di piramid itu adalah terbaik skali saya rase. Disini saye ingin memberi candangan kepada semua direktor filem di Malaysia supaya terlintas difikiran untuk membuat drama seperti Transformers ini kelak. Saye disini mencadangkan Rajanikan diambil sebagai hero. Tarimakasih.


********************

Aduan demi aduan telah pihak kami terima dari orang awam tentang segala macam perkara yang dianggap telah melanggar hak norma-norma kehidupan manusia normal di Malaysia. Dari hujung kampung ceruk kelubi, sehingga ke tengah kota dosa, semua aduan kami terima. Hampir kesemua aduan dari orang awam pihak kami selidik dan analisa dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi dan implimentasi. Pepatah melayu ada mengatakan, masakan pokok boleh bergoyang jika tiada angin meniupnya. Walaupon terdapatnya segelintir individu yang berlawak bangsat dengan memberi teori bahawa mungkin pokok tersebut bergoyang bukan kerana angin, mungkin jugak disebabkan babun menggoncang pokok tersebut. Tetapi, semua itu tidak menghalang pihak Aduan Rakyat untuk turun menyiasat.

Genting Highland, Kota Keriangan yang tidak asing lagi di negara kita. Genting Highland juga merupakan salah satu lokasi pelancongan yang utama di Malaysia. Golongan kanak-kanak dan ibubapa menjadikan Genting sebagai salah sebuah lokasi yang harus dikunjungi ketika bercuti untuk beriadah. Tidak dilupakan juga kepada golongan 'taik judi'. Tetapi, ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan ditengah hari. Itulah pepatah yang paling sesuai diungkapkan selepas mendengar rintihan dari hati ke hati oleh seorang pengadu kite ni, En. Subkhidin.

Ni nak habaq mai, Hari Merdeka tahun lepaih saya dan family saya bercadang nak naik Genting. Kawan-kawan la dok habaq yang kat atas sana meriah kan main. Orang dok main mercun sume ada. Tu yang kami nak pi naik Genting nak tenguk depa suma sambut Merdeka. Tup-tup kami tak sampai kat Genting pon. Nah! Tu dia punya jammed, punya la ramai orang pi Genting. Padia tah depa dok kalut nak pi atas sana. So, kami suma patah balik pi sambut kat Kokdiang, Kedah ja sampai la ni. Dajey sungguh. Saya harap pihak Aduan rakyat la ni pi siasatlah padia ada kat atas tu tah. Pelaq tui depa ni.

Pihak Aduan Rakyat terus turun menyiasat tentang masaelah yang diajukan oleh En.Subkhidin kepada pihak kami. Kami dengan krew-krew yang lain naik ke Genting untuk mengetahui adakah Hari Kemerdekaan kali ini masih sama seperti Hari Kemerdekaan tahun lepas.

********************

Tepat jam menunjukkan jam 2.15 pagi, 2 jam selepas sambutan Merdeka berkumandang, krew Aduan Rakyat masih tidak dapat naik kepuncak Genting kerana kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Lensa-lensa kamera krew kami berjaya merakamkan keadaan atau situasi yang berlaku di atas sana. Anda lihat dan anda nilai sendiri.


Kesesakan luar biasa di lereng bukit Genting Highland.

Kelihatan sepasang kapel yang mengamik inisiatif untuk berjalan kaki ke puncak Genting. Kenapa mereka beriya-iya nak naik ke Genting? Itu yang kite tak tahu.

Golongan 'ulat tow-truck' menanti mangsa yang keretanya rosak ketika naik ke Genting.

Mengapa semua ini berlaku? Apakah yang menarik perhatian ramai untuk naik ke Genting ketika kite menyambut Hari Kemerdekaan? Kebodohan apakah sume ini?

Aduan Rakyat secara jujurnya tidak dapat menjawap soalan-soalan terbabit kerana hingga ke hari ini, pihak kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan dan sinopsis tentang fenomena terbabit. Kepada En. Subkhidin, pihak kami hanya dapat menyarankan supaya pihak encik merancang perjalanan untuk naik ke Genting ketika cuti Hari Wesak ataupun Thaipusam. Mungkin pada hari terbabit, keadaan jammed di Genting tidak seteruk ini. Tepuk dada, tanya selera.

********************

Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca tentang masaelah ini. Sebarang aduan boleh anda salurkan terus kepada emel atau laman sesawang Aduan Rakyat atau secara talian bebas tol di 1-300-gi mampos. Pihak Aduan Rakyat akan segara respon segala aduan anda.

Aduan Rakyat, TV3 Perihatin.
Anda buat, Anda Dapat.


August 29, 2010

Kasih Seorang Suami

'Abang! Abang memang dah tak sayang kat Leha lagi kan?' 

Sergah Siti Zaleha Binti Mohamad Jiman, isteri kepada Marzuki Jikan dengan penuh emosi. Marzuki yang dari tadi khusyuk melayan drama Janji Kekasih terus melenting.


Slot Zehra: Janji Kekasih hanya di TV3. Ketenangan dalam alunan Keikhlasan. Cewah!

'Awak ni kenapa Leha? Buang tebiat nak mampos? Pantang nenek moyang saye bila saye diganggu ketika sedang asyik melayan drama sebegini rupa. Saye tahu yang sume ni bida'ah, tapi tolonglah hormati keputusan saye. Tunggu iklan jap, nanti kite sambung.'

Bedebuk !!!

Leha yang tak dapat menahan gelak emosi selepas mendengar kata-kata sampah yang dikeluarkan dari mulut Marzuki terus mencampakkan remote-control Astro tepat ke atas telinga belah kiri Marzuki.

Marzuki hanya menggaru betis kanannya yang baru digigit nyamuk sebentar tadi. Kesan gigitan nyamuk jelas kelihatan. Marzuki tetap tidak mengalih pandangan matanya kearah televisyen.

'Mencikk!!' sentak Leha lalu berlari kearah dapur sambil menangis teresak-esak.

********************

Selang beberapa minit, Marzuki pergi ke dapur dengan niat ingin memujuk kembali si Leha yang sedang merajuk.

'Kenapa ni baby? Abang wat salah ape?'

'Ape baby-baby? Sob..sob..sob..'

'Abis kalau bukan baby, takkan nak panggil daddy lak. Ahaks.' Marzuki berlawak bangsat seketika.

'Abang selalu wat Leha gini. Selalu sakitkan hati Leha. Selalu berkasar kat Leha dengan lawak-lawak bangang abang tu. Tapi kali ni, abang betol-betol dah hancurkan hati Leha abang taw tak.'

'Kenapa Leha? Abang wat ape kat Leha sampai Leha jadi gini? Cube cerita kat abang for a moment.'

'Tak yah la abang nak bersandiwara dengan Leha. Abang ngaku je la.'

'Nak ngaku apenye? Abang kekurangan kefahaman disini ni. Please straight to the point please.'

'Baik. Saye nak tanya abang dan saye nak jawapan samada iya atau tidak je. Faham?' Leha meninggikan suara kepada 'E minor' sambil menyuakan jari telunjuk kearah muka Marzuki.

'Baik !! Eh silap, Ya !!'

'Abang dah kawen lagi satu bukan?'

Marzuki terkejut mendengar soalan Leha. Muka kian berkerut. Peluh jantan berpusu-pusu keluar dari dahi Marzuki. Terpancar kegelisahan dari raut wajah Marzuki yang dari tadi berlagak cool dengan lawak-lawak bangsatnya itu.


'Mana Leha dengar kabar angin ni?' Marzuki bertanya.


'Ah! Sudah la abang, tak yah nak wat-wat muka suwit pastu nak tanya-tanya lak kat Leha.'


'Abang tak paham.' Marzuki kekeliruan.


'Kat wall fesbuk abang dah penuh orang dok wish-wish tahniah abang dah berjaya kawen lagi satu. Ha! Ape alasan abang nak menipu Leha kali ni? Cakap la.'


'..........Ya. Ya Leha, abang dah berkawen lagi satu. Abang dah kawen tanpa persetujuan Leha. Maafkan abang.'

Airmata seorang wanita dengan tak semena-mena berjurai-jurai berguguran di lantai jubin biru. Tahap kesedihan melampaui batas norma-norma kehidupan seorang isteri mithali sudah tidak dapat ditanggung lagi oleh Leha.


Jelas kelihatan raut Marzuki yang penuh kekesalan yang tidak terhingga selepas melihat keadaan isterinya yang betul-betul didalam kesedihan.


'Maafkan abang Leha. Abang.......'


'Sudahlah abang. Ape dosa Leha sampai abang sanggup buat Leha sebegini rupe. Abang kejam, kejam. Mencikkk.' jerit Leha penuh perasaan sedih dan terkilan.


Marzuki terus mendakap erat isterinya. Leha menangis didakapan Marzuki. Terserlah kasih sayang si suami kepada si isteri walaupon baru sahaja berkawen lagi satu. Sungguh biadap sandiwara tersebut.


********************

'Kenapa abang buat Leha gini?' Leha bersuara tatkala beliau dapat mengawal perasaannya.

'Sebab abang sayangkan kat Leha.' Marzuki menjawap.

'Abang, jawapan abang ni merupakan jawapan yang paling bangang Leha pernah dengar.' 

'Betul Leha, abang tak sanggup tengok Leha bersusah-payah menjaga abang, melayan karenah bangsat abang dan bermacam-macam lagi. Cukup la segala seksa yang abang buat kat Leha.'

'..........' Leha terkedu sambil mengesat air mata.

'Leha janganlah risau, abang tetap sayang banget sama kamo. Dan abang rase abang boleh dan mampu untuk membahagikan kasih sayang abang seadil-adilnya kat isteri-isteri abang.'

'.........' Leha hanya diam membisu mendengar kata-kata Marzuki.

'Abang juge berjanji kepada Leha yang abang akan menjaga Leha sebaik yang mungkin. Tiada erti berat sebelah dalam kamus hidup abang mulai dari sekarang. Abang berjanji.'

'Boleh Leha taw sape madu Leha tu?' tanya Leha seolah-olah sudah redha dengan kenyataan sebenar.

'Leha tak kenal dia. Jap abang tunjukkan gambar die kat Leha.' jawap Marzuki sambil mencapai hanset Sony Ericsson K800.

Mata Marzuki fokes tepat mencari gambar isteri keduanya tu didalam hanset beliau.

'Nah. Ni la gamba madu awak Leha.'

'Mana? Tengok.'

'Ni la Leha madu awak. Nama dia Sofea Baharum.'

********************

'Leha bencik abang.' kata Leha lalu berlalu pergi.


p/s: Cerita ini adalah metafora kepada kisah sebenar si penulis. Harap pembaca paham akan kisah sebenarnye. Jika anda terasa menyesal selepas membacenye. Sila taip ON SANGAP dan hantar ke 32999. Maseh.


Kempen Sayangi Diri [Tagged]

Kuala Lumpur, 29 Ogos: Malaysia kini telah dikejutkan oleh beberapa kes kematian yang berpunca dari kemalangan dan beberapa kes kebodohan segelintir individu yang dengan senang-lenang membunuh insan lain tanpa rasa bersalah. Baru-baru ini kite dikejutkan dengan kematian dua orang 'Pak Guard' yang ditembak menggunakan senjata jenis Pump-gun dari jarak dekat. Motif pembunuhan adalah disebabkan mangsa mengejutkan si pemangsa dari tidur. Tak ke bangang namenye tu. Ape kejadah sume ni? Kemana pergi pihak berkuasa? Takkan mak bapak dok menganga sahaje?

Cube kite lihat dari sesetengah kes membodohkan diri sendiri seperti kes menyimbah cat dan membaling botol arak ke surau. Motif sebalik kes ni adalah kerana kecik hati atau tak berpuashati bila ditegur oleh tok imam kerana saspek bermain mercun. Kenapa perlu surau menjadi mangsa? Kenapa tidak dirembat sahaja selipar Crocs imam tersebut? Kenapa tidak dipancitkan sahaje tayar moto EX5 beliau? Paling jahat pon kenapa tidak dicocok montot tok imam tatkala beliau sedang bersujud? Tepuk dada, tanya selera.

Kenapa sume ni berlaku didepan mata kita? Secara kasarnya kite dapat menyimpulkan disini bahawa masih terdapat segelintir malaun atau dalam bahase kasarnye, Syaitan yang masih tidak boleh berfikir secara waras dan logik. Sikap mereka ini dapat menunjukkan kite bahawa mereka ini tidak sayang akan diri mereka sendiri, inikan pula nak menyayangi diri orang lain. 

********************

Kempen Sayangi Diri ni sebenarnye telah di-tag oleh Teddyuna dengan harapan aku dapat melayan karenah beliau [sorry ye Una, kutuk-kutuk skit je. Ahaks]. Tapi memandangkan aku pun dah lama tak update, so aku wat je la. Nampak cam layan gak ni. Kempen ni lebih kepada mengajukan soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang agak gedik sedikit. Tapi demi menjaga water-face diriku ini, aku cube jawap dengan cara aku sendirik.

1. Bagaimana anda menjaga penampilan anakanda anda? [5 markah]

Macam bese. Bangun pagi, gosok gigi, mandi, pakai baju seluar sume, perfume skit, wax rambut skit, rambut sikat tarik belakang. Pastu gi keje seperti biasa. Selang beberapa mini kemudian, orang awam tersenyum sinis kat aku. Aku terpinga-pinga. Ku lihat penampilan ku dari atas ke bawah. Demit !!! Zip lupa nak zip. Sungguh kacak penampilanku kali ni. Maseh.

2. Bahagian mana pada diri anda yang anda suka? [5 markah]

Tapak tangan. Kerana dengan bahagian tapak tangan ni lah dapat melempang anasir-anasir jahat yang sebok-sebok nak bandingkan aku dengan Rosyam Nor yang mana lagi kacak. Sudah terang lagi bersuluh, sah-sah la aku lagi kacak skit. Takke sia-sia namanye tu. Maseh.

3. Apa yang ada pada diri anda yang anda rasa tak ada pada orang lain? [5 markah]

Aku ade janggut yang semula jadinya berbelah tengah [Ala macam rambut sikat belah tengah tu]. Ang ada? [yang pompuan jangan jawap, aku sekeh kang].

4. Anda rasa apakah daya tarikan anda? [5 markah]

Senyuman puaka yang boleh menyebabkan si penerima senyuman tersebut merasakan ingin memberi terajang dan penyiku sebarang dua tepat ke senyuman terbabit. Amacam? Ok tak?

Senyuman sikit punyer comey dorang kate cam puake. Isk, isk, isk.

5. Apa anda lakukan jika ada orang mengutuk anda? [5 markah]

Takpelah, biar je die. Nanti dorang gak masuk neraka. Biar dorang kene bakar nanti. Padan muke. [jawapan yang lebih kearah islamik]. Maseh.

********************

p/s: Sapa-sapa nak lepaskan bosan tu jom la join. Malas lak aku nak tag-tag [sebenarnye tak reti]. Kadang-kadang kite kena lah berfikir luar dari kotak pemikiran kite supaya kite boleh berfikir luar dari kotak pemikiran kite [erk!!]. Maseh.


August 22, 2010

Puasa Dulu, Kini dan Selamanya

6.32 petang.

Jam hansetku menunjukkan lebih kurang lagi sejam dah nak berbuka. Aku yang baru habis meredah lautan kereta yang berpusu-pusu disepanjang Jalan Kuching hanya mampu mencampakkan kunci keta kearah dinding bilik sebagai tanda protes. Punyerla hangin. Naseb baik bulan posa, kalau tak, dah lama aku maki hamun signboard jalan sebagai tanda geram melayan trafik jem. Itu je yang mampu. Kang maki hamun orang ramai kang, tak pasal-pasal kene tombok. So, sebagai insan muslim yang masih menjaga puasanye, aku tahan je la sambil melemparkan senyuman puaka kearah kereta bersebelahan. Terkejut besar insan tersebut.

Bila datangnye puasa ni, macam-macam dugaan lak yang akan datang kepada kita. Mungkin time sebelum puasa kita tak perasan. Tapi bila time puasa-puasa ni la dugaan tu datang tanpa rase bersalah dan tanpa segan silunya.

Amoi-amoi yang dulunya selebet je datang opis, kini sudah pandai mengenakan pakaian yang lebih berani dan memberahikan. Dulunya hanya mengenakan kemeja longgar biasa, seluar slack dan kasut kung-fu sahaja. Tapi kini, kemeja ketat, skirt atas montot lutut dan wejes 2 inci. Auuww.. Seksi u. Dasar banjingan.


Lautan manusia di bazar Ramadhan

Kalau gi bazar tok sah cakap la. Rase dah macam kat syurga dah. Paling best bila tengok bekas air yang di-display di depan gerai. Air bandung cincau, air tebu, kelapa, air mata kucing, dan sebagainya memang dapat menggugat tahap keimanan kite sume la cincai kire. Rase nak gi jilat-jilat je bekas air tersebut. Sikit punyer haus wa cakap lu. Awek-awek yang datang ke bazar tersebut memang letak tepi dulu la. Apela sangat hayunan montot awek-awek tersebut jika nak dibandingkan dengan air bandung cincau ais ketika dibulan puasa.


Ok. Enaf of dat. Ok now I will proceed with my presentation about our life during in fasting month.


********************

Usia 1-5 tahun


Masih tidak memahami erti sebenar puasa dan hukum hakam berpuasa. Sering kali dimarahi oleh abang dan kakak tatkala memakan aiskrim berperisa Milo dan meratah peha ayam goreng  di hadapan mereka. Hairan dengan sikap adik-beradik yang sering mengebas setiap makanan dibawa beliau lalu menyorok di bawah meja atau jamban demi untuk menjamah hasil rompakan tersebut. Sering juga diasingkan dan dipulaukan oleh kaum keluarga tatkala mereka sedang menjamu selera ketika berbuka. Pelik dengan perangai kaum keluarga yang sering kali bersengkang mata di pagi buta semata-mata untuk menjamah nasi sebarang dua. Perangai ibu yang kini kian pemalas nak memasak pada waktu tengah hari sering diragui dan mengambil jalan alternatif untuk lunch dikedai makan yang berhampiran.

Usia 6-10 tahun


Kini sudah berjinak-jinak untuk berpuasa tatkala dipaksa oleh ibu. Sandiwara si ayah untuk memberi upah sehari berpuasa sama dengan seringgit sudah menjadi berita basi bagi beliau. Janji-janji palsu si ibu untuk memasak masakan peberet ketika berbuka nanti juga diambil endah tak endah sahaja. Alasan gastrik, sakit berut, buasir dan cikukunya sudah menjadi faktor utama untuk mendapat pelepasan membuka periuk nasi di tengah hari. Sering juga dicemburui oleh adik-beradik yang lain atas lakonan ala-ala Awie didalam filem Sembilu II. Jadual penuh diwaktu malam tatkala dipaksa si ayah untuk solat terawih di surau berhampiran. Di situ juga la tempat pertemuan si setan-setan kerdil yang mempunyai agenda sendiri untuk perabiskan makanan moreh sebelum golongan-golongan si ayah selesai berterawih. Permainan kejar-mengejar dan bermain mercun semasa orang lain sedang khusyuk berterawih, sudah menjadi hobi kepada setan-setan tersebut. Maka fakta yang mengatakan syaitan sedang dibelenggu pada bulan Ramadhan ditolak bulat-bulat oleh para imam dan siak di surau tersebut.


Usia 11-15 tahun


Aktiviti berpuasa sudah menjadi kebiasaan pada saat ini. Segala aksi-aksi lakonan untuk mendapat 'access card' membuka periuk nasi dan peti ais kini sudah tidak berhasil lagi. Penampar dan terajang si ayah akan menyinggah ke muka dan montot jika lakonan itu diulangkan beberapa kali tanpa perasaan putus asa. Baru kini azab berpuasa sudah kian terasa. Bebelan si ibu sering kali berkumandang tatkala sedang enak melayan mimpi disiang hari yang melampaui batas-batas waktu tidur bagi manusia biasa. Si ibu kini sudah pandai menggunakan jam randik pada saat sedang enak merasai nikmat kelegaan bermandi-manda di bilik air. Lebih pada 10 minit, kelopak pintu bilik air tersebut akan diterajang rakus oleh si ibu dan sekali lagi menerima motivasi tahap semi-profesional oleh si ibu. Desakan si ayah dalam memaksa pergi solat terawih kini sudah tidak diendahkan lagi. Waktu malam lebih kerap diisi bersama rakan-rakan berperangai syaitan yang lain di sekitar kaki-kaki lima sambil mendendangkan lagu-lagu raya seraya memetik tali gitar sebarang dua. Tiada lagi erti bersahur kerana waktu sahur kini lebih seronok melingkar dibawah selimut bercorak petak-petak sambil bantal bercorak Spongebob Squarepants berbau jahanam melekap tepat ke muka. 



Usia 16-25 tahun


Waktu siang kini lebih enak diisikan dengan melayan mimpi disiang hari tatkala si ibu dan si ayah sudah berputus asa untuk menasihati si anak yang berperangai syaitan. Aktiviti membuka periuk dan peti ais kini sudah menjadi lebih lancar tatkala si ayah dan si ibu keluar rumah untuk menyelesaikan masalah dan hal masing-masing. Tengkingan si abang dan kakak sudah tidak menjadi masalah seraya menghulurkan jari tengah kearah mereka sambil meneguk air sejuk dengan rakusnya. Waktu malam kini lebih kerap diisikan dengan melenjan motor keturunan si ayah dengan melayan pacak dan wikang sebarang dua di sekitar kota dan pekan yang berhampiran bersama rakan-rakan berperangai syaitan. Aktiviti sahur kini lebih kerap diisi dengan merewang bersama rakan-rakan dan menjadikan rumah sewa rakan yang lain sebagai rumah kedua beliau. Tiada bezanya bulan puasa dengan bulan-bulan yang lain.


Usia 26-50 tahun


Bulan puasa adalah bulan dimana graf kewangan di akaun simpanan Maybank dan ASB akan menurun kepada tahap yang paling membimbangkan. Si isteri kini sudah mula memberi proposal tentang bajet langsir, sofa dan set meja makan yang baru. Si anak kini sudah pandai membuat perbentangan tentang bajet baju raya baru dan bajet membeli mercun walaupon baru sahaja berpuasa pada hari yang ketiga. Waktu malam kini diisikan dengan solat terawih yang sempurna seraya menadah tangan memohon kepada tuhan untuk dimurahkan rezeki dan diberikan hidayah untuk membuat keputusan untuk melayan karenah bajet-bajet si isteri dan si anak. Bulan puasa adalah bulan yang paling banyak dugaan yang perlu ditempuhi.


Usia 50 dan keatas


Kesedihan dan keinsafan kian terpancar dari wajah dan raut muka demi mengenangkan dosa-dosa silam yang telah dilakukan semasa berada di bulan yang penuh keberkatan ini. Sakit-sakit tua dan keuzuran yang melampau kini membataskan aktiviti untuk terus berpuasa demi mengumpul pahala dan keberkatan di bulan yang penuh keberkatan ini. Kini, hanya mampu mendah tangan sambil berdoa penuh keinsafan agar mendapat kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan yang berikutnya.



********************



August 16, 2010

Puisi Kantoi The Kontest

Edisi kali ni lebih emosi dan lebih kearah kerohanian dan inilah kali pertamaku menyertai contest yang dianjurkan oleh blog AkuMencariCinta



Korang klik je kat gambo tu nanti korang bace la syarat-syarat dan pasal kontest ni. Aku sebenarnye bukan nak menang pon, aku nak promosi sikit-sikit blog ni dan menjalinkan hubungan (erk!) atau silaturrahim dengan kawan-kawan blog yang lain. So, nah puisi kat bawah ni aku dagangkan untuk kontest ni. Terimalah.

********************


Sila klik 'Play' dan bace slow-slow untuk lebih emosi.



Cinta...dan Kasih Sayang,
Perkataan yang mudah kita ucapkan,
Tapi adakah aku betul-betul kenal,
Akan erti dan makna disebalik itu?
Aku tahu...
Ya, aku tahu yang aku masih tak mengerti,
Erti sebenar Cinta dan Kasih Sayang.


Sejak hadirnya dirimu kedalam hidupku,
Kau ketuk pintu hatiku dengan lembut dan perlahan,
Niatmu hanyalah untuk menyedarkan aku,
Tentang wujudnya dirimu,
Didalam hati dan sanubariku.


Hadirnya dirimu dalam hidupku,
Membuatkan hidupku penuh kebahagian,
Tiada keresahan ku rasa,
Kenangan-kenangan silamku yang sedih,
Kau selimutinya dengan selimut kasih sayangmu,
Kau tutup penuh keseluruh tubuhku,
Aku selesa,
Ya, teramat selesa dan selamat.


Waktu sedihku,
Kau buangkan dengan senyum tawamu,
Waktu gelapku,
Kau teranginya dengan lilin semangatmu,
Dan pada saat itulah,
Aku rasakan,
Kaulah segala-galanya buatku.




Tapi kini,
Ketika aku inginkan Cintamu,
Ketika aku inginkan Kasih Sayangmu,
Ketika aku inginkan Pelukanmu,
Ketika aku inginkan Semangatmu,
Kau sudah tiada...tiada,
Disisiku.


Aku gelisah,
Aku runsing,
Aku risau,
Tanpa hadirnya dirimu,
Didalam hidupku kali ini,
Betul-betul membuatkanku tak tentu arah.


Kini hatiku memberontak,
Hati sanubari aku menjerit,
Menjerit memanggil namamu,
Dengan harapan kau berlari,
Dan terus berlari kedakapanku.
Tapi malang,
Kau tetap menghilang,
Kau lenyap dari hidupku.


Aku terduduk dan meratap pemergianmu,
Aku kongsi gundahku ini dengan ibuku,




'Omak, mano KUNCI KERETA Reen mak? Ren nak poie kojo dah ni. Argghhh !! Tensen la den gini. Demit !!'

Related Posts with Thumbnails